Showing posts with label Panduan. Show all posts
Showing posts with label Panduan. Show all posts

Ramadhan Kareem

Salaamimg


Mudah-mudahan masih ada yang setia mengikuti tulisan saya di blog yang hampir 80% bersawang ini. Asalnya, tangan ini masih dirasakan terlalu berat untuk menulis...tetapi apabila mengenangkan Ramadhan Al-Kareem yang bakal memunculkan diri buat kita mengambil bekal, saya gagahkan jua diri ini untuk membuang kemalasan itu jauh-jauh, dan sekiranya dapat (InsyaALLAH, saya berusaha sekuat mampu), kemalasan itu bakal dibuang buat selama-lamanya. Mudah-mudahan ALLAH memberi kekuatan kepada kita semua.

Di kesempatan ini, saya ingin meminta maaf dari rakan-rakan, teman-teman seperjuangan yang dimuliakan, atas apa juga kesalahan yang saya lakukan. InsyaALLAH, andai ada kesalahan kalian terhadap saya (Saya yakin tiada sekelumit pun), saya dah maafkan sejak dahulu lagi. Mudaha-mudahan kita sama-sama dapat meraup rahmat ALLAH, yang sebenarnya bonus buat kita. Bonus tahunan ini takkan habis dibelanja, sepertimana cepatnya bonus yang diberi oleh majikan masing-masing. Bonus ini bakal menjadi bekal ke akhirat, buat tambahan berat agar neraca timbangan lebih condong di sebelah kanannya. Semoga ia bermanfaat.

Selamat Datang Ramadhan yang ditunggu, bulan ALLAH.

Lebih banyak masa bersama blog ini

Salaamimg


Sebenarnya, minggu lepas adalah antara minggu yang tersibuk dalam hidup saya. Audit kewangan yang bakal menjelang benar-benar menyesakkan dada dan fikiran, tambahan pula inilah kali pertama saya akan di audit. Sebelum ini, saya yang bertugas mengaudit orang lain semasa bekerja dengan firma perakaunan Ernst & Young. Pada masa itu, rutin kehidupan kami para juruaudit memang tidak keruan. Makan minum tak tentu, apatah lagi nak menulis sepertimana sekarang ini. Alhamdulillah, setelah keluar dari dunia audit, kehidupan saya sedikit berubah ke arah yang lebih baik. Apapun, memandangkan ini kali pertama di audit, ia memang benar-benar menuntut komitmen yang tidak berbelah bagi, memandangkan saya mengerti benar apa "expectation" mereka. Saya tidak mahu mendengar kritikan pedas yang bakal dilempar sekiranya sistem perakaunan kami tidak memenuhi standard yang telah ditetapkan.

Atas kesungguhan yang terlalu bersungguh tersebut, saya secara tidak sengaja telah memadamkan sepenuhnya blog saya yang satu lagi, iaitu walikard.com. Asalnya saya ingin membuat "quick house keeping" di mana saya ingin membuang segala "sampah-sampah" yang tidak diperlukan dalam tersebut. Akibat sibuk dengan kerja dan keperluan mengemaskini blog yang dilakukan pada waktu rehat secara tergesa-gesa, saya telah melakukan kesilapan yang tidak sedikit. Apa yang berlaku adalah seperti yang dirancang di satu bahagian, manakala satu bahagian lagi adalah secara tidak terancang iaitu, saya telah bukan sahaja membuang "sampah-sampah", tetapi juga yang bukan sampah iaitu database walikard.com itu sendiri. Blog yang banyak menyumbang kepada pendapatan Adsense itu kini telah tiada lagi, dan saya tiada niat untuk menghidupkannya semula. Bukan kerana putus asa, tetapi saya merasakan dengan blog itu, saya telah mengabaikan blog ini, dan ini adalah peluang terbaik saya untuk kembali memeriahkan blog Satay DIY ini. InsyaALLAH, dari semasa ke semasa, saya akan membawa perkembangan-perkembangan terkini Satay DIY, laman web pertama saya dalam dunia perniagaan Internet ini. Ia kini semakin matang, dan memerlukan usaha yang berterusan untuk menyambung momentumnya, agar ia berterusan berkembang dan maju. InsyaALLAH, blog ini akan kembali sepertimana dahulu.

Renewal of SatayDIY.com is done!

