Lebih banyak masa bersama blog ini

Salaamimg


Sebenarnya, minggu lepas adalah antara minggu yang tersibuk dalam hidup saya. Audit kewangan yang bakal menjelang benar-benar menyesakkan dada dan fikiran, tambahan pula inilah kali pertama saya akan di audit. Sebelum ini, saya yang bertugas mengaudit orang lain semasa bekerja dengan firma perakaunan Ernst & Young. Pada masa itu, rutin kehidupan kami para juruaudit memang tidak keruan. Makan minum tak tentu, apatah lagi nak menulis sepertimana sekarang ini. Alhamdulillah, setelah keluar dari dunia audit, kehidupan saya sedikit berubah ke arah yang lebih baik. Apapun, memandangkan ini kali pertama di audit, ia memang benar-benar menuntut komitmen yang tidak berbelah bagi, memandangkan saya mengerti benar apa "expectation" mereka. Saya tidak mahu mendengar kritikan pedas yang bakal dilempar sekiranya sistem perakaunan kami tidak memenuhi standard yang telah ditetapkan.

Atas kesungguhan yang terlalu bersungguh tersebut, saya secara tidak sengaja telah memadamkan sepenuhnya blog saya yang satu lagi, iaitu walikard.com. Asalnya saya ingin membuat "quick house keeping" di mana saya ingin membuang segala "sampah-sampah" yang tidak diperlukan dalam tersebut. Akibat sibuk dengan kerja dan keperluan mengemaskini blog yang dilakukan pada waktu rehat secara tergesa-gesa, saya telah melakukan kesilapan yang tidak sedikit. Apa yang berlaku adalah seperti yang dirancang di satu bahagian, manakala satu bahagian lagi adalah secara tidak terancang iaitu, saya telah bukan sahaja membuang "sampah-sampah", tetapi juga yang bukan sampah iaitu database walikard.com itu sendiri. Blog yang banyak menyumbang kepada pendapatan Adsense itu kini telah tiada lagi, dan saya tiada niat untuk menghidupkannya semula. Bukan kerana putus asa, tetapi saya merasakan dengan blog itu, saya telah mengabaikan blog ini, dan ini adalah peluang terbaik saya untuk kembali memeriahkan blog Satay DIY ini. InsyaALLAH, dari semasa ke semasa, saya akan membawa perkembangan-perkembangan terkini Satay DIY, laman web pertama saya dalam dunia perniagaan Internet ini. Ia kini semakin matang, dan memerlukan usaha yang berterusan untuk menyambung momentumnya, agar ia berterusan berkembang dan maju. InsyaALLAH, blog ini akan kembali sepertimana dahulu.

Fuhh…lama betul berehat

Salaamimg


Mudah-mudahan semuanya sihat-sihat belaka. Maafkan saya kerana biarkan blog ini lama "bersawang". Saya sebenarnya masih aktif dengan perniagaan dan kerja, cuma kurang memberikan tumpuan terhadap kerja-kerja kemaskini blog ini. InsyaALLAH, dari masa ke semasa, saya cuba untuk memberikan komitmen yang sama rata terhadap semua blog-blog saya (blog-blog? macam banyak je? tak banyak...2 3 je ;-))

Dalam pada kesibukan mengejar cita-cita dan kewajipan menjaga amanah masa yang diberikan majikan, kadang-kadang kita terlupa membezakan "kehendak" dan "kemahuan". Kebanyakan masa dihabiskan untuk kemahuan, sedikit sekali untuk "kehendak". Kehendak di sini termasuklah kehendak terhadap patuh dan taat pada perintah ALLAH dan rasulNYA, kehendak untuk menjenguk orang tua di kampung, kehendak untuk mendapatkan bekal di akhirat, kehendak untuk memenuhi tuntutan sebagai ayah dan suami, dan pelbagai lagi kehendak-kehendak yang sememangnya penting dan lebih "wajib" didahulukan. Tak salah mengejar kemahuan, namun berpada-padalah dengan mengambil kira terlebih dahulu "calculated risk"nya sebelum membuat keputusan.

InsyaALLAH, setakat  ini dahulu daripada saya memandangkan kehendak daripada majikan saya perlu dipenuhi sebagai memenuhi tanggungjawab masa yang diamanahkan. Mudah-mudahan kita mampu menjadi insan yang lebih baik, sekurang-kurangnya lebih baik dari semalam.

