Theme bertukar lagi ;-)

Salaamimg


Hmm, nampaknya saya dah kembali bertukar ke theme yang lama. Bukan apa, theme yang saya guna sebelum ni ada problem sikit lepas proses upgrade dari 1.something to 2.1.3 baru-baru ni. Lagipun saya buat manual upgrade sebab masa tu automated upgrade ada problem (Fantastico tak appear kat control panel)...jadi faham-faham jelah bila orang yang tak berapa pandai ni buat...ada-ada jelah masalahnya ;-)

Harap-harapnya theme ni masih relevan, InsyaALLAH...ni saya ada nak kongsikan gambar-gambar anak saya masa sambutan birthday dia baru-baru ini.

img_0135.jpg

img_0134.jpg

Semangatnya dia meniup :-) Mudah-mudahan anak abi ni tabah menjalani kehidupan yang semestinya lebih sukar dan jerih lepas ni..InsyaALLAH, abi akan sentiasa membimbingmu menjadi anak yang berguna kepada Islam, bangsa dan negara.

Selamat Hari Lahir Athirah :-)

Salaamimg


Apa khabar semua? Mudah-mudahan sihat wal afiatlah ye :-) Saya Alhamdulillah, sihat-sihat je...cuma penat sikit memandangkan satu kerja lagi dah bertambah...menjual satay di Kemaman :-) Apapun, penat-penat pun seronok...tambahan pula bila dapat feedback yang baik dari customer. Mudah-mudahan trend ini berkekalan, dan jiwa entrepreneurship saya bertambah, InsyaALLAH...kata bidalan, bukan senang nak senang, tapi tak susah nak susah ;-) Kepada yang menetap di Kemaman, bolehlah berjumpa saya di Bukit Kuang, Kemaman. No hp saya 0193799160. Untuk tempahan pun InsyaALLAH kami boleh uruskan ;-)

Athirah Genap 2 Tahun

Ya, Athirah genap 2 tahun hari ni...dia dah makin besar dan cerdik...keletahnya mengalahkan orang besar, tapi loghat Teghanu lah ;-) Kawan-kawan boleh baca full post saya kat sini. Selamat Hari Lahir Athirah :-) Nanti abi (abah) balik bawa hadiah ye :-)

Tazkirah: Bila Al-Quran Mula Berbicara

Salaamimg


Untuk renungan bersama...


Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

( dieditkan oleh senaki )

Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Semoga bermanafaat.

My blog upgraded :-)

Salaamimg


Alhamdulillah, berjaya juga saya "upgrade" Wordpress ni from 1.9 (kot? tak ingat ;-)) to 2.1.3. Sebelum ni sibuk sampai tak sempat nak jenguk blog ni, apa lagi nak menjalankan kerja-kerja teknikal seperti ini :-) Sekali lagi syukur kepadaNYA yang memberikan kelapangan waktu dan fikiran...mudah-mudahan segala kesempatan yang diberikan akan digunakan sebaik-baiknya demi keredhaanNYA, InsyaALLAH.

SATAY DIY KINI DI TERENGGANU?

InsyaALLAH, kalau tiada aral melintang dan perbincangan berjalan lancar, SATAY DIY bakal meluaskan sayap ke negeri Terengganu pula. Mengapa Terengganu ye? Senang je...saya bekerja di sini :-) Lokasi kedai adalah di Bukit Kuang, Kemaman. Maafkan saya kerana tak dapat nak bagi alamat yang detail memandangkan saya sendiri kurang arif kawasan di sini. Walau bagaimanapun InsyaALLAH, saya akan update lagi berkenaan hal ini. Saya juga akan meletakkan material promosi yang bersesuaian agar pencarian ke lokasi yang dimaksudkan menjadi mudah. Kepada warga Terengganu dan Kemaman khasnya, inilah peluang anda untuk merasai satay kami ;-) Jom!