Salaamimg


 


Apa khabar kawan-kawan? Mudah-mudahan sihat-sihatlah hendaknya. Saya Alhamdulillah, sihat :-) Sepertimana tajuk di atas tu, Alhamdulillah, saya dah buat renewal. Ini bermakna, SatayDIY.com dah hampir setahun! (ya, belum setahun. 7hb Jun 2007 barulah cukup setahun ;-)) Berikut adalah highlight kami sepanjang setahun:

1) Client on-line pertama kami ialah Universiti Lim Kok Wing. Mereka menempah hampir 7,000 cucuk satay ;-) Kelam-kabut jugalah dibuatnya...yelah, tiba-tiba je order masuk. Alhamdulillah, segalanya ditempuh dengan tabah. Untuk maklumat lanjut, sila baca di sini.

2) Pada bulan Februari 2007, Rahsia.sataydiy.com dilancarkan. Pada bulan ini juga, kami telah menukar modus operandi dengan menjadi pembekal, bukan lagi penjual. Buat masa ini, kami hanya menjual di Pasar Malam sahaja. Alhamdulillah, pertukaran ini sebenarnya menjadikan operasi SatayDIY.com menjadi lebih kukuh. SatayDIY.com juga telah menerima rakan kongsi utama iaitu Hotzone Satay yang diuruskan oleh En. Salleh. Beliau kini menguruskan bekalan-bekalan satay mentah di Lembah Klang selain menjual sendiri di beberapa rangkaian beliau.

Err, 2 tu je kot ;-) Apapun, di sini saya nak mengulang-tayang video lama kami yang saya kira masih relevan.





Saya dah upgrade ke Wordpress 2.2

Salaamimg



Alhamdulillah, saya dah berjaya upgrade blog ni dari 2.1.3 kepada 2.2 :-) There's no noticeable changes, cuma yang bestnya dia integrate sekali dengan widget. Orang yang non-techie dan malas macam saya ni bolehlah ;-) Err, interface blog ni pun saya dah tukarlah...tak tahulah ok ke tak memandangkan saya sendiri yang adjust2 header kat atas tu. Saje je letak gambar satay di sambar api tu, seolah-olah menggambarkan my burning desire to put SatayDIY.com on top. Feel free to comment ye :-)

Menjadikan Diri Lebih Fokus

Saya percaya yang di atas tu kehendak semua orang, yang terkadang-kadang menjadi masalah, termasuklah saya. Saya sendiri berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap fokus yang tinggi. Alhamdulillah, adalah sedikit hasil walaupun taklah sampai ke tahap membanggakan. Saya percaya kawan-kawan di luar sana mempunyai method yang boleh dikongsikan bersama di sini.

Buat masa sekarang, saya menjadikan inspirasi sebagai tool utama untuk fokus. Bila dah agak-agak fokus tu dah lari, saya akan kembali mengingatkan diri ini akan tanggungjawab sebagai seorang hamba ALLAH, suami, ayah, pekerja dan ahli masyarakat. Setiap satunya berhak diberikan hak masing-masing, dan masing-masing mempunyai hak ke atas kita. Sebagai hamba ALLAH, kita perlu taat kepada masa selagi mana ia tidak bercanggahan dengan kehendakNYA. Bukankah kerja itu juga ibadat? dan kita perlu untuk mengibadatkan kerja keranaNYA.

Sebagai suami dan ayah, kita perlu menyara keluarga dengan penuh tanggungjawab dan rezeki yang halal, di mana ia juga merupakan part of hamba kepada ALLAH. Sekiranya kita bekerja tanpa fokus dan matlamat, kerja akan tersasar dan objektifnya tak dapat dipenuhi...maka menurunlah prestasi kerja dan kemungkinan juga dipecat dan menatijahkan hilang sumber pendapatan. Perlu diingat, ini bukan untuk pemakan gaji sahaja malah peniaga atau yang bekerja sendiri di luar sana.

Akhir sekali, saya tinggalkan 2 fungsi terakhir iaitu sebagai pekerja dan ahli masyarakat kepada kawan-kawan untuk memikirkannya. Kalau kawan-kawan ada method lain untuk melatih fokus (ya, fokus boleh dilatih), kongsilah kat sini ye :-)