Peringatan buat diriku jua ;-) 

Hari ini adalah sangat istimewa

Salaamimg



Apa khabar kawan-kawan sekelian? Mudah-mudahan sihat wal afiatlah semuanya. Saya Alhamdulillah, sihat juga adanya. Hari ini saya nak berkongsi sesuatu yang istimewa :-) Hari ini adalah Harijadi Emak saya yang tersayang :-) Emak sayalah orang kuat di sebalik tabir SatayDIY.com di samping abah. Di atas segala-galanya, Emak adalah seseorang yang sangat tabah dan cekal. Tak pernah kisah pun dengan karenah kami adik-beradik yang selalu je nakal...nak kata membalas pengorbanan, MasyaALLAH, tak terbalas dengan nilai wang ringgit...memang kalau nak kira susu, lampin, pakaian dan apa jua bentuk material tu boleh dinilai, tetapi bagaimana dengan nilai kasih sayangnya? Penat dia berjaga malam menjaga kami ketika sakit demam bagaimana? Jerih payah dia mengajar kami erti hidup dan pelajaran nak nilai macam mana? Pendek kata, terlalu banyak pengorbanannya dan sememangnya ia tak terbalas oleh anak-anaknya.

Selamat Harijadi Emak. Mudah-mudahan terus-menerus berada dalam keberkatan dan rahmat ALLAH, InsyaALLAH.

Rancangan SatayDIY.com yang seterusnya

Salaamimg


Maafkan saya kerana sudah hampir 3 minggu saya tdak membuat apa-apa terhadap blog saya ini. Sebenarnya, saya lebih meluangkan banyak masa dengan memikirkan rancangan perniagaan dan mula menanam komitmen kepada blog saya yang sebuah lagi iaitu Walikard.com. Namun begitu, ini tak bermakna saya mengabaikan blog ini begitu sahaja. Dari hari ke hari saya mengumpul kekuatan untuk menulis dan memberi input-input baru tentang perkembangan SatayDIY.com. InsyaALLAH, di sini saya akan bentangkan serba sedikit tentang rancangan-rancangan tersebut.

1) Melancarkan dedicated page untuk mereka yang mahu memulakan perniagaan satay

InsyaALLAH, page yang masih di dalam peringkat pembinaan ini akan dilancarkan tidak lama lagi. Sekiranya rakan-rakan berminat untuk menjadi peniaga satay, di sinilah, InsyaALLAH tempatnya. Anda boleh mendapatkan bekalan satay mentah di sini. Saya sedang memikirkan cara yang terbaik untuk membekalkan satay-satay mentah ini di mana-mana jua di seluruh semenanjung Malaysia. Buat masa ini, untuk bekalan ke Kota Sarang Semut, Kedah, kami menggunakan perkhidamatan bas express. Alhamdulillah, setakat ini tiada apa-apa masalah yang timbul.

2) Khidmat penghantaran satay di Lembah Klang

Saya ingin mencuba konsep Pizza Hut delivery dengan SatayDIY.com ini. InsyaALLAH, apabila dah jalan nanti saya akan uar-uarkan di sini. Penghantaran? Dah tentulah guna motor ;-)

Oklah, setakat ni dulu update daripada saya. InsyaALLAH, saya akan update lagi dari masa ke semasa. Kalau rakan-rakan mempunyai idea bernas untuk dikongsikan, jangan segan-segan nak beritahu ye :-) Jumpa lagi

Renewal of SatayDIY.com is done!

Salaamimg


 


Apa khabar kawan-kawan? Mudah-mudahan sihat-sihatlah hendaknya. Saya Alhamdulillah, sihat :-) Sepertimana tajuk di atas tu, Alhamdulillah, saya dah buat renewal. Ini bermakna, SatayDIY.com dah hampir setahun! (ya, belum setahun. 7hb Jun 2007 barulah cukup setahun ;-)) Berikut adalah highlight kami sepanjang setahun:

1) Client on-line pertama kami ialah Universiti Lim Kok Wing. Mereka menempah hampir 7,000 cucuk satay ;-) Kelam-kabut jugalah dibuatnya...yelah, tiba-tiba je order masuk. Alhamdulillah, segalanya ditempuh dengan tabah. Untuk maklumat lanjut, sila baca di sini.

2) Pada bulan Februari 2007, Rahsia.sataydiy.com dilancarkan. Pada bulan ini juga, kami telah menukar modus operandi dengan menjadi pembekal, bukan lagi penjual. Buat masa ini, kami hanya menjual di Pasar Malam sahaja. Alhamdulillah, pertukaran ini sebenarnya menjadikan operasi SatayDIY.com menjadi lebih kukuh. SatayDIY.com juga telah menerima rakan kongsi utama iaitu Hotzone Satay yang diuruskan oleh En. Salleh. Beliau kini menguruskan bekalan-bekalan satay mentah di Lembah Klang selain menjual sendiri di beberapa rangkaian beliau.

Err, 2 tu je kot ;-) Apapun, di sini saya nak mengulang-tayang video lama kami yang saya kira masih relevan.





