Hari ini adalah sangat istimewa

Salaamimg



Apa khabar kawan-kawan sekelian? Mudah-mudahan sihat wal afiatlah semuanya. Saya Alhamdulillah, sihat juga adanya. Hari ini saya nak berkongsi sesuatu yang istimewa :-) Hari ini adalah Harijadi Emak saya yang tersayang :-) Emak sayalah orang kuat di sebalik tabir SatayDIY.com di samping abah. Di atas segala-galanya, Emak adalah seseorang yang sangat tabah dan cekal. Tak pernah kisah pun dengan karenah kami adik-beradik yang selalu je nakal...nak kata membalas pengorbanan, MasyaALLAH, tak terbalas dengan nilai wang ringgit...memang kalau nak kira susu, lampin, pakaian dan apa jua bentuk material tu boleh dinilai, tetapi bagaimana dengan nilai kasih sayangnya? Penat dia berjaga malam menjaga kami ketika sakit demam bagaimana? Jerih payah dia mengajar kami erti hidup dan pelajaran nak nilai macam mana? Pendek kata, terlalu banyak pengorbanannya dan sememangnya ia tak terbalas oleh anak-anaknya.

Selamat Harijadi Emak. Mudah-mudahan terus-menerus berada dalam keberkatan dan rahmat ALLAH, InsyaALLAH.

Rancangan SatayDIY.com yang seterusnya

Salaamimg


Maafkan saya kerana sudah hampir 3 minggu saya tdak membuat apa-apa terhadap blog saya ini. Sebenarnya, saya lebih meluangkan banyak masa dengan memikirkan rancangan perniagaan dan mula menanam komitmen kepada blog saya yang sebuah lagi iaitu Walikard.com. Namun begitu, ini tak bermakna saya mengabaikan blog ini begitu sahaja. Dari hari ke hari saya mengumpul kekuatan untuk menulis dan memberi input-input baru tentang perkembangan SatayDIY.com. InsyaALLAH, di sini saya akan bentangkan serba sedikit tentang rancangan-rancangan tersebut.

1) Melancarkan dedicated page untuk mereka yang mahu memulakan perniagaan satay

InsyaALLAH, page yang masih di dalam peringkat pembinaan ini akan dilancarkan tidak lama lagi. Sekiranya rakan-rakan berminat untuk menjadi peniaga satay, di sinilah, InsyaALLAH tempatnya. Anda boleh mendapatkan bekalan satay mentah di sini. Saya sedang memikirkan cara yang terbaik untuk membekalkan satay-satay mentah ini di mana-mana jua di seluruh semenanjung Malaysia. Buat masa ini, untuk bekalan ke Kota Sarang Semut, Kedah, kami menggunakan perkhidamatan bas express. Alhamdulillah, setakat ini tiada apa-apa masalah yang timbul.

2) Khidmat penghantaran satay di Lembah Klang

Saya ingin mencuba konsep Pizza Hut delivery dengan SatayDIY.com ini. InsyaALLAH, apabila dah jalan nanti saya akan uar-uarkan di sini. Penghantaran? Dah tentulah guna motor ;-)

Oklah, setakat ni dulu update daripada saya. InsyaALLAH, saya akan update lagi dari masa ke semasa. Kalau rakan-rakan mempunyai idea bernas untuk dikongsikan, jangan segan-segan nak beritahu ye :-) Jumpa lagi

Renewal of SatayDIY.com is done!

Salaamimg


 


Apa khabar kawan-kawan? Mudah-mudahan sihat-sihatlah hendaknya. Saya Alhamdulillah, sihat :-) Sepertimana tajuk di atas tu, Alhamdulillah, saya dah buat renewal. Ini bermakna, SatayDIY.com dah hampir setahun! (ya, belum setahun. 7hb Jun 2007 barulah cukup setahun ;-)) Berikut adalah highlight kami sepanjang setahun:

1) Client on-line pertama kami ialah Universiti Lim Kok Wing. Mereka menempah hampir 7,000 cucuk satay ;-) Kelam-kabut jugalah dibuatnya...yelah, tiba-tiba je order masuk. Alhamdulillah, segalanya ditempuh dengan tabah. Untuk maklumat lanjut, sila baca di sini.

2) Pada bulan Februari 2007, Rahsia.sataydiy.com dilancarkan. Pada bulan ini juga, kami telah menukar modus operandi dengan menjadi pembekal, bukan lagi penjual. Buat masa ini, kami hanya menjual di Pasar Malam sahaja. Alhamdulillah, pertukaran ini sebenarnya menjadikan operasi SatayDIY.com menjadi lebih kukuh. SatayDIY.com juga telah menerima rakan kongsi utama iaitu Hotzone Satay yang diuruskan oleh En. Salleh. Beliau kini menguruskan bekalan-bekalan satay mentah di Lembah Klang selain menjual sendiri di beberapa rangkaian beliau.

Err, 2 tu je kot ;-) Apapun, di sini saya nak mengulang-tayang video lama kami yang saya kira masih relevan.