Pendapatan dari Adsense

Salaamimg


Apa khabar? Mudah-mudahan sihat wal afiatlah hendaknya. Saya juga sihat Alhamdulillah. Cuma, penat sikit-sikit bekerja. Di tambah pulak dengan ulcer mulut yang semakin membesar :-) Hmm, kiffarah le tu, DIA suruh beringat sebenarnya...musim panas ni asbab je...Alhamdulillah ulcer mulut sahaja...lebih daripada tu, MasyaALLAH...mudah-mudahan saya menjadi lebih sabar dan redha :-)

google adsenseSebenarnya dah lama tak sentuh pasal Adsense ni sebab tak aktif sangat. Yelah, saya try gitu-gitu je, tak serius. Cuma, bila saya cuba nak serius, Alhamdulillah setakat 2 3 hari ni ada je yang masuk walaupun cuma USD0.13 to USD0.71 sahaja. Saya fikir, kalau buat dengan serius dan bersungguh-sungguh tentu boleh dapat lebih kan? ;-) Hmm, InsyaALLAH, selepas ni saya nak tingkatkan sedikit effort lepas kerje-kerja saya ni selesai...manalah tahu, kot-kot ALLAH nak bagi rezeki kat situ...saya jelah yang kena mencuba dan terus mencuba :-) Satay, satay jugak kan...tapi kalau boleh diversify pun cantik ;-)

Tazkirah: Bila Al-Quran Mula Berbicara

Salaamimg


Untuk renungan bersama...


Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

( dieditkan oleh senaki )

Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Semoga bermanafaat.

Menangani Krisis Dalaman - Bertangguh!

Salaamimg


Apa khabar kawan-kawan semua? Mudah-mudahan sihat wal afiatlah hendaknya ye :-) Saya Alhamdulillah, sihat juga...cuma, masalah di atas menghantui diri ini. Saya yakin, bukan saya seorang sahaja yang ada masalah ni ;-) Hehe, nak babitkan orang lain pulak. Apapun yang pasti, banyak atau sedikit, masalah ni kadang-kadang membebankan akal fikiran, dan off-course, income :-)

Kenapa Suka Bertangguh?

Inilah persoalan yang perlu dijawab bagi setiap orang yang bermasalah seperti ini. Jawapan dari diri sendiri perlu kerana hanya dia yang tahu mengapa dia bertangguh...ada orang yang terbeban dengan kerja-kerja yang menimbun. Jadi, kerja-kerja yang kurang penting menjadi tertangguh. Yang ni ok, takde hal punya ;-) Juga bermakna, dia telah menyusun kerja-kerjanya mengikut prioriti.

Tetapi andai sebaliknya, hmm, memang anda bermasalah dan sesuatu perlu dilakukan. Yelah, kerja-kerja kurang atau tiada, tapi still bertangguh :-( Anda bayangkan kalau setiap saat tertangguh menyebabkan anda kehilangan jutaan ringgit tanpa anda sedari...maknanya apa tu? Anda dah kehilangan peluang yang sangat-sangat berharga untuk berada sebaris dengan Tan Sri Mokhtar Bukhary :-) Rugikan? Mungkin analogi yang cuba saya bawak ni terlalu ideal atau terlalu "ambitious", tetapi hakikat kerugian itulah yang cuba saya tekankan. Bahkan dalam Al-Quran sendiri ALLAH dah mengingatkan kita tentang betapa pentingnya untuk tidak BERTANGGUH! (Surah Al-A'sr)

Namun begitu, apa yang saya tulis di atas hanya apply untuk perkara-perkara yang baik-baik dan diredhai ALLAH sahaja...yang lain-lain tu tak termasuklah ye. Jangan pulak nanti kita berdalilkan ayat ALLAH semata-mata nak mempercepatkan tindakan kita untuk menceburi bidang yang "gharar" (tak jelas) atau kabur halal haramnya seperti melabur di kaunter-kaunter yang tidak halal dan terlibat dengan riba...yelah, kalau nak cerita detail bab-bab ni, saya sendiri tak arif. Sekadar membawakannya sebagai contoh sahaja :-)

Apapun, mudah-mudahan saya dan kawan-kawan mendapat manfaat daripada post kali ni, InsyaALLAH. Semoga kita akan menjadi lebih beriman kepadaNYA :-) So, jangan bertangguh lagi..segeralah menjadi insan beriman dan berguna untuk Islam dan negara.

