Logo Baru SatayDIY.com

Salaamimg


Diam tak diam, kita sebenarnya dah menghampiri tahun baru 2008. Persoalan sama ada azam tahun lalu dah tercapai atau belum, kerap kali di bangkitkan, bahkan soalan tersebut menjadi automatik setiap kali tahun baru bakal menjelma. Apapun, kita mesti memandang ke hadapan, dan kalau perlu melihat ke belakang pun, hanyalah untuk tujuan "compare and analysis", buat panduan kita merangka pelan hadapan yang lebih bermakna dan betul, InsyaALLAH.

Bagi pihak SatayDIY.com, tahun 2007 merupakan tahun peningkatan di mana usaha kami memulakan perniagaan "0n-line" ini mula menampakkan hasil. Alhamdulillah, semakin ramai yang menyedari kemunculan SatayDIY.com, malah tempahan-tempahan satay yang diterima dari pelanggan on-line juga semakin meningkat. Untuk itu, selaras dengan perkembangan tersebut, kami cuba untuk mengkorporatkan imej kami dengan menampilkan logo baru seperti di bawah ini:

Image Hosting

Bagaimana pendapat anda dengan logo tersebut? Sebarang komen adalah amat dialu-alukan dengan cara meninggalkan komen anda di sini. InsyaALLAH, kami akan mengintegrasikan logo tersebut di website kami tidak lama lagi.

Percubaan Kami Positif

Salaamimg


Masih ingat tentang percubaan kami untuk mengetinkan produk SatayDIY? Anda boleh baca di sini untuk refreshment. Alhamdulillah, percubaan tersebut membuahkan hasil yang positif. Dari segi rasa, kami berjaya "mempertahankan" rasanya walaupun ia menjadi sedikit manis. Mungkin kami perlu memperbaiki atau mengubahsuai sedikit proses pengetinan tersebut. Untuk pengetahuan pembaca, kerja-kerja pengetinan ini dijalankan sepenuhnya oleh syarikat Pertima Trengganu Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu yang berpengkalan di Chendering, Terengganu Darul Iman. Syarikat tersebut menghasilkan produk-produk dalam tin seperti sardin (berjenama Pertima) dan buah-buahan dalam tin.

InsyaALLAH, kami akan mengemaskinikan lagi perkembangan terkini projek kami dari semasa ke semasa di sini. Kepada sesiapa yang berminat untuk menghulur idea, buah fikir, melabur dengan kami, dan apa jua pertanyaan, sila berbuat demikian dengan mengisi borang di sini.

Perkembangan Positif SatayDIY.com di Bulan Syawal 1428

Salaamimg


Apa khabar? Mudah-mudahan rakan-rakan sekelian berada dalam keadaan sihat wal afiat. Saya Alhamdulillah, sihat jua adanya. Mudah-mudahan juga,kesihatan yang ALLAH kurniakan ini akan digunakan sebaik-baiknya, ke arah mendekatkan diri padaNYA dalam apa jua tindakan kita. Untuk kali ini, saya subjek di atas adalah agak terlewat memandangkan kita sudah pun menghampiri E'idul Adha. Apapun, anggaplah ia sebagai perkongsian maklumat yang diharapkan memberi manfaat kepada semua.


Alhamdulillah, pada bulan Syawal yang lepas, jumlah tempahan satay yang kami terima adalah mencecah 80,000 cucuk, satu angka yang kami anggap besar memandangkan "current setup" kami adalah berskala kecil. Rata-rata, tempahan-tempahan adalah tertumpu di sekitar Lembah Klang. Antara pelanggan-pelanggan kami adalah seperti berikut:


1) Kakitangan Polis di Bukit Aman


2) Karangkraf Sdn. Bhd.


3) Muzik FM


4) Kakitangan Imigresen


5) Kakitangan Kastam


6) Kakitangan UIA Gombak


7) Pelanggan-pelanggan perseorangan


Kami amat berharap agar pelanggan-pelanggan kami ini berpuas hati dengan perkhidmatan dan kualiti satay yang telah kami sajikan. Kepada sesiapa yang berminat nak membuat tempahan, kami amat mengalu-alukannya dengan cara SMS atau menelefon kami di 0193680495 (En Razak) atau 0193799160 (Azrul). InsyaALLAH, setakat ini dahulu buat kali ini. Jumpa lagi :-)


 

Satay Dalam Tin: Berbaloi?

Salaamimg


Pada kali ini saya memerlukan bantuan dari para pembaca untuk memberikan saya sedikit gambaran tentang keupayaan Produk Satay Dalam Tin untuk dipasarkan. InsyaALLAH sekiranya poll result adalah positif, saya akan memulakan langkah untuk menjalankan proses R & D dan langkah-langkah yang sepatutnya untuk menjelmakan produk tersebut. Saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih atas kerjasama pembaca sekelian.

























pollsApa Pendapat Anda Tentang Satay Dalam Tin?
Saya yakin ada sambutan
Susah nak berjaya
Tak pasti
Satay DIY



Aktiviti Syawal Terkini SatayDIY.com

Salaamimg


Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan untuk menulis lagi pada hari yang mulia ini, yang InsyaALLAH masih diselubungi rahmat dan kasih-sayang ALLAH pada hamba-hambaNYA yang taat. Mudah-mudahan Ramadhan yang lalu berjaya mentarbiyyah kita menjadi insan yang lebih baik dan lebih "Rabbani". Pada kali ini, izinkan saya berkongsi "cerita" tentang aktiviti SatayDIY.com yang terkini.


Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lepas, iaitu bersamaan dengan 8 Syawal 1428, bertempat di Kediaman Dato' Sanad di Jalan Batu Belah, Klang, telah diadakan Rumah Terbuka Syawal 1428H. Beliau telah menempah 8,000 cucuk satay dari kami dan aktiviti membakar satay diadakan di rumah beliau. Aktiviti bermula seawal 8.00 pagi hinggalah ke petang. Di sini saya sertakan sedikit video dan gambar-gambar untuk dikongsikan bersama.


 






Mari kita lihat gambar-gambar pula :-)
open-house-dato-sanad-small.jpg

Yang tukang bakar tu semuanya saudara-mara belaka :-) Yang baju merah tu kira saudara jugaklah.

open-house-dato-sanad-14-small.jpg

Demikianlah serba-sedikit koleksi video dan gambar-gambar yang dapat dikongsikan bersama. Banyak lagi sebenarnya, dan rakan-rakan boleh melihatnya dengan lebih lanjut di sini.

Tag: Virus

Salaamimg

Nampaknya saya telah di tag oleh En Soulof99. Hmm, macam mana dengan pengajian? Mudah-mudahan berjalan lancar sahaja hendaknya, InsyaALLAH :-) Ikuti jawapan saya di bawah:

Sejak bila anda mula berpuasa penuh?? 

InsyaALLAH, kalau tak salah sewaktu saya darjah 4, iaitu tahun 1991. Masa darjah 3 hampir-hampir penuh, tapi kantoi di jam-jam terakhir. Godaan air sejuk di dalam peti ais tak dapat saya nak tahan ;-)

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya?

Alhamdulillah, bermula dari darjah 4, sampai sekarang tak pernah ponteng lagi.

Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun?

Pernah :-) Dulu masa budak-budak dulu. Sekarang dah jadi ayah budak dah tak main dah. Dulu suka main mercun mancis sebab senang...gores dan menang ;-)

Juadah apakah yang menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka?

Ramadhan kali ini nampaknya jatuh kepada "encik" murtabak :-) Sebelum berkeluarga saya suka berbuka dengan satay. Sebab...saya tolong ayah jual satay kat pasar Ramadhan...senang :-)

Lagu raya manakah yang anda suka?

Lagu nasyid yang ramai-ramai nyanyi tu..ada Raihan, Nowseeheart, Ajai dan Rem.

Tahun ini anda beraya di mana?

InsyaALLAH, raya pertama dan kedua di Terengganu. Raya ketiga onwards di Klang

Pernahkah bertugas semasa hari raya?

Pernah, tapi raya ketigalah..taklah teruk sangat rasanya.

Apakah kenangan paling manis di hari raya?

Hmm, apa ye? Mungkin hari raya 2 tahun lepas, di mana saya beraya bersama dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami :-)

Saya tak berniat nak panjangkan virus tag ni memandangkan saya jawab pun dah lewat, dah nak raya dah pun ;-) Apapun, E'id Mubarak kepada semua. Mudah-mudahan, momentum Ramadhan yang bakal berlalu tidak lama lagi memberi natijah yang baik buat kita semua, InsyaALLAH

Ramadhan Kareem

Salaamimg


Mudah-mudahan masih ada yang setia mengikuti tulisan saya di blog yang hampir 80% bersawang ini. Asalnya, tangan ini masih dirasakan terlalu berat untuk menulis...tetapi apabila mengenangkan Ramadhan Al-Kareem yang bakal memunculkan diri buat kita mengambil bekal, saya gagahkan jua diri ini untuk membuang kemalasan itu jauh-jauh, dan sekiranya dapat (InsyaALLAH, saya berusaha sekuat mampu), kemalasan itu bakal dibuang buat selama-lamanya. Mudah-mudahan ALLAH memberi kekuatan kepada kita semua.

Di kesempatan ini, saya ingin meminta maaf dari rakan-rakan, teman-teman seperjuangan yang dimuliakan, atas apa juga kesalahan yang saya lakukan. InsyaALLAH, andai ada kesalahan kalian terhadap saya (Saya yakin tiada sekelumit pun), saya dah maafkan sejak dahulu lagi. Mudaha-mudahan kita sama-sama dapat meraup rahmat ALLAH, yang sebenarnya bonus buat kita. Bonus tahunan ini takkan habis dibelanja, sepertimana cepatnya bonus yang diberi oleh majikan masing-masing. Bonus ini bakal menjadi bekal ke akhirat, buat tambahan berat agar neraca timbangan lebih condong di sebelah kanannya. Semoga ia bermanfaat.

Selamat Datang Ramadhan yang ditunggu, bulan ALLAH.