Selamat E’dil Adha, Update Projek Kedua SatayDIY

Salaamimg


Selamat E'idil Adha kawan-kawan semua. Mudah-mudahan di hari yang mulia ini, semuanya sihat-sihat belaka, InsyaALLAH. Saya Alhamduillah, sihat juga adanya. Letih sikit je sebab tolong orang korban lembu pagi tadi. Yelah, orang tak biasa ;-) Hari Selasa ni InsyaALLAH ada lagi...yang ni saya ambil bahagian untuk aqiqah anak kedua saya. Mudah-mudahan berjalan lancar macam hari ni jugalah hendaknya. Saya percaya, sekiranya niat kita memang benar-benar ikhlas kerana ALLAH, InsyaALLAH, segalanya dipermudahkan.

Begitulah juga dengan apa jua yang kita lakukan, termasuklah dengan perniagaan kita. Saya sentiasa bertanya diri (muhasabah), apakah yang saya sedang lakukan ini adalah keranaNYA. Maklumlah, kita ni sentiasa perlu mengingatkan diri sendiri agar sentiasa kembali kepadaNYA, apatah lagi kalu ada orang yang sentiasa mengingatkan. Mudah-mudahan, kita sentiasa bertanya diri sendiri, sebanyak manakah yang telah kita sumbangkan untuk agama dan negara...InsyaALLAH, kita akan sentiasa dipandu ke lorong yang betul. Dalam erti kata yang lain, berkorbanlah...
2. Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah...Ayat 2, Surah Al-Baqarah

SatayDIY dah ada kelainan ;-)

Dah ada kelainan? Apa yang lainnya? Hehehe, kalau nak tahu, masuklah ke laman web saya sekarang atau klik di sini. Hmm, takdelah apa yang gempak sangat, biasa-biasa je. Sekadar orang kata "teguran mesra" dari saya. Jemput-jemputlah ye :-) Nak cerita kat sini tak bestlah ;-)

Another Blog From Me :-)

Salaamimg


Apa khabar kawan-kawan semua? Harap-harapnya sihatlah ye...saya Alhamdulillah, sihat-sihat je :-) Takde apa sangat yang nak saya bicarakan di sini. Sekadar nak berkongsi satu lagi blog saya yang diwujudkan atas dasar minat terhadap benda-benda teknologi ni. Inilah blog yang saya maksudkan.

Blog saya ni simple je :-) Di samping menambah pengetahuan dalam dunia blogging ni, saya sebenarnya nak mendalami lagi ilmu-ilmu berkaitan Internet. Kawan-kawan tahu tak, ada orang yang hanya menjadikan blog sebagai karier? Mereka tak buat kerja lain tau. InsyaALLAH, dalam post yang akan datang, saya akan ceritakan sedikit mengenai mereka ni. Jealous juga tengok mereka boleh buat duit dengan blog, ye tak? ;-) Yelah, macam saya yang makan gaji ni, keje teruk-teruk baru boleh dapat income :-) Mereka pula keje dari rumah je...Best kan?

Oklah, setakat ni dululah dari saya. Oh ya, untuk ke blog saya yang kat atas tu kawan-kawan boleh klik di sini. Jenguk-jenguklah "rumah kedua" saya tu ye :-) Walau bagaimanapun, "rumah pertama" ni tetap maintain, InsyaALLAH :-) Jumpa lagi.

Projek Kedua Sataydiy.com

Salaamimg


Apa khabar semua? Mudah-mudahan sentiasa sihat wal afiat hendaknya. Semoga kesihatan yang dikurniakan tu digunakan ke arah sesuatu yang diredhai ALLAH. Pada kali ni, saya nak cerita sikit tentang projek kedua SatayDIY.com yang bakal dilancarkan nanti. InsyaALLAH, projek yang saya maksudkan tu ialah Ebook Panduan Satay DIY. Ia sebuah ebook yang menerangkan proses pembuatan satay dari A sampai Z, termasuklah dengan panduan membuat kuahnya sekali. InsyaALLAH, panduan yang akan ditulis itu adalah daripada pengalaman kami selama bertahun-tahun dalam bidang pembuatan satay ni, dan yang paling penting, takde rahsia daripada kami :-) Semuanya akan didedahkan satu-persatu, dan InsyaALLAH para pembeli ebook tu nanti akan mendapat hasil yang sama sepertimana satay kami sendiri. Support daripada kami akan turut disertakan di mana kawan-kawan boleh menelefon kami sendiri sekiranya ada kemusykilan. Matlamat kami, anda dapat menghasilkan satay yang serupa seperti kami, dari segi rasa dan rupa fizikalnya, InsyaALLAH. Saya dan ayah sentiasa berbincang untuk memastikan kandungan ebook itu mudah untuk diikuti, InsyaALLAH.



Oklah, saya rasa setakat ni dululah berita dari saya. InsyaALLAH, dari masa ke semasa saya akan update perkembangan projek kedua tu di sini. Sebelum tu, saya nak berkongsi satu lagi link yang hebat iaitu Quranexplorer.com. Saudara Bagak ada membuat ulasannya di sini. Mudah-mudahan bermanfaat :-)


Link-link yang bermanfaat

Salaamimg


Apa khabar kawan-kawan semua? Mudah-mudahan, semuanya sihat wal afiatlah ye :-) Saya Alhamdulillah, sihat-sihat juga. Keluarga pun Alhamdulillah, sihat-sihat belaka. Pada kali ni, saya nak berkongsi website-website menarik yang kerap saya lawati untuk menambah ilmu pengetahuan. Sudah semestinya, blog-blog yang saya linkkan di sini, saya lawati. Ni kira buat macam Robotys gak lah nih ;-)

1) SaifulIslam - banyak informasi Islamik di sini. Zikir dan fikir, mukmin professional, dsb. Worth reading. Pengalaman Ustaz Hasrizal sangat berbaloi untuk dikongsikan, dan mematangkan.