Tazkirah: SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH - Satu Contoh Kepemimpinan

Salaamimg


Sesuatu yang berharga untuk dikongsi...ikuti sejarah pembangkit jiwa di bawah ini. 
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya; "Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik." Sultan Muhammad Al Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 dan mangkat pada 3 Mei 1481. Detik kelahirannya pun sudah mengisyaratkan bahawa ia bakal menempa sejarah yang besar. Kejayaan yang bakal ditempanya sudah dapat dirasai apabila berita kelahirannya disampaikan kepada ayahandanya Sultan Murad, tepat ketika baginda sedang membaca Al Quran pada ayat yang bermaksud;

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata"(Al Fath:1)

Semenjak dari kecil dia sudah diajar dan dididik dengan ilmu agama.Panglima-panglima tentera telah dijemput oleh ayahnya untuk mengajarnya ilmu peperangan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung. Baginda merupakan cendekiawan ulung di zamannya dan sudah menjadi tradisinya mengumpulkan ulama-ulama untuk berbincang. Sifatnya tenang, berani, sabar menanggung penderitaan, tegas dalam membuat sesuatu keputusan dan mempunyai kemampuan mengawal diri yang luarbiasa. Kemampuannya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan sangat menonjol. Baginda sangat kuat menyimpan rahsia pemerintahannya sekalipun terhadap sahabat-sahabat dan saudara-saudaranya yang terdekat.

Sultan Murad begitu menitikberatkan tarbiah kepada anaknya.Hati anaknya telah ditempa dengan jiwa jihad dan ilmu peperangan semenjak kecil lagi. Dia tidak dimanjakan, walaupun beliau hidup dalam istana. Jiwa mujahid dan abid berpadu sekali. Inilah merupakan ketua yang malamnya bagai rahib merintih pada ALLAH dan sangat kuat beribadah manakala siangnya bagaikan singa-kuat berjuang.Dengan tujuan mendidik, sewaktu berumur 16 tahun pernah Sultan Muhammad Al Fateh diberi kepercayaan oleh ayahandanya untuk memangku jawatannya sebagai pemerintah Turki semasa Sultan Murad pergi ke Pulau Magnesia untuk bersuluk.

Beliau mula menduduki takhta pada masa umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif mengenai tipu helah musuh. Di waktu itu Maharaja Kristian dari Konstantinopel telah mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, beliau menyuruh guru-guru tersebut pulang sambil berkata "Haram hukumnya seorang Islam ditarbiah oleh orang kafir." Sewaktu pemerintahannya juga, baginda membangunkan sebuah benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga dengan itu ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut kerja juga. Melihatkan usaha Sultan Muhammad Al Fateh itu, gementarlah hati kaisar, Maharaja Rom. Benteng tersebut siap dalam masa tiga bulan.

Dari benteng itu, dikawal dengan rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Dan dari situ juga beliau mempersiapkan kelengkapan untuk membebaskan Konstantinopel - cita-cita utamanya untuk merealisasikan hadith yang telah disabdakan Rasul tercinta 700 tahun sebelumnya.Setelah persiapan taqwa dan kekuatan lahiriah telah mantap, peperangan dimulakan. Berbulan-bulan lamanya berlaku peperangan, namun belum tampak tanda-tanda kemenangan di pihak tentera Islam. Muhammad Al Fateh pun merujuk guru mursyidnya, Shamsudin Al Wali bilakah masanya benteng Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam.Gurunya melalui firasat memberitahu: pada hari yang ke 53, hari Selasa... pukul 11.00 pagi.Di sepanjang tempoh menunggu tersebut, kesemua tentera menghabiskan masa dengan perjuangan yang gigih di siang hari serta mempertingkatkan ibadah di malam hari.

Pada hari yang diisyaratkan itu, Hassan Ulubate, seorang tentera Al Fateh merebut bintang sebagai syahid dengan melompat ke atas kubu musuh dan memacak bendera di situ. Beliau gugur demi membuka pintu kemenangan kepada sahabat-sahabatnya yang lain. akhirnya pada 29 Mei 1453, baginda berjaya menawan Konstantinopel. Beliau telah membuktikan kebenaran hadith Rasulullah. Konstantinopel telah ditukar nama kepaa Islambol (Islam keseluruhan) yang mana kini dikenali dengan nama Istanbul. Sejarah mencatatkan bagaimana baginda menunjukkan sikap berlemah lembut dan bertoleransi yang sangat mengagumkan. Rakyat pada ketika itu diberi kebebasan untuk beragama. Semua gereja yang ada dikekalkan untuk Kaum Nasrani beribadah kecuali gereja Aya Sophia telah ditukarkan kepada masjid. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke mukanya dan terus sujud syukur apabila meraih kejayaan tersebut

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapakah selayaknya menjadi imam. Muhammad Al Fateh memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya untuk bangun dan baginda lantas berkata. "Siapa di antara kamu sejak balighnya hingga ke saat ini pernah meninggalkan sembahyang fardhu sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, melambangkan tidak ada seorang pun di antara mereka yang pernah meninggalkan sembahyang fardhu.Muhammad Al Fateh berkata lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib sila duduk!" sebahagian daripada tenteranya duduk.

