Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Blog Kami Berpindah Platform

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera rakan-rakan sekelian.

Apa khabar? Mudah-mudahan sentiasa di dalam keadaan sihat dan sejahtera, di samping mendapat perlindungan ALLAH SWT. InsyaALLAH, kami juga berkeadaan baik dan sejahtera, buat meneruskan perjuangan hidup yang sentiasa tidak berkesudahan.

Ini adalah post pertama saya menggunakan platform yang baru, iaitu wordpress.com. Sebenarnya, sebagai admin, saya mengalami sedikit masalah teknikal dengan blog lama yang di hoskan di sataydiy.com sendiri, di mana Google telah menganggpnya sebagai harmful website. Memang saya perasan, setiap kali membuka blog tersebut, pc saya akan menjadi "lagging" dan penggunaan RAM akan meningkat. Mungkin benar, blog tersebut memberatkan pc anda, tanpa saya tahu apakah puncanya. Mungkin berpunca dari komen spam yang tidak diundang sehingga berjumlah ratusan, malah ribuan banyaknya. Untuk tidak bersusah-payah, saya membuat keputusan untuk memindahkannya ke wordpress.com terlebih dahulu, sementara saya mendapat "kuasa" kembali ke atas blog tersebut. Apapun, di wordpress.com ini, saya lebih relax tanpa perlu memikirkan masalah teknikal web kami.

Apapun, terima kasih kerana masih sudi melawat kami di sini. InsyaALLAH, blog ini akan lebih kerap di update untuk berkongsi dengan rakan-rakan tentang perkembangan terkini kami.

Tag: Virus

Salaamimg

Nampaknya saya telah di tag oleh En Soulof99. Hmm, macam mana dengan pengajian? Mudah-mudahan berjalan lancar sahaja hendaknya, InsyaALLAH :-) Ikuti jawapan saya di bawah:

Sejak bila anda mula berpuasa penuh?? 

InsyaALLAH, kalau tak salah sewaktu saya darjah 4, iaitu tahun 1991. Masa darjah 3 hampir-hampir penuh, tapi kantoi di jam-jam terakhir. Godaan air sejuk di dalam peti ais tak dapat saya nak tahan ;-)

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya?

Alhamdulillah, bermula dari darjah 4, sampai sekarang tak pernah ponteng lagi.

Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun?

Pernah :-) Dulu masa budak-budak dulu. Sekarang dah jadi ayah budak dah tak main dah. Dulu suka main mercun mancis sebab senang...gores dan menang ;-)

Juadah apakah yang menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka?

Ramadhan kali ini nampaknya jatuh kepada "encik" murtabak :-) Sebelum berkeluarga saya suka berbuka dengan satay. Sebab...saya tolong ayah jual satay kat pasar Ramadhan...senang :-)

Lagu raya manakah yang anda suka?

Lagu nasyid yang ramai-ramai nyanyi tu..ada Raihan, Nowseeheart, Ajai dan Rem.

Tahun ini anda beraya di mana?

InsyaALLAH, raya pertama dan kedua di Terengganu. Raya ketiga onwards di Klang

Pernahkah bertugas semasa hari raya?

Pernah, tapi raya ketigalah..taklah teruk sangat rasanya.

Apakah kenangan paling manis di hari raya?

Hmm, apa ye? Mungkin hari raya 2 tahun lepas, di mana saya beraya bersama dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami :-)

Saya tak berniat nak panjangkan virus tag ni memandangkan saya jawab pun dah lewat, dah nak raya dah pun ;-) Apapun, E'id Mubarak kepada semua. Mudah-mudahan, momentum Ramadhan yang bakal berlalu tidak lama lagi memberi natijah yang baik buat kita semua, InsyaALLAH

Ramadhan Kareem

Salaamimg


Mudah-mudahan masih ada yang setia mengikuti tulisan saya di blog yang hampir 80% bersawang ini. Asalnya, tangan ini masih dirasakan terlalu berat untuk menulis...tetapi apabila mengenangkan Ramadhan Al-Kareem yang bakal memunculkan diri buat kita mengambil bekal, saya gagahkan jua diri ini untuk membuang kemalasan itu jauh-jauh, dan sekiranya dapat (InsyaALLAH, saya berusaha sekuat mampu), kemalasan itu bakal dibuang buat selama-lamanya. Mudah-mudahan ALLAH memberi kekuatan kepada kita semua.

Di kesempatan ini, saya ingin meminta maaf dari rakan-rakan, teman-teman seperjuangan yang dimuliakan, atas apa juga kesalahan yang saya lakukan. InsyaALLAH, andai ada kesalahan kalian terhadap saya (Saya yakin tiada sekelumit pun), saya dah maafkan sejak dahulu lagi. Mudaha-mudahan kita sama-sama dapat meraup rahmat ALLAH, yang sebenarnya bonus buat kita. Bonus tahunan ini takkan habis dibelanja, sepertimana cepatnya bonus yang diberi oleh majikan masing-masing. Bonus ini bakal menjadi bekal ke akhirat, buat tambahan berat agar neraca timbangan lebih condong di sebelah kanannya. Semoga ia bermanfaat.

