Menangani Krisis Dalaman - Bertangguh!

Salaamimg


Apa khabar kawan-kawan semua? Mudah-mudahan sihat wal afiatlah hendaknya ye :-) Saya Alhamdulillah, sihat juga...cuma, masalah di atas menghantui diri ini. Saya yakin, bukan saya seorang sahaja yang ada masalah ni ;-) Hehe, nak babitkan orang lain pulak. Apapun yang pasti, banyak atau sedikit, masalah ni kadang-kadang membebankan akal fikiran, dan off-course, income :-)

Kenapa Suka Bertangguh?

Inilah persoalan yang perlu dijawab bagi setiap orang yang bermasalah seperti ini. Jawapan dari diri sendiri perlu kerana hanya dia yang tahu mengapa dia bertangguh...ada orang yang terbeban dengan kerja-kerja yang menimbun. Jadi, kerja-kerja yang kurang penting menjadi tertangguh. Yang ni ok, takde hal punya ;-) Juga bermakna, dia telah menyusun kerja-kerjanya mengikut prioriti.

Tetapi andai sebaliknya, hmm, memang anda bermasalah dan sesuatu perlu dilakukan. Yelah, kerja-kerja kurang atau tiada, tapi still bertangguh :-( Anda bayangkan kalau setiap saat tertangguh menyebabkan anda kehilangan jutaan ringgit tanpa anda sedari...maknanya apa tu? Anda dah kehilangan peluang yang sangat-sangat berharga untuk berada sebaris dengan Tan Sri Mokhtar Bukhary :-) Rugikan? Mungkin analogi yang cuba saya bawak ni terlalu ideal atau terlalu "ambitious", tetapi hakikat kerugian itulah yang cuba saya tekankan. Bahkan dalam Al-Quran sendiri ALLAH dah mengingatkan kita tentang betapa pentingnya untuk tidak BERTANGGUH! (Surah Al-A'sr)

Namun begitu, apa yang saya tulis di atas hanya apply untuk perkara-perkara yang baik-baik dan diredhai ALLAH sahaja...yang lain-lain tu tak termasuklah ye. Jangan pulak nanti kita berdalilkan ayat ALLAH semata-mata nak mempercepatkan tindakan kita untuk menceburi bidang yang "gharar" (tak jelas) atau kabur halal haramnya seperti melabur di kaunter-kaunter yang tidak halal dan terlibat dengan riba...yelah, kalau nak cerita detail bab-bab ni, saya sendiri tak arif. Sekadar membawakannya sebagai contoh sahaja :-)

Apapun, mudah-mudahan saya dan kawan-kawan mendapat manfaat daripada post kali ni, InsyaALLAH. Semoga kita akan menjadi lebih beriman kepadaNYA :-) So, jangan bertangguh lagi..segeralah menjadi insan beriman dan berguna untuk Islam dan negara.

Berusaha dan terus berusaha

Salaamimg


Apa khabar? Dah agak lama saya tak update blog ni. Maafkan saya atas perkara tersebut memandangkan saya terpaksa berhempas-pulas untuk menyiapkan kerja-kerja di pejabat, di samping kerja-kerja offline SatayDIY.com itu sendiri. Apapun, Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan untuk menulis lagi pada kali ini. Mudah-mudahan, kita dapat memaksimakan sepenuhnya kesempatan masa yang diberikan kepada kita memandangkan ia akan ditanya di"sana" nanti, InsyaALLAH.

Gerai Tidak Lagi Beroperasi

Hmm, sebenarnya dah lama gerai kami tak dibuka memandangkan Pejabat Tanah Daerah Klang telah mengeluarkan notis untuk menghentikan operasi. Apapun Alhamdulillah, rezeki tempahan pula yang banyak mendatang daripada para "reseller" kami yang bergerak aktif di luar sana. Pasar malam setiap Jumaat malam Sabtu pula tetap "maintain" macam biasalah. Rupa-rupanya ada hikmah di sebalik notis penutupan itu...yelah, kami dah boleh menumpukan kepada aktiviti "supply", dan terus berusaha untuk meneroka pasaran-pasaran baru. Target tu memanglah tinggi, tapi akan dilaksanakan dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain, InsyaALLAH :-) Yang penting, kami berusaha dan terus berusaha tanpa mengenal penat dan jemu.

