Salaamimg
Apa khabar semua? Saya Alhamdulillah, sihat wal afiat. Keluarga pun Alhamdulillah...syukur pada ALLAH yang tak pernah melupakan hamba-hambaNYA, walaupun hamba-hambaNYA sering melupakanNYA...Bayangkanlah kalau ALLAH melupakan kita..dah tentu porak peranda jadinya bumi ni. Bukankah DIA yang mengawal sistem solar dan planet-planet yang ada? Bukankah DIA yang mengatur peredaran udara dan eco lainnya? Mudah-mudahan kita yang dikurniakan akal yang waras ni dapat berfikir-fikir tentang hal ini, InsyaALLAH.
Tak Takut Ke Nak Dedah Rahsia Ni Tentu ada yang tertanya-tanya, tak takut ke saya nak dedah rahsia Satay DIY ni? Yelah, bukankah nanti akan ada ramai pesaing yang dapat buat satay yang sama macam satay kami? Hmm, itulah persoalan pertama yang bermain di fikiran saya ketika mula-mula ber"idea" nak "public" kan Rahsia Satay DIY ni. Dalam jangkamasa yang sama, saya bercadang nak luaskan jenama "Satay DIY" di seluruh Malaysia, macam Satay Hj Samuri yang famous tu...kesimpulannya, saya teruskan dengan niat saya nak dedahkan Rahsia Satay DIY, tetapi dengan satu syarat yang sangat-sangat ringan....apa syarat tu ye? :-)
"Menyelitkan Frasa "Powered by Satay DIY" di banner/signboard/etc perniagaan satay masing-masing" Kenapa menyelit pulak? :-) Hehe, maksudnya, apa jua nama yang akan digunakan, jangan lupa letak
"Powered by Satay DIY" tu kat mana-mana, kecik pun takpe, janji ada :-) Dan saya tak minta royalti pun...cukuplah sekadar frasa tu dipaparkan pun dah cukup...InsyaALLAH, sekiranya diizinkan ALLAH plan saya ni berjalan lancar, akan ada banyak gerai-gerai satay di seluruh negara yang memaparkan "Powered by Satay DIY" dan ini membolehkan Satay DIY mula dikenali ramai. Sekarang ni, ramai yang kenal melalui website sahaja...bila dah ramai yang kenal
(famouslah tu :-)), kami
(merujuk kepada pengguna Rahsia Satay DIY yang lain) dah takde masalah nak jaja satu "brand" yang orang ramai dah kenal...di kalangan kami pula nanti akan wujud satu network, mudah pulaklah nak buat gathering untuk tujuan brainstorming, setup franchise, setup Persatuan dan sebagainya
(Ni ambik strategi orang Cina berniaga). Gitulah kira-kiranya...nilah matlamat jangka panjang yang saya sasarkan..yelah, nak bina Rom bukan dalam masa satu hari, ye tak?
Oklah, setakat dululah perkembangan dari saya...InsyaALLAH, dari masa ke semasa, saya akan update perkembangan projek
Rahsia Satay DIY ni...jenguk-jenguklah ye :-) Klik je kat
sini. Jumpa lagi!
3. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu...Surah At- Thalaaq, Ayat 3
if (!document.layers) document.write('
Salaamimg
Apa khabar kawan-kawan semua? Harap-harapnya semua sihat-sihatlah hendaknya. Saya Alhamdulillah, sihat wal afiat adanya. Mudah-mudahan dengan kesihatan ini, kita bertambah semangat untuk menambah kebajikan dan amal ibadah kepadaNYA, InsyaALLAH.
Alhamdulillah,
SatayDIY.com dah pulih :-) Legalah sikit saya rasa...sebelum ni tak senang duduk juga. Maklumlah, inilah hasil usaha saya dalam nak memperkenalkan satay dalam arena Internet ni. Syukur kepada ALLAH. Bolehlah saya dengan senang hatinya menumpukan perhatian kepada projek kedua saya :-) Apa ye?