Selamat Datang Ramadhan yang ditunggu, bulan ALLAH.

Fuhh…lama betul berehat

Salaamimg


Mudah-mudahan semuanya sihat-sihat belaka. Maafkan saya kerana biarkan blog ini lama "bersawang". Saya sebenarnya masih aktif dengan perniagaan dan kerja, cuma kurang memberikan tumpuan terhadap kerja-kerja kemaskini blog ini. InsyaALLAH, dari masa ke semasa, saya cuba untuk memberikan komitmen yang sama rata terhadap semua blog-blog saya (blog-blog? macam banyak je? tak banyak...2 3 je ;-))

Dalam pada kesibukan mengejar cita-cita dan kewajipan menjaga amanah masa yang diberikan majikan, kadang-kadang kita terlupa membezakan "kehendak" dan "kemahuan". Kebanyakan masa dihabiskan untuk kemahuan, sedikit sekali untuk "kehendak". Kehendak di sini termasuklah kehendak terhadap patuh dan taat pada perintah ALLAH dan rasulNYA, kehendak untuk menjenguk orang tua di kampung, kehendak untuk mendapatkan bekal di akhirat, kehendak untuk memenuhi tuntutan sebagai ayah dan suami, dan pelbagai lagi kehendak-kehendak yang sememangnya penting dan lebih "wajib" didahulukan. Tak salah mengejar kemahuan, namun berpada-padalah dengan mengambil kira terlebih dahulu "calculated risk"nya sebelum membuat keputusan.

InsyaALLAH, setakat  ini dahulu daripada saya memandangkan kehendak daripada majikan saya perlu dipenuhi sebagai memenuhi tanggungjawab masa yang diamanahkan. Mudah-mudahan kita mampu menjadi insan yang lebih baik, sekurang-kurangnya lebih baik dari semalam.

Peringatan buat diriku jua ;-) 

Hari ini adalah sangat istimewa

Salaamimg



Apa khabar kawan-kawan sekelian? Mudah-mudahan sihat wal afiatlah semuanya. Saya Alhamdulillah, sihat juga adanya. Hari ini saya nak berkongsi sesuatu yang istimewa :-) Hari ini adalah Harijadi Emak saya yang tersayang :-) Emak sayalah orang kuat di sebalik tabir SatayDIY.com di samping abah. Di atas segala-galanya, Emak adalah seseorang yang sangat tabah dan cekal. Tak pernah kisah pun dengan karenah kami adik-beradik yang selalu je nakal...nak kata membalas pengorbanan, MasyaALLAH, tak terbalas dengan nilai wang ringgit...memang kalau nak kira susu, lampin, pakaian dan apa jua bentuk material tu boleh dinilai, tetapi bagaimana dengan nilai kasih sayangnya? Penat dia berjaga malam menjaga kami ketika sakit demam bagaimana? Jerih payah dia mengajar kami erti hidup dan pelajaran nak nilai macam mana? Pendek kata, terlalu banyak pengorbanannya dan sememangnya ia tak terbalas oleh anak-anaknya.

Selamat Harijadi Emak. Mudah-mudahan terus-menerus berada dalam keberkatan dan rahmat ALLAH, InsyaALLAH.

Selamat Hari Pekerja

Salaamimg


Selamat Hari Semua buat semua yang bekerja, tak kiralah anda makan gaji atau bekerja sendiri :-) Tentu banyak aktiviti-aktiviti yang dirancangkan sepanjang cuti 2 hari ni kan? Saya takde buat apa sangat..cuma tengah nak siapkan projek terbaru saya yang berkaitan dengan servis perakaunan..terasa rugi pula kalau tak gunakan skills yang ada ;-) InsyaALLAH, dah up nanti saya akan uar-uarkan di sini.


Selamat Bercuti :-)

Theme bertukar lagi ;-)

Salaamimg


Hmm, nampaknya saya dah kembali bertukar ke theme yang lama. Bukan apa, theme yang saya guna sebelum ni ada problem sikit lepas proses upgrade dari 1.something to 2.1.3 baru-baru ni. Lagipun saya buat manual upgrade sebab masa tu automated upgrade ada problem (Fantastico tak appear kat control panel)...jadi faham-faham jelah bila orang yang tak berapa pandai ni buat...ada-ada jelah masalahnya ;-)

Harap-harapnya theme ni masih relevan, InsyaALLAH...ni saya ada nak kongsikan gambar-gambar anak saya masa sambutan birthday dia baru-baru ini.

img_0135.jpg

img_0134.jpg

Semangatnya dia meniup :-) Mudah-mudahan anak abi ni tabah menjalani kehidupan yang semestinya lebih sukar dan jerih lepas ni..InsyaALLAH, abi akan sentiasa membimbingmu menjadi anak yang berguna kepada Islam, bangsa dan negara.