SatayDIY ke Brunei? 

InsyaALLAH, kalau tiada aral melintang, bakal rakan kongsi kami dari Brunei akan datang ke Malaysia pada 21 hb Mac ni untuk membincangkan beberapa perkara berkenaan perniagaan. Targetnya adalah lebih kepada penubuhan franchise Satay DIY di Malaysia ini sendiri dan di Brunei jugaklah. Kawan-kawan doakanlah deal kami berjalan lancar. Mudah-mudahan, usaha kami untuk mengukuhkan jenama Satay DIY ni dipermudahkan jalannya, InsyaALLAH :-) Kepada kawan-kawan yang berminat untuk "join the wagon", sila klik kat sini.

Tazkirah: SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH - Satu Contoh Kepemimpinan

Salaamimg


Sesuatu yang berharga untuk dikongsi...ikuti sejarah pembangkit jiwa di bawah ini. 
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya; "Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik." Sultan Muhammad Al Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 dan mangkat pada 3 Mei 1481. Detik kelahirannya pun sudah mengisyaratkan bahawa ia bakal menempa sejarah yang besar. Kejayaan yang bakal ditempanya sudah dapat dirasai apabila berita kelahirannya disampaikan kepada ayahandanya Sultan Murad, tepat ketika baginda sedang membaca Al Quran pada ayat yang bermaksud;

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata"(Al Fath:1)

Semenjak dari kecil dia sudah diajar dan dididik dengan ilmu agama.Panglima-panglima tentera telah dijemput oleh ayahnya untuk mengajarnya ilmu peperangan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung. Baginda merupakan cendekiawan ulung di zamannya dan sudah menjadi tradisinya mengumpulkan ulama-ulama untuk berbincang. Sifatnya tenang, berani, sabar menanggung penderitaan, tegas dalam membuat sesuatu keputusan dan mempunyai kemampuan mengawal diri yang luarbiasa. Kemampuannya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan sangat menonjol. Baginda sangat kuat menyimpan rahsia pemerintahannya sekalipun terhadap sahabat-sahabat dan saudara-saudaranya yang terdekat.

Sultan Murad begitu menitikberatkan tarbiah kepada anaknya.Hati anaknya telah ditempa dengan jiwa jihad dan ilmu peperangan semenjak kecil lagi. Dia tidak dimanjakan, walaupun beliau hidup dalam istana. Jiwa mujahid dan abid berpadu sekali. Inilah merupakan ketua yang malamnya bagai rahib merintih pada ALLAH dan sangat kuat beribadah manakala siangnya bagaikan singa-kuat berjuang.Dengan tujuan mendidik, sewaktu berumur 16 tahun pernah Sultan Muhammad Al Fateh diberi kepercayaan oleh ayahandanya untuk memangku jawatannya sebagai pemerintah Turki semasa Sultan Murad pergi ke Pulau Magnesia untuk bersuluk.

Beliau mula menduduki takhta pada masa umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif mengenai tipu helah musuh. Di waktu itu Maharaja Kristian dari Konstantinopel telah mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, beliau menyuruh guru-guru tersebut pulang sambil berkata "Haram hukumnya seorang Islam ditarbiah oleh orang kafir." Sewaktu pemerintahannya juga, baginda membangunkan sebuah benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga dengan itu ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut kerja juga. Melihatkan usaha Sultan Muhammad Al Fateh itu, gementarlah hati kaisar, Maharaja Rom. Benteng tersebut siap dalam masa tiga bulan.