Projek kedua ?Hmm, mungkin pengumuman ini agak awal. Cuma, saya tak dapat nak simpan lama-lama ;-) Buat masa ni, apa yang saya boleh beritahu ialah, ia tetap berkenaan dengan satay ;-) Macam mana? Boleh tangkap tak maksud saya? Fikir-fikirkanlah ye...bagi mereka yang bercadang-cadang nak buka perniagaan satay sendiri, InsyaALLAH, saya yakin yang projek kedua saya ni dapat membantu, bukan hanya dari segi maklumat, malah dari segi pembangunan perniagaan. I would say, ia lebih kepada konsep franchise :-) Hmm, terdedah lagi rahsia saya :-)
Bagi kawan-kawan yang mahukan maklumat yang lebih lanjut, silalah email saya di walikard[at]gmail.com (sila tukar [at] kepada @). InsyaALLAH, saya akan berikan penerangan serba-sedikit tentang apa yang bakal saya buat ni. Oklah, setakat ni dulu dari saya. Mudah-mudahan, kehidupan kita akan sentiasa dipenuhi keberkatan dan kegembiraan :-) Jumpa lagi
Salaamimg
Apa khabar? Saya berharap agar kawan-kawan semua sihat wal afiat adanya. Saya Alhamdulillah, sihat. Cuma, sedikit berdebar memandangkan tarikh "due" bagi isteri saya sudah semakin hampir. Doakan kesihatan beliau ye :-) Post pada kali ni saya nak cerita sikit tentang progress SatayDIY.com.
Alhamdulillah, secara keseluruhannya, ada peningkatan yang agak ketara dengan trafik ke website saya tu...mungkin dengan musim perayaan yang menjelma tempoh hari. Di samping itu, website tu dah di"link"kan ke satu website yang tinggi trafiknya dan mempunyai PR3 iaitu
Myresipi.com. Secara tak langsung, ia turut mempengaruhi PR SatayDIY.com di mana ia telah meningkat kepada PR1. Namun begitu saya sedar, bila-bila masa sahaja PR tu boleh turun semula, dan itu bukanlah perkara pokok yang perlu saya terlalu fokuskan. Apa yang penting, saya perlu fokus terhadap strategi pemasaran dan mempelbagaikan produk yang berasakan satay. Setakat ni, kami agak sibuk dengan tempahan-tempahan yang mendatang, teutamanya dari pejabat-pejabat kerajaan yang order secara pukal.
Terdapat juga permintaan yang meminta kami memasarkan produk seperti Satay frozen ke luar negara. Namun begitu, terus-terang saya katakan, buat masa ini, kami tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang bagaimana cara nak membuatnya...dan itulah yang sedang kami usahakan sekarang ini. InsyaALLAH, sekiranya usaha ni berjaya, sehingga ke hujung dunia pun kami mampu untuk mengeksportnya :-) Terdapat juga permintaan Rempah SatayDIY dari luar negara. Namun begitu, ia masih dalam proses perbincangan memandangakan pengekspotan makanan perlu melalui syarat-syarat yang agak ketat bagi sesetengah negara. Mudah-mudahan, cabaran ini akan dapat kami tempuhi dengan jayanya. Doakan ye :-)
ps: Tempahan untuk satay tetap dibuka walaupun kami sibuk. Yang penting, jadual kami tak clash ;-)
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Harap-harapnya, semua sihat dalam perlindungan ALLAH SWT. Mudah-mudahan juga, bulan Ramadhan ni menjanjikan satu titik tolak yang bermakna untuk kita, baik di dunia, mahupun di akhirat nanti.
Pada 2 post yang lepas, saya telah pun mendedahkan rahsia kami yang power secara percuma :-) Sebenarnya, panduan tu dah mendedahkan hampir 70% daripada keseluruhan cara-cara pembuatan satay kami selama ni. Yang lagi 30% yang tinggal tulah kami rahsiakan dan jadikannya sebagai produk kami. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, walaupun hanya 30%, namun pengaruhnya ke atas rasa satay kami memang sangat signifikan! Di situlah terletaknya UMMPH :-) Hehehe, macam iklan Boh pulak. Saya tak nafikan, kat luar sana tu banyak terdapat rempah satay yang dijual. Malah, saya tidak pernah mencubanya, dan tak dapat pula nak komen di sini. Cuma, rempah Satay D.I.Y yang kami jual ni, adalah hasil daripada pengalaman kami bergelumang dalam dunia satay selama lebih 13 tahun! dan hasilnya, saya jamin pasti kawan-kawan mendapati rasanya sama atau hampir sama dengan satay yang kami buat sendiri. YA, ITU JAMINAN KAMI ;-)
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Mudah-mudahan sihat wal afiat adanya. Saya Alhamdulillah, masih diberi kesihatan oleh ALLAH SWT. Mudah-mudahan, kesihatan yang diberikan akan mendatangkan manfaat buat kita dan ummah lainnya.