Selamat Hari Lahir Athirah :-)

Salaamimg


Apa khabar semua? Mudah-mudahan sihat wal afiatlah ye :-) Saya Alhamdulillah, sihat-sihat je...cuma penat sikit memandangkan satu kerja lagi dah bertambah...menjual satay di Kemaman :-) Apapun, penat-penat pun seronok...tambahan pula bila dapat feedback yang baik dari customer. Mudah-mudahan trend ini berkekalan, dan jiwa entrepreneurship saya bertambah, InsyaALLAH...kata bidalan, bukan senang nak senang, tapi tak susah nak susah ;-) Kepada yang menetap di Kemaman, bolehlah berjumpa saya di Bukit Kuang, Kemaman. No hp saya 0193799160. Untuk tempahan pun InsyaALLAH kami boleh uruskan ;-)

Athirah Genap 2 Tahun

Ya, Athirah genap 2 tahun hari ni...dia dah makin besar dan cerdik...keletahnya mengalahkan orang besar, tapi loghat Teghanu lah ;-) Kawan-kawan boleh baca full post saya kat sini. Selamat Hari Lahir Athirah :-) Nanti abi (abah) balik bawa hadiah ye :-)

Tazkirah: Bila Al-Quran Mula Berbicara

Salaamimg


Untuk renungan bersama...


Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

( dieditkan oleh senaki )

Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Semoga bermanafaat.

Menangani Krisis Dalaman - Bertangguh!

Salaamimg


Apa khabar kawan-kawan semua? Mudah-mudahan sihat wal afiatlah hendaknya ye :-) Saya Alhamdulillah, sihat juga...cuma, masalah di atas menghantui diri ini. Saya yakin, bukan saya seorang sahaja yang ada masalah ni ;-) Hehe, nak babitkan orang lain pulak. Apapun yang pasti, banyak atau sedikit, masalah ni kadang-kadang membebankan akal fikiran, dan off-course, income :-)

Kenapa Suka Bertangguh?

Inilah persoalan yang perlu dijawab bagi setiap orang yang bermasalah seperti ini. Jawapan dari diri sendiri perlu kerana hanya dia yang tahu mengapa dia bertangguh...ada orang yang terbeban dengan kerja-kerja yang menimbun. Jadi, kerja-kerja yang kurang penting menjadi tertangguh. Yang ni ok, takde hal punya ;-) Juga bermakna, dia telah menyusun kerja-kerjanya mengikut prioriti.

Tetapi andai sebaliknya, hmm, memang anda bermasalah dan sesuatu perlu dilakukan. Yelah, kerja-kerja kurang atau tiada, tapi still bertangguh :-( Anda bayangkan kalau setiap saat tertangguh menyebabkan anda kehilangan jutaan ringgit tanpa anda sedari...maknanya apa tu? Anda dah kehilangan peluang yang sangat-sangat berharga untuk berada sebaris dengan Tan Sri Mokhtar Bukhary :-) Rugikan? Mungkin analogi yang cuba saya bawak ni terlalu ideal atau terlalu "ambitious", tetapi hakikat kerugian itulah yang cuba saya tekankan. Bahkan dalam Al-Quran sendiri ALLAH dah mengingatkan kita tentang betapa pentingnya untuk tidak BERTANGGUH! (Surah Al-A'sr)

Namun begitu, apa yang saya tulis di atas hanya apply untuk perkara-perkara yang baik-baik dan diredhai ALLAH sahaja...yang lain-lain tu tak termasuklah ye. Jangan pulak nanti kita berdalilkan ayat ALLAH semata-mata nak mempercepatkan tindakan kita untuk menceburi bidang yang "gharar" (tak jelas) atau kabur halal haramnya seperti melabur di kaunter-kaunter yang tidak halal dan terlibat dengan riba...yelah, kalau nak cerita detail bab-bab ni, saya sendiri tak arif. Sekadar membawakannya sebagai contoh sahaja :-)

Apapun, mudah-mudahan saya dan kawan-kawan mendapat manfaat daripada post kali ni, InsyaALLAH. Semoga kita akan menjadi lebih beriman kepadaNYA :-) So, jangan bertangguh lagi..segeralah menjadi insan beriman dan berguna untuk Islam dan negara.

