Salaamimg
Nampaknya saya telah di tag oleh En Soulof99. Hmm, macam mana dengan pengajian? Mudah-mudahan berjalan lancar sahaja hendaknya, InsyaALLAH :-) Ikuti jawapan saya di bawah:
Sejak bila anda mula berpuasa penuh??
InsyaALLAH, kalau tak salah sewaktu saya darjah 4, iaitu tahun 1991. Masa darjah 3 hampir-hampir penuh, tapi kantoi di jam-jam terakhir. Godaan air sejuk di dalam peti ais tak dapat saya nak tahan ;-)
Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya?
Alhamdulillah, bermula dari darjah 4, sampai sekarang tak pernah ponteng lagi.
Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun?
Pernah :-) Dulu masa budak-budak dulu. Sekarang dah jadi ayah budak dah tak main dah. Dulu suka main mercun mancis sebab senang...gores dan menang ;-)
Juadah apakah yang menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka?
Ramadhan kali ini nampaknya jatuh kepada "encik" murtabak :-) Sebelum berkeluarga saya suka berbuka dengan satay. Sebab...saya tolong ayah jual satay kat pasar Ramadhan...senang :-)
Lagu raya manakah yang anda suka?
Lagu nasyid yang ramai-ramai nyanyi tu..ada Raihan, Nowseeheart, Ajai dan Rem.
Tahun ini anda beraya di mana?
InsyaALLAH, raya pertama dan kedua di Terengganu. Raya ketiga onwards di Klang
Pernahkah bertugas semasa hari raya?
Pernah, tapi raya ketigalah..taklah teruk sangat rasanya.
Apakah kenangan paling manis di hari raya?
Hmm, apa ye? Mungkin hari raya 2 tahun lepas, di mana saya beraya bersama dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami :-)
Saya tak berniat nak panjangkan virus tag ni memandangkan saya jawab pun dah lewat, dah nak raya dah pun ;-) Apapun, E'id Mubarak kepada semua. Mudah-mudahan, momentum Ramadhan yang bakal berlalu tidak lama lagi memberi natijah yang baik buat kita semua, InsyaALLAH
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Tag: Virus
Thursday, October 11, 2007 | Posted by walikard at 4:16 PM 0 comments
Ramadhan Kareem
Salaamimg
Mudah-mudahan masih ada yang setia mengikuti tulisan saya di blog yang hampir 80% bersawang ini. Asalnya, tangan ini masih dirasakan terlalu berat untuk menulis...tetapi apabila mengenangkan Ramadhan Al-Kareem yang bakal memunculkan diri buat kita mengambil bekal, saya gagahkan jua diri ini untuk membuang kemalasan itu jauh-jauh, dan sekiranya dapat (InsyaALLAH, saya berusaha sekuat mampu), kemalasan itu bakal dibuang buat selama-lamanya. Mudah-mudahan ALLAH memberi kekuatan kepada kita semua.
Di kesempatan ini, saya ingin meminta maaf dari rakan-rakan, teman-teman seperjuangan yang dimuliakan, atas apa juga kesalahan yang saya lakukan. InsyaALLAH, andai ada kesalahan kalian terhadap saya (Saya yakin tiada sekelumit pun), saya dah maafkan sejak dahulu lagi. Mudaha-mudahan kita sama-sama dapat meraup rahmat ALLAH, yang sebenarnya bonus buat kita. Bonus tahunan ini takkan habis dibelanja, sepertimana cepatnya bonus yang diberi oleh majikan masing-masing. Bonus ini bakal menjadi bekal ke akhirat, buat tambahan berat agar neraca timbangan lebih condong di sebelah kanannya. Semoga ia bermanfaat.
Selamat Datang Ramadhan yang ditunggu, bulan ALLAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)