Sebenarnya, soalan di atas tu pernah ditanya kepada saya beberapa kali. Oleh itu, saya bercadang nak terangkan serba ringkas dalam post kali ni tentang Rempah Satay D.I.Y tu...Macam nilah...saya kira, lebih baik kalau saya berikan je Panduan Penggunaan Rempah tu untuk tatapan kawan-kawan semua, dan berikan feedback dengan meninggalkan comment kawan-kawan semua di sini. Bagi kawan-kawan yang dah dapat sample dan pernah menggunakannya, tentu dapat rasakan ia tak sesusah mana, kana? ;-) Apapun, kami di satayDIY.com, bukan hanya menjual rempah, namun apa yang lebih penting ialah "kepakaran" kami selama lebih 13 tahun dalam pembuatan satay :-)
Jangan lupa comment ye :-) Feedback kawan-kawan semua amat penting buat saya. Sila klik di sini untuk download.
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Saya berharap agar kawan-kawan semua sihat-sihat belaka dalm perlindungan ALLAH SWT. Saya Alhamdulillah, sihat..cuma penat sikit sempena dengan aktiviti di atas :-) Ganas tak tajuk tu? ;-) Hehehe, sebenarnya apa yang saya maksudkan adalah aktiviti membakar satay di rumah klien kami, bersempena dengan majlis kahwin dan cukur rambut. Tak adalah banyak sangat tempahan...dalam 2,000 cucuk satay sahaja (ke banyak? berembun pagi jugalah kami nak menyiapkannya ;-))
Tempahan ni kami terima masa hari Khamis lagi, Alhamdulillah, sempatlah siap. Rumah klien kami ni di Sri Andalas, Klang. Dekat je dengan tempat kami. Dulu order pertama kami dari Internet jauh jugak....nun di Cyberjaya nu...(kedengaran macam kat Johor je, padahal taklah jauh sangat ;-)) Kebetulan pada masa tu, 2 order yang perlu kami selesaikan, yang satu di Cyberjaya tulah, satu lagi kat Pelabuhan Klang...jumlah order ialah 8,700 cucuk satay. Sayang, takde gambar yang dapat menceritakan keadaan pada masa tu macam mana. Untuk kali ni, saya dah ambik beberapa shot untuk kami kongsikan bersama.
Gaya serius seorang pembakar satay PRO
Gaya ceria seorang pembakar satay PRO
Mula-mula susun...
Sekarang BAKAR!! (Di larang meniru aksi ini di rumah ;-))
Itulah serba sedikit gambar-gambar yang dapat kami kongsikan bersama. Hmm, saya takde dalam gambar-gambar tu, sebab kamera kat tangan saya ;-) InsyaALLAH, saya akan update lagi di sini untuk aktiviti-aktiviti "pembakaran" di masa-masa akan datang.
PS: Anda berminat nak gunakan khidmat kami? Sila layari www.sataydiy.com untuk maklumat lanjut...atau hubungi sahaja Azrul 0193799160 atau Razak 0193680495. Samada yang mentah atau kami bakarkan, terpulang pada anda
PPS: Nak buat sendiri pun boleh. Dapatkan sahaja rempah Satay D.I.Y kami di website kami. InsyaALLAH, ia sesedap satay yang kami buat sendiri :-) Tak mahal, RM12 sahaja untuk 10kg daging. Jimat kan?
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Alhamdulillah, kini SatayDIY muncul dengan wajah yang lebih anggun dan ceria :-) Malah kini kawan-kawan juga berpeluang menambah pendapatan dengan program affiliate yang turut saya sertakan. Sebenarnya, ini adalah untuk menyahut cabaran supaya mengaplikasikan ilmu pemasaran yang juga dikenali dengan nama "Viral Marketing". Saya yakin, kawan-kawan tentu pernah dengar tentangnya, kan? (Tak pernah dengar? Takpe, dapatkan maklumat tu di dalam buku 15 Teknik Efektif Internet Marketing hasilan Fuad Latif) Yelah, sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang dimanfaatkan ;-) Jenguk-jenguklah ye, mudah-mudahan, ia bermanfaat untuk saya, rakan-rakan, dan mereka-mereka di luar sana tu. Doakan kejayaan kita semua ye :-)