Tazkirah: SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH - Satu Contoh Kepemimpinan

Salaamimg


Sesuatu yang berharga untuk dikongsi...ikuti sejarah pembangkit jiwa di bawah ini. 
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya; "Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik." Sultan Muhammad Al Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 dan mangkat pada 3 Mei 1481. Detik kelahirannya pun sudah mengisyaratkan bahawa ia bakal menempa sejarah yang besar. Kejayaan yang bakal ditempanya sudah dapat dirasai apabila berita kelahirannya disampaikan kepada ayahandanya Sultan Murad, tepat ketika baginda sedang membaca Al Quran pada ayat yang bermaksud;

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata"(Al Fath:1)

Semenjak dari kecil dia sudah diajar dan dididik dengan ilmu agama.Panglima-panglima tentera telah dijemput oleh ayahnya untuk mengajarnya ilmu peperangan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung. Baginda merupakan cendekiawan ulung di zamannya dan sudah menjadi tradisinya mengumpulkan ulama-ulama untuk berbincang. Sifatnya tenang, berani, sabar menanggung penderitaan, tegas dalam membuat sesuatu keputusan dan mempunyai kemampuan mengawal diri yang luarbiasa. Kemampuannya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan sangat menonjol. Baginda sangat kuat menyimpan rahsia pemerintahannya sekalipun terhadap sahabat-sahabat dan saudara-saudaranya yang terdekat.

Sultan Murad begitu menitikberatkan tarbiah kepada anaknya.Hati anaknya telah ditempa dengan jiwa jihad dan ilmu peperangan semenjak kecil lagi. Dia tidak dimanjakan, walaupun beliau hidup dalam istana. Jiwa mujahid dan abid berpadu sekali. Inilah merupakan ketua yang malamnya bagai rahib merintih pada ALLAH dan sangat kuat beribadah manakala siangnya bagaikan singa-kuat berjuang.Dengan tujuan mendidik, sewaktu berumur 16 tahun pernah Sultan Muhammad Al Fateh diberi kepercayaan oleh ayahandanya untuk memangku jawatannya sebagai pemerintah Turki semasa Sultan Murad pergi ke Pulau Magnesia untuk bersuluk.

Beliau mula menduduki takhta pada masa umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif mengenai tipu helah musuh. Di waktu itu Maharaja Kristian dari Konstantinopel telah mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, beliau menyuruh guru-guru tersebut pulang sambil berkata "Haram hukumnya seorang Islam ditarbiah oleh orang kafir." Sewaktu pemerintahannya juga, baginda membangunkan sebuah benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga dengan itu ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut kerja juga. Melihatkan usaha Sultan Muhammad Al Fateh itu, gementarlah hati kaisar, Maharaja Rom. Benteng tersebut siap dalam masa tiga bulan.

Dari benteng itu, dikawal dengan rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Dan dari situ juga beliau mempersiapkan kelengkapan untuk membebaskan Konstantinopel - cita-cita utamanya untuk merealisasikan hadith yang telah disabdakan Rasul tercinta 700 tahun sebelumnya.Setelah persiapan taqwa dan kekuatan lahiriah telah mantap, peperangan dimulakan. Berbulan-bulan lamanya berlaku peperangan, namun belum tampak tanda-tanda kemenangan di pihak tentera Islam. Muhammad Al Fateh pun merujuk guru mursyidnya, Shamsudin Al Wali bilakah masanya benteng Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam.Gurunya melalui firasat memberitahu: pada hari yang ke 53, hari Selasa... pukul 11.00 pagi.Di sepanjang tempoh menunggu tersebut, kesemua tentera menghabiskan masa dengan perjuangan yang gigih di siang hari serta mempertingkatkan ibadah di malam hari.

Pada hari yang diisyaratkan itu, Hassan Ulubate, seorang tentera Al Fateh merebut bintang sebagai syahid dengan melompat ke atas kubu musuh dan memacak bendera di situ. Beliau gugur demi membuka pintu kemenangan kepada sahabat-sahabatnya yang lain. akhirnya pada 29 Mei 1453, baginda berjaya menawan Konstantinopel. Beliau telah membuktikan kebenaran hadith Rasulullah. Konstantinopel telah ditukar nama kepaa Islambol (Islam keseluruhan) yang mana kini dikenali dengan nama Istanbul. Sejarah mencatatkan bagaimana baginda menunjukkan sikap berlemah lembut dan bertoleransi yang sangat mengagumkan. Rakyat pada ketika itu diberi kebebasan untuk beragama. Semua gereja yang ada dikekalkan untuk Kaum Nasrani beribadah kecuali gereja Aya Sophia telah ditukarkan kepada masjid. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke mukanya dan terus sujud syukur apabila meraih kejayaan tersebut

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapakah selayaknya menjadi imam. Muhammad Al Fateh memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya untuk bangun dan baginda lantas berkata. "Siapa di antara kamu sejak balighnya hingga ke saat ini pernah meninggalkan sembahyang fardhu sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, melambangkan tidak ada seorang pun di antara mereka yang pernah meninggalkan sembahyang fardhu.Muhammad Al Fateh berkata lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib sila duduk!" sebahagian daripada tenteranya duduk.