LAGI RANGKAIAN SATAY DIY DIBUKA (DAN BAKAL DIBUKA)

Alhamdulillah, nampaknya SATAY DIY dah mula diterima ramai. Mudah-mudahan trend ini berkekalanlah dan cita-cita kami untuk mengembangkan jenama SATAY DIY ni menjadi lebih mudah, InsyaALLAH...untuk maklumat lanjut, sila klik di sini ye :-) Jenguk-jenguklah kami di sini ye :-)

Menangani Krisis Dalaman - Bertangguh!

Salaamimg


Apa khabar kawan-kawan semua? Mudah-mudahan sihat wal afiatlah hendaknya ye :-) Saya Alhamdulillah, sihat juga...cuma, masalah di atas menghantui diri ini. Saya yakin, bukan saya seorang sahaja yang ada masalah ni ;-) Hehe, nak babitkan orang lain pulak. Apapun yang pasti, banyak atau sedikit, masalah ni kadang-kadang membebankan akal fikiran, dan off-course, income :-)

Kenapa Suka Bertangguh?

Inilah persoalan yang perlu dijawab bagi setiap orang yang bermasalah seperti ini. Jawapan dari diri sendiri perlu kerana hanya dia yang tahu mengapa dia bertangguh...ada orang yang terbeban dengan kerja-kerja yang menimbun. Jadi, kerja-kerja yang kurang penting menjadi tertangguh. Yang ni ok, takde hal punya ;-) Juga bermakna, dia telah menyusun kerja-kerjanya mengikut prioriti.

Tetapi andai sebaliknya, hmm, memang anda bermasalah dan sesuatu perlu dilakukan. Yelah, kerja-kerja kurang atau tiada, tapi still bertangguh :-( Anda bayangkan kalau setiap saat tertangguh menyebabkan anda kehilangan jutaan ringgit tanpa anda sedari...maknanya apa tu? Anda dah kehilangan peluang yang sangat-sangat berharga untuk berada sebaris dengan Tan Sri Mokhtar Bukhary :-) Rugikan? Mungkin analogi yang cuba saya bawak ni terlalu ideal atau terlalu "ambitious", tetapi hakikat kerugian itulah yang cuba saya tekankan. Bahkan dalam Al-Quran sendiri ALLAH dah mengingatkan kita tentang betapa pentingnya untuk tidak BERTANGGUH! (Surah Al-A'sr)

Namun begitu, apa yang saya tulis di atas hanya apply untuk perkara-perkara yang baik-baik dan diredhai ALLAH sahaja...yang lain-lain tu tak termasuklah ye. Jangan pulak nanti kita berdalilkan ayat ALLAH semata-mata nak mempercepatkan tindakan kita untuk menceburi bidang yang "gharar" (tak jelas) atau kabur halal haramnya seperti melabur di kaunter-kaunter yang tidak halal dan terlibat dengan riba...yelah, kalau nak cerita detail bab-bab ni, saya sendiri tak arif. Sekadar membawakannya sebagai contoh sahaja :-)

Apapun, mudah-mudahan saya dan kawan-kawan mendapat manfaat daripada post kali ni, InsyaALLAH. Semoga kita akan menjadi lebih beriman kepadaNYA :-) So, jangan bertangguh lagi..segeralah menjadi insan beriman dan berguna untuk Islam dan negara.

Berusaha dan terus berusaha

Salaamimg


Apa khabar? Dah agak lama saya tak update blog ni. Maafkan saya atas perkara tersebut memandangkan saya terpaksa berhempas-pulas untuk menyiapkan kerja-kerja di pejabat, di samping kerja-kerja offline SatayDIY.com itu sendiri. Apapun, Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan untuk menulis lagi pada kali ini. Mudah-mudahan, kita dapat memaksimakan sepenuhnya kesempatan masa yang diberikan kepada kita memandangkan ia akan ditanya di"sana" nanti, InsyaALLAH.