Muhammad Al Fateh meneruskan lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga ini pernah meninggalkan sembahyang tahajjud, sila duduk!" Kali ini seluruh tenteranya duduk, kecuali seorang. Dia itu tidak lain tidak bukan ialah Muhammad Al Fateh sendiri. Dialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak akil baligh. Inilah dia anak didikan Shamsuddin Al Wali dan dialah ketua yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w.

Tazkirah :Contoh kepimpinan yang telah ditonjolkan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh wajar dicontohi oleh pemimpin masyarakat zaman ini. Keseimbangannya dalam IQ (intelectual quotient),EQ (emotional quotient) dan SQ (spiritual quotient) nyata menjadi senjata utuh Sultan Muhamad Fateh untuk memimpin rakyatnya kearah kegemilangan Islam.

p/s; membaca artikel ni terfikir sejenak. jauhnya kita sekarang dengan zaman kegemilangan Islam. banyaknya ketinggalan.. bilakah Islam akan bangkit kembali? siapakah kita dalam arena ini? masa & musuh Islam berlalu serta bertindak dengan pantas, cepat dan ligat... kita? sama2 kita renungkan dan sama2 usahakan untuk bangkitkan kembali kegemilangan Islam. Islam yang terkuat di Alam ini. semoga kita semua berada dilandasan yang betul, cepat dan ligat bertindak untuk terus memacu momentum baru dalam meledakan kembali zaman kegemilangan Islam pada masa akan datang...


menantikan kebangkitan Islam...


Renungan buat diriku jua :-) 

Affiliate Rahsia SatayDIY kini dilancarkan :-)

Salaamimg


Sebelum menulis dengan lebih lanjut, izinkan saya memohon kemaafan kerana sudah agak lama blog ini tak di"update" ;-) Saya cuba juga mencari sela masa antara waktu-waktu sibuk saya namun tetap tak berjaya. Biasanya, sela-sela masa tu diisi pulak dengan benda-benda lain yang saya rasakan susah untuk dikorbankan :-) Apapun, InsyaALLAH, saya cuba mengemaskinikan blog dengan lebih kerap. Mungkin saya boleh praktikkan jadual tetap untuk menulis di sini. Mudah-mudahan ALLAH beri kelapangan masa dan fikiran untuk berbuat demikian.

Affiliate Rahsia SatayDIY Kini dilancarkan
Ya, sistem affiliate tu dah siap dan sedang berjalan, juga sedang menanti kedatangan para agen untuk memeriahkannya ;-) Kawan-kawan yang berminat bolehlah mendaftarkan diri di sini.

Setiap jualan akan mendapat RM10 sebagai komisen, dibayar pada setiap 28hb tanpa ada minimum payout. Bagi setiap agen yang berjaya membuat 10 jualan, InsyaALLAH, saya ada hadiah istimewa untuk anda :-)

Blog berumah baru

Lupa pulak nak tanya...macam mana dengan "cat" baru rumah saya ni? Ok tak? Sebenarnya saya saje tukar supaya sedikit "segar". Nanti dah boring dengan yang ini saya cat yang baru pulak ;-) Heheh

Oklah, saya rasa setakat ni dululah dari saya buat sementara waktu ni. Mudah-mudahan kita semua sentiasa diberkati ALLAH dan berada di dalam rahmat serta perlindunganNYA.

Jumpa lagi :-)

ps: Takde idea nak tulis panjang-panjang. Ni dah pukul 6.00 pagi pun dok pejabat lagi. Lepas solat subuh nak balik terus. Isteri dan anak-anak sedang menanti dirumah. 

Kepenatan Melanda :-)

Salaamimg


Apa khabar kawan-kawan semua? Mudah-mudahan sihat wal afiat di samping mendapat perlindungan ALLAH SWT, InsyaALLAH. Saya sebenarnya agak penat sebab malam tadi terpaksa menyiapkan kerja-kerja di office sehingga pukul 12.00 malam. Yelah, bukannya penat fizikal, tapi penat otak ;-) Yelah, pekerjaan saya adalah berkaitan dengan perakaunan...jadi, faham-faham jelah :-) Apapun, saya enjoy dengan tugas saya. Bagi saya, ia adalah pengalaman hidup yang sangat bermakna, dan InsyaALLAH mematangkan saya. Agaknya kepenatan inilah yang menyebabkan saya (kereta kesayangan saya) melanggar tiang pondok parking masa datang kerja pagi ni ;-) Hehehe...