Muhammad Al Fateh meneruskan lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga ini pernah meninggalkan sembahyang tahajjud, sila duduk!" Kali ini seluruh tenteranya duduk, kecuali seorang. Dia itu tidak lain tidak bukan ialah Muhammad Al Fateh sendiri. Dialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak akil baligh. Inilah dia anak didikan Shamsuddin Al Wali dan dialah ketua yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w.

Tazkirah :Contoh kepimpinan yang telah ditonjolkan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh wajar dicontohi oleh pemimpin masyarakat zaman ini. Keseimbangannya dalam IQ (intelectual quotient),EQ (emotional quotient) dan SQ (spiritual quotient) nyata menjadi senjata utuh Sultan Muhamad Fateh untuk memimpin rakyatnya kearah kegemilangan Islam.

p/s; membaca artikel ni terfikir sejenak. jauhnya kita sekarang dengan zaman kegemilangan Islam. banyaknya ketinggalan.. bilakah Islam akan bangkit kembali? siapakah kita dalam arena ini? masa & musuh Islam berlalu serta bertindak dengan pantas, cepat dan ligat... kita? sama2 kita renungkan dan sama2 usahakan untuk bangkitkan kembali kegemilangan Islam. Islam yang terkuat di Alam ini. semoga kita semua berada dilandasan yang betul, cepat dan ligat bertindak untuk terus memacu momentum baru dalam meledakan kembali zaman kegemilangan Islam pada masa akan datang...


menantikan kebangkitan Islam...


Renungan buat diriku jua :-) 

Selamat E’dil Adha, Update Projek Kedua SatayDIY

Salaamimg


Selamat E'idil Adha kawan-kawan semua. Mudah-mudahan di hari yang mulia ini, semuanya sihat-sihat belaka, InsyaALLAH. Saya Alhamduillah, sihat juga adanya. Letih sikit je sebab tolong orang korban lembu pagi tadi. Yelah, orang tak biasa ;-) Hari Selasa ni InsyaALLAH ada lagi...yang ni saya ambil bahagian untuk aqiqah anak kedua saya. Mudah-mudahan berjalan lancar macam hari ni jugalah hendaknya. Saya percaya, sekiranya niat kita memang benar-benar ikhlas kerana ALLAH, InsyaALLAH, segalanya dipermudahkan.

Begitulah juga dengan apa jua yang kita lakukan, termasuklah dengan perniagaan kita. Saya sentiasa bertanya diri (muhasabah), apakah yang saya sedang lakukan ini adalah keranaNYA. Maklumlah, kita ni sentiasa perlu mengingatkan diri sendiri agar sentiasa kembali kepadaNYA, apatah lagi kalu ada orang yang sentiasa mengingatkan. Mudah-mudahan, kita sentiasa bertanya diri sendiri, sebanyak manakah yang telah kita sumbangkan untuk agama dan negara...InsyaALLAH, kita akan sentiasa dipandu ke lorong yang betul. Dalam erti kata yang lain, berkorbanlah...
2. Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah...Ayat 2, Surah Al-Baqarah

SatayDIY dah ada kelainan ;-)

Dah ada kelainan? Apa yang lainnya? Hehehe, kalau nak tahu, masuklah ke laman web saya sekarang atau klik di sini. Hmm, takdelah apa yang gempak sangat, biasa-biasa je. Sekadar orang kata "teguran mesra" dari saya. Jemput-jemputlah ye :-) Nak cerita kat sini tak bestlah ;-)

Link-link yang bermanfaat

Salaamimg


Apa khabar kawan-kawan semua? Mudah-mudahan, semuanya sihat wal afiatlah ye :-) Saya Alhamdulillah, sihat-sihat juga. Keluarga pun Alhamdulillah, sihat-sihat belaka. Pada kali ni, saya nak berkongsi website-website menarik yang kerap saya lawati untuk menambah ilmu pengetahuan. Sudah semestinya, blog-blog yang saya linkkan di sini, saya lawati. Ni kira buat macam Robotys gak lah nih ;-)

1) SaifulIslam - banyak informasi Islamik di sini. Zikir dan fikir, mukmin professional, dsb. Worth reading. Pengalaman Ustaz Hasrizal sangat berbaloi untuk dikongsikan, dan mematangkan.

2) Myresipi.com - segalanya tentang resepi...free je ;-)

3) Roslan SMS - di sini, saudara Roslan kerap membentangkan pemikirannya yang tajam dan kritis terhadap isu-isu semasa.

4) Zaharuddin.com - laman yang membentangkan isu-isu dan artikel-artikel menarik dan penting tentang kewangan Islam.

5) Paultan.org - segalanya tentang kereta, dan review yang asli dari penulisnya sendiri. Ni otai Adsense gak nih..

6) Wangcyber - heheh. tak perlu diperkenalkan lagi...forum terunggul untuk Internet Biz.