2) Myresipi.com - segalanya tentang resepi...free je ;-)

3) Roslan SMS - di sini, saudara Roslan kerap membentangkan pemikirannya yang tajam dan kritis terhadap isu-isu semasa.

4) Zaharuddin.com - laman yang membentangkan isu-isu dan artikel-artikel menarik dan penting tentang kewangan Islam.

5) Paultan.org - segalanya tentang kereta, dan review yang asli dari penulisnya sendiri. Ni otai Adsense gak nih..

6) Wangcyber - heheh. tak perlu diperkenalkan lagi...forum terunggul untuk Internet Biz.

7) NarutoChaos - buat peminat-peminat Naruto...boleh download anime dengan komik :-)

8) Mykuliah.com - Ceramah-ceramah yang hebat-hebat dari Ustaz-ustaz terkenal seperti Ustaz Shamsuri, Ustaz Ismail Kamus, Akil Hayy dsb. Boleh download mp3.

Sebenarnya banyak lagi...tapi tulah, banyak sangat untuk di tulis di sini. Mudah-mudahan, ia bermanfaat untuk semua :-) Kawan-kawan pulak macam mana? Tentu ada website yang menjadi kegemaran tersendiri kan?

OLD POST: Meletakkan Adsense di Blog Perniagaan Anda

Sebagai refreshment untuk saya. Mudah-mudahan bermanfaat :-) 

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Apa khabar? Saya harap semuanya ok-ok belaka di dalam rahmat ALLAH SWT. Masih belum terlambat untuk mengucapkan syukur kan? ;-)


Hmm, saya sebenarnya masih memikir-mikirkan kemungkinan untuk letakkan Adsense di blog saya ni khasnya, di blog perniagaan secara amnya. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, saya tak mempunyai blog khas lagi untuk Adsense (dalam perancangan nih, buku RajaAdsense saya dah baca :-)) Jadi, sebagai permulaan saya bercadang nak letakkannya di sini sebagai latihan ;-) Namun begitu, saya tak pasti samada meletakkan Adsense di blog perniagaan sebagai langkah yang berkesan (atau mengundur ke belakang?) Saya tak pasti apa persepsi pelawat blog sekiranya saya mengambil langkah seperti ini. Apapun, saya akan cuba, dan lihat feedbacknya bagaimana. Sekiranya ada sen yang masuk, InsyaALLAH, ada potensi untuk dikembangkan...sekiranya tidak, saya akan lupakan saja dan teruskan dengan projek Adsense yang khas :-) (Tungguuu...on the way :-))


Apa pula pandangan kawan-kawan? Kongsikanlah bersama-sama ye :-) Kalau kawan-kawan nak dapatkan tips dan triks untuk Adsense, especially untuk blog, rujuklah kat RajaBlog dgn Ro.botys. Post-post mereka memang menarik dan bermanfaat :-)

Ibarat Padi Semakin Berisi, Semakin Tunduk

Salaamimg


Apa khabar kawan-kawan semua? Mudah-mudahan sentiasa berada dalam perlindungan, rahmat dan kasih-sayang ALLAH. Mudah-mudahan juga, kita diberikan ALLAH kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang serba mencabar ini, InsyaALLAH.

Apa yang istimewanya tentang padi? Sebenarnya, ia adalah simbolik manusia yang bersyukur. Semakin banyak berasnya, semakin tunduk ia menghampiri bumi. Ia seolah-olah faham bahawa ALLAH lah yang telah memberinya isi yang banyak, maka semakin perlu ia sujud menyembah ALLAH. Bagi kita yang memandang pula, padang padi yang semakin menguning mengundang perasaan damai yang sukar diungkap dengan kata-kata. Apa jua masalah yang membebani fikiran ketika itu, sudah pasti terfana buat seketika.
padi.jpg

Begitu juga dengan manusia yang tahu bersyukur. Semakin hebat dia, semakin kaya dia, atau semakin berilmu dia, semakin banyak jugalah kesyukurannya kepada ALLAH. Semakin tawadhuk, malah semakin rendah diri pula. Orang-orang sebegini biasanya disenangi semua pihak, tanpa perlu ditagih atau menunjuk-nunjuk kehebatan diri. Inilah yang perlu kita cita-citakan sebagai seorang Muslim yang sejati. Jangan pula kita jadi seperti lalang, tak mempunyai isi, tetapi tetap mendongak tinggi ke langit, mengundang perasaan resah dan rimas di kalangan manusia tatkala terpandang padang lalang yang walaupun menghijau.

Kesimpulannya, jadilah seperti padi. Mudah-mudahan, ALLAH memilih kita untuk berada dalam golongan ini. Amin

Peringatan buat diriku jua ;-)

Picture means a thousand words :-)

Salaamimg


Apa khabar kawan-kawan semua? Mudahan-mudahan, semuanya berada dalam keadaan sihat wal afiat. Saya sendiri Alhamdulillah, ALLAH masih mengurniakan kesihatan kepada kami sekeluarga. Bagaimanapun, anak kedua saya masih berada di hospital. Apapun, keadaannya dah beransur pulih. Syukur ke hadrat ALLAH Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya. Pada post kali ni, saya cuma nak berkongsi dengan kawan-kawan semua gambar anak saya yang kedua.

Nyenyaknya dia tidur ;-)