Rahsia SatayDIY akan dilancarkan pada hari Isnin, 17 Muharram 1428 bersamaan 5 Februari 2007 Khamis, 20 Muharram 1428 bersamaan 8 Februari 2007


Sebagaimana yang kawan-kawan baca di atas, InsyaALLAH, Rahsia SatayDIY akan dilancarkan pada hari tersebut. Apapun, ia hanyalah untuk 100 pendaftar pertama sahaja dahulu. Untuk yang lain-lain InsyaALLAH akan dilancarkan seminggu selepas itu. Para pelanggan awal ni saya akan gelar mereka "pioneer" dengan syarat mereka bersama-sama saya untuk membina dan meluaskan brand SatayDIY ni :-) Benar, kamilah yang mengasaskan SatayDIY ni. Tapi tak salahkan kalau yang lain-lain juga mendapat manfaat? Saya benar-benar berharap projek ini bakal memberi manfaat dan sumbangan kepada mereka-mereka di luar sana, InsyaALLAH :-)

ps: Kepada yang masih berminat untuk mendaftar, kawan-kawan masih boleh berbuat demikian di sini. Masih ada tempat lagi :-)

Perkembangan Terkini SatayDIY.com

Salaamimg


Apa khabar kawan-kawan semua? Dah agak lama saya tak update blog ;-) Maklumlah, sejak kebelakangan ni, saya begitu sibuk dengan kerja-kerja di pejabat, di samping menguruskan projek-projek SatayDIY.com yang Alhamdulillah, semakin menunjukkan peningkatan. Kalau tiada aral melintang, kami akan menumpukan kepada aktiviti pembekalan satay kepada para peniaga yang berminat. Kami juga di dalam peringkat perbincangan terakhir untuk projek pembekalan satay dalam skala yang besar kepada sebuah syarikat yang sedikit hari lagi akan menjadi famous, InsyaALLAH :-) Dah berjalan nanti, saya akan maklumkan di sini. Doakan kami berjaya ye :-)


Tentang Projek Kedua SatayDIY.com pula, InsyaALLAH, saya akan tetap melancarkannya walaupun sebenarnya dah agak lambat dari plan yang asal. Ini memandangkan saya agak sibuk bekerja, sepertimana yang saya terangkan di ataslah. Apapun, kawan-kawan nantikanlah ye. Tentang promosi 100 pelanggan terawal pula, InsyaALLAH, masih ada ruang yang boleh diisi kepada sesiapa jua yang berminat. Kami akan berikan harga yang sangat-sangat istimewa :-) Di samping itu, saya akan mengupdate panduan itu nanti berdasarkan feedback daripada 100 pelanggan pertama itu nanti...maknanya, saya akan cuba penuhi apa yang pembeli mahukan dari saya. Setakat ni, apa yang boleh saya tawarkan adalah seperti berikut:



  • Khidmat nasihat daripada pakar kami, Encik Razak Hussin (ayah sayalah ni ;-)), bila-bila masa, selagi kami berkemampuan;

  • Belajar secara hands on dengan cara datang sendiri ke tempat kami dan bersama-sama dengan kami membuat satay dan kuah tersebut;

  • Berpeluang menambah pendapatan dengan cara kami mengagihkan tempahan yang diterima kepada tempat-tempat yang kami sendiri tak mampu menampungnya. Sebagai contoh, sekiranya terdapat order dari Kedah, maka mereka yang berada di Kedahlah yang akan supply. Kami tak ambik komisyen tau :-) Itu adalah rezeki anda :-) Adakah kami tak dapat apa? Dapat...kami dapat nama ;-) Itu yang akan kami jaja nanti;

  • Dan banyak lagilah, selagi kami termampu. Mungkin lambat laun akan kami kenakan bayaran royalti, itupun bila kedudukan pengguna Rahsia SatayDIY.com dah bertambah kukuh SAHAJA.


Bagaimana? Setakat ni, itulah yang mampu kami fikirkan. InsyaALLAH, niat kami adalah untuk membantu apa yang termampu dalam nak mewujudkan masyarakat peniaga yang kukuh dan kuat, di samping membantu diri kami sendirilah. Kata bidalan;


"What you give, you'll get back"



InsyaALLAH :-)

Bakal Terbit!!

Salaamimg



front.jpg

Nantikannya ye :-)