7) NarutoChaos - buat peminat-peminat Naruto...boleh download anime dengan komik :-)

8) Mykuliah.com - Ceramah-ceramah yang hebat-hebat dari Ustaz-ustaz terkenal seperti Ustaz Shamsuri, Ustaz Ismail Kamus, Akil Hayy dsb. Boleh download mp3.

Sebenarnya banyak lagi...tapi tulah, banyak sangat untuk di tulis di sini. Mudah-mudahan, ia bermanfaat untuk semua :-) Kawan-kawan pulak macam mana? Tentu ada website yang menjadi kegemaran tersendiri kan?

Ibarat Padi Semakin Berisi, Semakin Tunduk

Salaamimg


Apa khabar kawan-kawan semua? Mudah-mudahan sentiasa berada dalam perlindungan, rahmat dan kasih-sayang ALLAH. Mudah-mudahan juga, kita diberikan ALLAH kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang serba mencabar ini, InsyaALLAH.

Apa yang istimewanya tentang padi? Sebenarnya, ia adalah simbolik manusia yang bersyukur. Semakin banyak berasnya, semakin tunduk ia menghampiri bumi. Ia seolah-olah faham bahawa ALLAH lah yang telah memberinya isi yang banyak, maka semakin perlu ia sujud menyembah ALLAH. Bagi kita yang memandang pula, padang padi yang semakin menguning mengundang perasaan damai yang sukar diungkap dengan kata-kata. Apa jua masalah yang membebani fikiran ketika itu, sudah pasti terfana buat seketika.
padi.jpg

Begitu juga dengan manusia yang tahu bersyukur. Semakin hebat dia, semakin kaya dia, atau semakin berilmu dia, semakin banyak jugalah kesyukurannya kepada ALLAH. Semakin tawadhuk, malah semakin rendah diri pula. Orang-orang sebegini biasanya disenangi semua pihak, tanpa perlu ditagih atau menunjuk-nunjuk kehebatan diri. Inilah yang perlu kita cita-citakan sebagai seorang Muslim yang sejati. Jangan pula kita jadi seperti lalang, tak mempunyai isi, tetapi tetap mendongak tinggi ke langit, mengundang perasaan resah dan rimas di kalangan manusia tatkala terpandang padang lalang yang walaupun menghijau.

Kesimpulannya, jadilah seperti padi. Mudah-mudahan, ALLAH memilih kita untuk berada dalam golongan ini. Amin

Peringatan buat diriku jua ;-)

Picture means a thousand words :-)

Salaamimg


Apa khabar kawan-kawan semua? Mudahan-mudahan, semuanya berada dalam keadaan sihat wal afiat. Saya sendiri Alhamdulillah, ALLAH masih mengurniakan kesihatan kepada kami sekeluarga. Bagaimanapun, anak kedua saya masih berada di hospital. Apapun, keadaannya dah beransur pulih. Syukur ke hadrat ALLAH Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya. Pada post kali ni, saya cuma nak berkongsi dengan kawan-kawan semua gambar anak saya yang kedua.

Nyenyaknya dia tidur ;-)

OLD POST: Perjalanan Internet Biz Saya

Sekadar perkongsian dari post yang lalu ;-)

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Saya berharap agar anda semua berada dalam keadaan sihat wal afiat, juga di bawah perlindungan ALLAH SWT. Alhamdulillah, saya juga sihat dan masih mampu melaksanakan tugasan harian sebagai seorang hamba ALLAH, seorang pekerja, seorang anak, seorang suami, seorang bapa, seorang abang dan seorang kawan. Syukur yang tak terhingga dipanjatkan kepadaNYA, yang Maha Berkuasa di atas segala-galanya. Mudah-mudahan kita sentiasa berada di dalam lingkungan hidayah ALLAH SWT.

Pada post kali ini, saya terasa nak menulis pengalaman saya dalam dunia Internet biz ni. Hmm, sebenarnya saya berjinak-jinak dengan Internet ni since 2000 lagi. Namun sebagai seseorang yang takdak biz minded, saya tak pernah terfikir yang kita sebenarnya boleh berbisnes di Internet ni. Apa yang saya tahu, hanya web designer sahaja yang boleh buat duit :-) (masa tu lah) Lagipun, pada masa tu kalau surf balik-balik tentang games (saya ni agak gila games skit, la ni taklah ;-)), memancing, pasal ikan, dan pasal gadget terbaru macam PDA dan yang sewaktu dengannya. Lama jugaklah saya berkeadaan begitu. Sehinggalah pada suatu hari saya menerima email yang ala-ala surat berantai gitu...biasanya orang namakan dia program rakyat, wang rakyat, tolong-menolong, dsb. Mula-mula dia paparkan testimoni orang yang dah dapat hasil daripada program tu. Kemudian dia paparkan pulak cara-cara nak sertai program tu dengan arahan-arahan tertentu. Biasanya kita dikehendaki memasukkan RM30 ke dalam nama peserta yang teratas. Nama peserta yang mendapat wang dihilangkan dan dimasukkan pula nama kita pada kedudukan yang terbawah. Lebih kurang begitulah...