Gerai Tidak Lagi Beroperasi

Hmm, sebenarnya dah lama gerai kami tak dibuka memandangkan Pejabat Tanah Daerah Klang telah mengeluarkan notis untuk menghentikan operasi. Apapun Alhamdulillah, rezeki tempahan pula yang banyak mendatang daripada para "reseller" kami yang bergerak aktif di luar sana. Pasar malam setiap Jumaat malam Sabtu pula tetap "maintain" macam biasalah. Rupa-rupanya ada hikmah di sebalik notis penutupan itu...yelah, kami dah boleh menumpukan kepada aktiviti "supply", dan terus berusaha untuk meneroka pasaran-pasaran baru. Target tu memanglah tinggi, tapi akan dilaksanakan dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain, InsyaALLAH :-) Yang penting, kami berusaha dan terus berusaha tanpa mengenal penat dan jemu.

SatayDIY ke Brunei? 

InsyaALLAH, kalau tiada aral melintang, bakal rakan kongsi kami dari Brunei akan datang ke Malaysia pada 21 hb Mac ni untuk membincangkan beberapa perkara berkenaan perniagaan. Targetnya adalah lebih kepada penubuhan franchise Satay DIY di Malaysia ini sendiri dan di Brunei jugaklah. Kawan-kawan doakanlah deal kami berjalan lancar. Mudah-mudahan, usaha kami untuk mengukuhkan jenama Satay DIY ni dipermudahkan jalannya, InsyaALLAH :-) Kepada kawan-kawan yang berminat untuk "join the wagon", sila klik kat sini.

Tazkirah: SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH - Satu Contoh Kepemimpinan

Salaamimg


Sesuatu yang berharga untuk dikongsi...ikuti sejarah pembangkit jiwa di bawah ini. 
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya; "Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik." Sultan Muhammad Al Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 dan mangkat pada 3 Mei 1481. Detik kelahirannya pun sudah mengisyaratkan bahawa ia bakal menempa sejarah yang besar. Kejayaan yang bakal ditempanya sudah dapat dirasai apabila berita kelahirannya disampaikan kepada ayahandanya Sultan Murad, tepat ketika baginda sedang membaca Al Quran pada ayat yang bermaksud;

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata"(Al Fath:1)

Semenjak dari kecil dia sudah diajar dan dididik dengan ilmu agama.Panglima-panglima tentera telah dijemput oleh ayahnya untuk mengajarnya ilmu peperangan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung. Baginda merupakan cendekiawan ulung di zamannya dan sudah menjadi tradisinya mengumpulkan ulama-ulama untuk berbincang. Sifatnya tenang, berani, sabar menanggung penderitaan, tegas dalam membuat sesuatu keputusan dan mempunyai kemampuan mengawal diri yang luarbiasa. Kemampuannya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan sangat menonjol. Baginda sangat kuat menyimpan rahsia pemerintahannya sekalipun terhadap sahabat-sahabat dan saudara-saudaranya yang terdekat.

Sultan Murad begitu menitikberatkan tarbiah kepada anaknya.Hati anaknya telah ditempa dengan jiwa jihad dan ilmu peperangan semenjak kecil lagi. Dia tidak dimanjakan, walaupun beliau hidup dalam istana. Jiwa mujahid dan abid berpadu sekali. Inilah merupakan ketua yang malamnya bagai rahib merintih pada ALLAH dan sangat kuat beribadah manakala siangnya bagaikan singa-kuat berjuang.Dengan tujuan mendidik, sewaktu berumur 16 tahun pernah Sultan Muhammad Al Fateh diberi kepercayaan oleh ayahandanya untuk memangku jawatannya sebagai pemerintah Turki semasa Sultan Murad pergi ke Pulau Magnesia untuk bersuluk.

Beliau mula menduduki takhta pada masa umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif mengenai tipu helah musuh. Di waktu itu Maharaja Kristian dari Konstantinopel telah mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, beliau menyuruh guru-guru tersebut pulang sambil berkata "Haram hukumnya seorang Islam ditarbiah oleh orang kafir." Sewaktu pemerintahannya juga, baginda membangunkan sebuah benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga dengan itu ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut kerja juga. Melihatkan usaha Sultan Muhammad Al Fateh itu, gementarlah hati kaisar, Maharaja Rom. Benteng tersebut siap dalam masa tiga bulan.