Dari benteng itu, dikawal dengan rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Dan dari situ juga beliau mempersiapkan kelengkapan untuk membebaskan Konstantinopel - cita-cita utamanya untuk merealisasikan hadith yang telah disabdakan Rasul tercinta 700 tahun sebelumnya.Setelah persiapan taqwa dan kekuatan lahiriah telah mantap, peperangan dimulakan. Berbulan-bulan lamanya berlaku peperangan, namun belum tampak tanda-tanda kemenangan di pihak tentera Islam. Muhammad Al Fateh pun merujuk guru mursyidnya, Shamsudin Al Wali bilakah masanya benteng Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam.Gurunya melalui firasat memberitahu: pada hari yang ke 53, hari Selasa... pukul 11.00 pagi.Di sepanjang tempoh menunggu tersebut, kesemua tentera menghabiskan masa dengan perjuangan yang gigih di siang hari serta mempertingkatkan ibadah di malam hari.

Pada hari yang diisyaratkan itu, Hassan Ulubate, seorang tentera Al Fateh merebut bintang sebagai syahid dengan melompat ke atas kubu musuh dan memacak bendera di situ. Beliau gugur demi membuka pintu kemenangan kepada sahabat-sahabatnya yang lain. akhirnya pada 29 Mei 1453, baginda berjaya menawan Konstantinopel. Beliau telah membuktikan kebenaran hadith Rasulullah. Konstantinopel telah ditukar nama kepaa Islambol (Islam keseluruhan) yang mana kini dikenali dengan nama Istanbul. Sejarah mencatatkan bagaimana baginda menunjukkan sikap berlemah lembut dan bertoleransi yang sangat mengagumkan. Rakyat pada ketika itu diberi kebebasan untuk beragama. Semua gereja yang ada dikekalkan untuk Kaum Nasrani beribadah kecuali gereja Aya Sophia telah ditukarkan kepada masjid. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke mukanya dan terus sujud syukur apabila meraih kejayaan tersebut

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapakah selayaknya menjadi imam. Muhammad Al Fateh memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya untuk bangun dan baginda lantas berkata. "Siapa di antara kamu sejak balighnya hingga ke saat ini pernah meninggalkan sembahyang fardhu sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, melambangkan tidak ada seorang pun di antara mereka yang pernah meninggalkan sembahyang fardhu.Muhammad Al Fateh berkata lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib sila duduk!" sebahagian daripada tenteranya duduk.

Muhammad Al Fateh meneruskan lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga ini pernah meninggalkan sembahyang tahajjud, sila duduk!" Kali ini seluruh tenteranya duduk, kecuali seorang. Dia itu tidak lain tidak bukan ialah Muhammad Al Fateh sendiri. Dialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak akil baligh. Inilah dia anak didikan Shamsuddin Al Wali dan dialah ketua yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w.

Tazkirah :Contoh kepimpinan yang telah ditonjolkan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh wajar dicontohi oleh pemimpin masyarakat zaman ini. Keseimbangannya dalam IQ (intelectual quotient),EQ (emotional quotient) dan SQ (spiritual quotient) nyata menjadi senjata utuh Sultan Muhamad Fateh untuk memimpin rakyatnya kearah kegemilangan Islam.

p/s; membaca artikel ni terfikir sejenak. jauhnya kita sekarang dengan zaman kegemilangan Islam. banyaknya ketinggalan.. bilakah Islam akan bangkit kembali? siapakah kita dalam arena ini? masa & musuh Islam berlalu serta bertindak dengan pantas, cepat dan ligat... kita? sama2 kita renungkan dan sama2 usahakan untuk bangkitkan kembali kegemilangan Islam. Islam yang terkuat di Alam ini. semoga kita semua berada dilandasan yang betul, cepat dan ligat bertindak untuk terus memacu momentum baru dalam meledakan kembali zaman kegemilangan Islam pada masa akan datang...


menantikan kebangkitan Islam...


Renungan buat diriku jua :-)