Setelah itu, saya terjumpa pula dengan program jana-income, atm2u, donate 20 dan yang sewaktu dengannya. Adalah jugak saya join salah satu daripada program-program tu. Pada masa tu, saya mula terfikir rupaa-rupanya inilah yang dinamakan Internet biz. Memang confident habis time tu :-) Yelah, pada masa tu tak tahu apa-apa langsung tentang Internet biz ni. Turning point saya yang pertama ialah Tsunamiwang. Memang saya tak nafikan, banyak isu yang melanda. Tapi bukanlah keseluruhan isi buku. Ada part-part yang betul-betul bermanfaat. Contohnya macam perancangan kewangan, Clickbank, bentuk-bentuk perniagaan di Internet dan tahap kesukaran masing-masing, dan macam-macam lagi. Namun begitu, ada juga dalam part yang akhir diajar cara bagaimana mahu melakukan SPAM. Pada masa tu saya tak tahu pun yang itu sebenarnya dinamakan SPAM. Sampailah turning point saya yang kedua di mana saya bertemu dengan Tuahemas.com dan WangCyber.com. Di kedua-dua laman interaktif ni, saya mendownload dua panduan penting daripada Tuahemas dan Wangcyber. Alhamdulillah, saya dah mula nampak apakah dia Internet biz sebenarnya. Daripadanya jugaklah dengan izin ALLAH SWT, saya nula mengerti tentang Google Adsense. Seterusnya, saya mengorak langkah dengan membeli buku Saifulsham (RBDDI) dan 15 Teknik Efektif Internet Marketing karangan saudara Fuad Latif, pemilik myorionet.com. Syukur pemahaman saya bertambah-tambah. Sehinggalah ke akhirnya saya membuat keputusan untuk meng"online"kan perniagaan satay ayah saya yang telah sekian lama diusahakan secara offline.

Alhamdulillah, kini www.sataydiy.com berjaya dilancarkan. Walaupun tak cantik dan banyak kekurangan di sana sini, namun, saya tetap teruskan kerana bagi saya kickstart perlu dimulakan. InsyaALLAH, sepertimana blog ini berwajah baru, sataydiy.com juga akan menurut jejak langkah adiknya, siap dengan program affiliate sekali tau :-) Diharapkan agar rakan-rakan di luar sana sudi untuk memberi sokongan dan khidmat nasihat kepada saya. Suka juga saya mengingatkan, Internet biz, bukanlah jalan singkat menuju kekayaan sepertimana yang disangka oleh kebanyakan orang, juga yang disangka oeh saya suatu ketika dahulu. Sepertimana biz offline yang lain, banyak ranjau yang perlu ditempuhi untuk berjaya. Namun begitu, jika Saifulsham, Alang, Dr Irfan, Gobala, Shuth dan yang lain-lain yang mendiamkan diri kat luar sana tu boleh berjaya, mengapa tidak kita? InsyaALLAH, pokok pangkalnya kita, dan mulakan langkah yang pertama anda sekarang juga!! Semoga ALLAH SWT memberi kemudahan kepada kita.

(Artikel ini ditaip dengan menggunakan Ericsson MC218 aka Psion 5mx, palmtop kuno saya ;-))

Kelahiran Cahaya Mata Kedua

Salaamimg


Apa khabar kawan-kawan semua? Semoga semua dalam keadaan sihat wal afiat . Saya Alhamdulillah sihat-sihat juga adanya, dan sedikit lega kerana isteri saya telah selamat melahirkan anak yang kedua semalam, jam 2.15. Alhamdulillah, kami dianugerahi Puteri lagi. Cuma, anak ada masalah sikit sebab nafasnya laju sedikit daripada biasa. Jadi, dia terpaksa ditahan di wad buat sementara waktu, sehingga pernafasannya kembali normal.

Saya berada di sisi isteri ketika proses kelahiran sebagaimana anak pertama kami, dan ingatan itulah yang banyak memberi iktibar kepada saya, betapa besarnya pengorbanan seorang isteri dan ibu. Rugilah mereka yang mensia-siakan kasih isteri dan ibu mereka, kerana sesungguhnya, pengorbanan mereka memang tak terbalas oleh kita...sangat besar dan berat, selayaknya dijulang sebagai wanita mulia.