Dari benteng itu, dikawal dengan rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Dan dari situ juga beliau mempersiapkan kelengkapan untuk membebaskan Konstantinopel - cita-cita utamanya untuk merealisasikan hadith yang telah disabdakan Rasul tercinta 700 tahun sebelumnya.Setelah persiapan taqwa dan kekuatan lahiriah telah mantap, peperangan dimulakan. Berbulan-bulan lamanya berlaku peperangan, namun belum tampak tanda-tanda kemenangan di pihak tentera Islam. Muhammad Al Fateh pun merujuk guru mursyidnya, Shamsudin Al Wali bilakah masanya benteng Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam.Gurunya melalui firasat memberitahu: pada hari yang ke 53, hari Selasa... pukul 11.00 pagi.Di sepanjang tempoh menunggu tersebut, kesemua tentera menghabiskan masa dengan perjuangan yang gigih di siang hari serta mempertingkatkan ibadah di malam hari.

Pada hari yang diisyaratkan itu, Hassan Ulubate, seorang tentera Al Fateh merebut bintang sebagai syahid dengan melompat ke atas kubu musuh dan memacak bendera di situ. Beliau gugur demi membuka pintu kemenangan kepada sahabat-sahabatnya yang lain. akhirnya pada 29 Mei 1453, baginda berjaya menawan Konstantinopel. Beliau telah membuktikan kebenaran hadith Rasulullah. Konstantinopel telah ditukar nama kepaa Islambol (Islam keseluruhan) yang mana kini dikenali dengan nama Istanbul. Sejarah mencatatkan bagaimana baginda menunjukkan sikap berlemah lembut dan bertoleransi yang sangat mengagumkan. Rakyat pada ketika itu diberi kebebasan untuk beragama. Semua gereja yang ada dikekalkan untuk Kaum Nasrani beribadah kecuali gereja Aya Sophia telah ditukarkan kepada masjid. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke mukanya dan terus sujud syukur apabila meraih kejayaan tersebut

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapakah selayaknya menjadi imam. Muhammad Al Fateh memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya untuk bangun dan baginda lantas berkata. "Siapa di antara kamu sejak balighnya hingga ke saat ini pernah meninggalkan sembahyang fardhu sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, melambangkan tidak ada seorang pun di antara mereka yang pernah meninggalkan sembahyang fardhu.Muhammad Al Fateh berkata lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib sila duduk!" sebahagian daripada tenteranya duduk.

Muhammad Al Fateh meneruskan lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga ini pernah meninggalkan sembahyang tahajjud, sila duduk!" Kali ini seluruh tenteranya duduk, kecuali seorang. Dia itu tidak lain tidak bukan ialah Muhammad Al Fateh sendiri. Dialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak akil baligh. Inilah dia anak didikan Shamsuddin Al Wali dan dialah ketua yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w.

Tazkirah :Contoh kepimpinan yang telah ditonjolkan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh wajar dicontohi oleh pemimpin masyarakat zaman ini. Keseimbangannya dalam IQ (intelectual quotient),EQ (emotional quotient) dan SQ (spiritual quotient) nyata menjadi senjata utuh Sultan Muhamad Fateh untuk memimpin rakyatnya kearah kegemilangan Islam.

p/s; membaca artikel ni terfikir sejenak. jauhnya kita sekarang dengan zaman kegemilangan Islam. banyaknya ketinggalan.. bilakah Islam akan bangkit kembali? siapakah kita dalam arena ini? masa & musuh Islam berlalu serta bertindak dengan pantas, cepat dan ligat... kita? sama2 kita renungkan dan sama2 usahakan untuk bangkitkan kembali kegemilangan Islam. Islam yang terkuat di Alam ini. semoga kita semua berada dilandasan yang betul, cepat dan ligat bertindak untuk terus memacu momentum baru dalam meledakan kembali zaman kegemilangan Islam pada masa akan datang...


menantikan kebangkitan Islam...


Renungan buat diriku jua :-)