Saya dah upgrade ke Wordpress 2.2

Salaamimg



Alhamdulillah, saya dah berjaya upgrade blog ni dari 2.1.3 kepada 2.2 :-) There's no noticeable changes, cuma yang bestnya dia integrate sekali dengan widget. Orang yang non-techie dan malas macam saya ni bolehlah ;-) Err, interface blog ni pun saya dah tukarlah...tak tahulah ok ke tak memandangkan saya sendiri yang adjust2 header kat atas tu. Saje je letak gambar satay di sambar api tu, seolah-olah menggambarkan my burning desire to put SatayDIY.com on top. Feel free to comment ye :-)

Menjadikan Diri Lebih Fokus

Saya percaya yang di atas tu kehendak semua orang, yang terkadang-kadang menjadi masalah, termasuklah saya. Saya sendiri berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap fokus yang tinggi. Alhamdulillah, adalah sedikit hasil walaupun taklah sampai ke tahap membanggakan. Saya percaya kawan-kawan di luar sana mempunyai method yang boleh dikongsikan bersama di sini.

Buat masa sekarang, saya menjadikan inspirasi sebagai tool utama untuk fokus. Bila dah agak-agak fokus tu dah lari, saya akan kembali mengingatkan diri ini akan tanggungjawab sebagai seorang hamba ALLAH, suami, ayah, pekerja dan ahli masyarakat. Setiap satunya berhak diberikan hak masing-masing, dan masing-masing mempunyai hak ke atas kita. Sebagai hamba ALLAH, kita perlu taat kepada masa selagi mana ia tidak bercanggahan dengan kehendakNYA. Bukankah kerja itu juga ibadat? dan kita perlu untuk mengibadatkan kerja keranaNYA.

Sebagai suami dan ayah, kita perlu menyara keluarga dengan penuh tanggungjawab dan rezeki yang halal, di mana ia juga merupakan part of hamba kepada ALLAH. Sekiranya kita bekerja tanpa fokus dan matlamat, kerja akan tersasar dan objektifnya tak dapat dipenuhi...maka menurunlah prestasi kerja dan kemungkinan juga dipecat dan menatijahkan hilang sumber pendapatan. Perlu diingat, ini bukan untuk pemakan gaji sahaja malah peniaga atau yang bekerja sendiri di luar sana.

Akhir sekali, saya tinggalkan 2 fungsi terakhir iaitu sebagai pekerja dan ahli masyarakat kepada kawan-kawan untuk memikirkannya. Kalau kawan-kawan ada method lain untuk melatih fokus (ya, fokus boleh dilatih), kongsilah kat sini ye :-)

Update Terbaru SatayDIY.com

Salaamimg


Sudah agak lama saya tak update blog ni ;-) Dan saya sering menyalahkan "sibuk" untuk tidak menggerakkan jari-jemari untuk menaip dan menjana idea (ya, biasanya bila dah start taip baru idea nak masuk...pendek kata, just start, jangan fikir lama-lama sangat, nanti idea tu jadi basi :-)) InsyaALLAH, selepas ini saya lebih berazam untuk menjadikan "rajin" sebagai teman utama saya.

Web Khas Untuk Rangkaian SatayDIY.com

Alhamdulillah, saya sebenarnya dah menyiapkan satu laman web yang simple untuk salah satu rangkaian kami iaitu Hotzone Satay. Rangkaian ini diusahakan oleh En. Salleh dan berpengkalan di Gombak dan Batu Caves. Antara servis-servis yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Jualan satay seperti satay ayam, daging, perut dan kambing;

  2. Perkhidmatan pembekalan satay mentah bagi para peniaga yang berminat untuk menjual satay DIY;

  3. One stop centre untuk para pengusaha satay di mana anda boleh mendapatkan dapur satay, dapur-dapur stainless steel, arang, minyak, satay mentah dan apa juga yang berkaitan dengan satay di sini;

  4. Tempahan untuk majlis-majlis.


En. Salleh ni friendly orangnya :-) Boleh dibawak berbincang pada bila-bila masa sahaja. Kalau ada apa-apa yang nak ditanya, anda boleh terus ke laman webnya.

Satay DIY Goes International?

InsyaALLAH, kalau tiada aral melintang, cawangan Satay DIY akan dibuka di Brunei, jangkanya dalam tahun ini jugalah. Harap-harapnya berjalan lancarlah :-) Di samping itu, saya juga sedang berusaha untuk memasarkan satay DIY ni secara frozen ke negara-negara lain yang mendapat permintaan. Doakan kami berjaya ye :-) Andai diizinkan ALLAH, Satay DIY boleh dilihat juga di negara-negara luar. Teringat iklan popiah daripada Exim Bank yang sedang rancak di kaca-kaca televisyen. Kira inspirasilah ni :-)

Laman Food Articles Kami Sudah Berjalan 

Di samping perkembangan offline kami, secara online juga kami dah bergerak ke hadapan sedikit dengan mewujudkan satu sub-website berkenaan Food Articles secara umum. Anda boleh melawatnya di sini. Sebenarnya, ini adalah salah satu usaha untuk meningkat income Adsense saya ;-) Cubalah, manalah tahu ada rezeki lebih, InsyaALLAH. Critics and ideas are welcome :-)