Harap kawan-kawan semua dapat mendokan agar semuanya selamat. InsyaALLAH, saya akan memaklumkan perkembangannya di sini nanti. Jumpa lagi

IKLAN: Compaq Evo N1000V untuk dijual - RM1,200-SOLD

Salaamimg


Saya nak buat iklan sikit. Ada seorang kawan nak jual notebook macam kat subjek tu. Ciri-cirinya adalah seperti berikut:

1) Pentium 4, 2.0 Ghz

2) 256MB, so-dimm RAM

3) 20 GB harddisk

Semuanya berkeadaan baik dan sempurna, InsyaALLAH. Reason untuk dijual ialah pemilik mahu beralih arah ke desktop, nak main game kot ;-) (Owner jangan marah ye ;-)) Sekiranya berminat, sila hubungi saya melalui email ke walikard[at]gmail.com atau comment sahaja di sini. Err, saya takde gambar sebenar dia, cuma ada gambar contoh je, minta maaf ye.

Sudah terjual. Terima kasih atas feedback yang kawan-kawan berikan :-)

Adat seorang pemakan gaji

Salaamimg


Apa khabar kawan-kawan semua? Harap-harapnya semua tak terlebih makanlah masa di lebaran yang mulia dan penuh berkat ini ;-) Mudah-mudahan, kita sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan ALLAH. Alhamdulillah, baru sekarang saya berkesempatan untuk menulis di blog ini. Err, bukan bercuti lama, tapi agak sibuk dengan kerja-kerja yang menanti.

Sebenarnya, saya semalam tak balik rumah gara-gara nak menyiapkan tugasan mengejut yang diberi :-) Alhamulillah, saya tak mengeluh, malah menyedari saya akan mengalami situasi seperti ini. Maklumlah, selagi namanya makan gaji, selagi itulah saya terikat dengan syarikat. Ini bukanlah kali pertama saya berjaga sampai hampir Subuh untuk menyiapkan tugasan. Sebelum ni pun masa bekerja di sebuah firma perakaunan dan audit, berumah tangga di office ni perkara biasa. Malah saya pernah tidur di surau dalam KLCC semasa bertungkus-lumus menyiapkan audit syarikat petroleum negara ;-) Kadang-kadang, ada kawan-kawan saya yang dengan selamba memerli saya dan rakan-rakan dalam industri yang sama dengan mengatakan "Bangla pun tak keje teruk macam ko, depa ada jugak masa tido..." Hehehe, tak terelak saya...terpaksa juga menelan apa yang ada, atas tiket seorang "pemakan gaji"...dan sebenarnya ramai lagi pemakan gaji yang mengalami benda yang sama macam saya. Tak caya, tanya En Fuad ;-) Keluhan? Hmm, sebenarnya dah tak larat nak mengeluh...selagi namanya makan gaji, selagi itulah kita tidak bebas dari sangkar maya ni...dan saya redha. Niat saya bekerja adalah semata-mata untuk mencari rezeki yang halal dan diberkati ALLAH SWT, di samping untuk mencari ilmu berguna buat bekalan.
Mudah-mudahan, hajat saya untuk bekerja sendiri akan tercapai dengan izin ALLAH. Pada masa tu nanti, saya tak perlu lagi berjaga lewat malam untuk menyiapkan tugasan untuk orang lain (kalau untuk diri sendiri ok gak ;-)) dan saya sedang menyiapkan diri saya ke arah itu, dengan persiapan mental dan fizikal. Segala pengalaman di dalam dunia pekerjaan ini akan saya manfaatkan sebaik-baiknya, InsyaALLAH :-)

Sukarkah memberi kemaafan?

Salaamimg


Saya berharap agar kawan-kawan semua sihat wal afiat hendaknya, terutama dah dekat-dekat raya ni kan ;-) InsyaALLAH, sentiasalah kita berdoa ke hadrat ALLAH agar kesihatan kita sentiasa terpelihara, bertambah-tambah pula ibadat dan syukur kita kepadaNYA dengan kesihatan itu tadi.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon seribu kemaafan andai wujud kesilapan di mana-mana sepanjang "perkenalan" kita ni ;-) Ya, walaupun secara fizikalnya kita tak pernah bertemu, namun saya yakin kemesraan tu tetap ada, dan saya yakin ia dibina atas dasar keikhlasan dan ketulusan. Kepada pelanggan-pelanggan saya, maafkanlah saya atas segala kelewatan yang tak disengajakan. InsyaALLAH, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah ini. InsyaALLAH, lepas Ramadhan ni kurang sikit keje kami ;-) Maklumlah, di sepanjang tahun, Ramadhan boleh dikatakan bulan yang paling sibuk buat kami...yang dunia dan akhirat sama-sama lumayan :-)
Harap maafkan ye...InsyaALLAH, saya akan menulis lagi lepas raya ni ;-) (Raya ketiga saya kena keje, sedih...takpe, amanah tu-pujuk diri sendiri ni) Salam E'dil Fitri dari saya :-) Semoga kita terus-menerus dilimpahi barakah dan maghfirah.

ps: Bagi yang beragama Hindu, Happy Deepavali