Azrul, Satay D.I.Y ni nampak simple je? Boleh jadi ke tak ni?

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Harap-harapnya, semua sihat dalam perlindungan ALLAH SWT. Mudah-mudahan juga, bulan Ramadhan ni menjanjikan satu titik tolak yang bermakna untuk kita, baik di dunia, mahupun di akhirat nanti.

Pada 2 post yang lepas, saya telah pun mendedahkan rahsia kami yang power secara percuma :-) Sebenarnya, panduan tu dah mendedahkan hampir 70% daripada keseluruhan cara-cara pembuatan satay kami selama ni. Yang lagi 30% yang tinggal tulah kami rahsiakan dan jadikannya sebagai produk kami. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, walaupun hanya 30%, namun pengaruhnya ke atas rasa satay kami memang sangat signifikan! Di situlah terletaknya UMMPH :-) Hehehe, macam iklan Boh pulak. Saya tak nafikan, kat luar sana tu banyak terdapat rempah satay yang dijual. Malah, saya tidak pernah mencubanya, dan tak dapat pula nak komen di sini. Cuma, rempah Satay D.I.Y yang kami jual ni, adalah hasil daripada pengalaman kami bergelumang dalam dunia satay selama lebih 13 tahun! dan hasilnya, saya jamin pasti kawan-kawan mendapati rasanya sama atau hampir sama dengan satay yang kami buat sendiri. YA, ITU JAMINAN KAMI ;-)



Adab Menuntut Ilmu - Satu Ulasan

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Semoga sihat wal afiat hendaknya. Selamat Berpuasa juga saya ucapkan kepada semua...mudah-mudahan, Ramadhan kali ni lebih mematangkan kita, dan lebih cemerlang semestinya :-) Semoga kita semua gembira dengan kedatangan Ramadhan, sebagaimana gembiranya kita apabila mendapat RM1 yang pertama dari Internet, bahkan lebih lagi. Mudah-mudahan kita bekerja keras untuk meraup kelebihan-kelebihan yang ada dalam bulan Ummat ini.

Saya tertarik dengan post terbaru Zul di Smartusaha.com. Sememangnya, realiti semasa banyak indikatif yang menunjukkan ilmu hanya dipelajari untuk tujuan duniawi semata-mata...ibarat kata orang tua-tua, habis madu sepah dibuang...rasa hormat kita pada ilmu sangat tipis, malah mungkin ada sesetengah daripada kita yang tak kisah langsung...saya tak rasa hairan apabila ramai yang cemerlang dalam akademik, namun "kecundang" dalam dunia pekerjaan...mungkin ini adalah akibat tidak hormat kepada ilmu, iaitu takde adab dengan ilmu. Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah semua ilmu yang bermanfaat, tak semestinya ilmu agama sahaja...contoh yang paling mudah, masa zaman-zaman belajar dulu, ramai yang bila studi pakai seluar "penduk" je, which is for me not suit to the environment...walaupun ilmu tu tak nampak perkataan Islam di mana-mana, namun ia tetap ilmu yang kita dituntut untuk mencarinya..siapa yang menuntut tu? Itulah ALLAH SWT dan RasulNYA, disokong oleh Surah Al-Alaq (ni yang utama, yang lain-lain ada lagi)

Untuk manfaat kita bersama, ikuti tulisan Zul di sini. Sangat-sangat bermanfaat. Percayalah, sekiranya kita tak secemerlang mana pun dalam akademik, tapi tetap hormatkan ilmu selayaknya, InsyaALLAH, ilmu tu akan tetap bermanfaat untuk kita :-) (berdasarkan pengalaman sendiri ;-))

http://www.smartusaha.com/usahawan-internet/2006/09/adab-menuntut-ilmu/trackback/

Azrul, senang ke nak guna Rempah Satay D.I.Y tu?

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Mudah-mudahan sihat wal afiat adanya. Saya Alhamdulillah, masih diberi kesihatan oleh ALLAH SWT. Mudah-mudahan, kesihatan yang diberikan akan mendatangkan manfaat buat kita dan ummah lainnya.

Sebenarnya, soalan di atas tu pernah ditanya kepada saya beberapa kali. Oleh itu, saya bercadang nak terangkan serba ringkas dalam post kali ni tentang Rempah Satay D.I.Y tu...Macam nilah...saya kira, lebih baik kalau saya berikan je Panduan Penggunaan Rempah tu untuk tatapan kawan-kawan semua, dan berikan feedback dengan meninggalkan comment kawan-kawan semua di sini. Bagi kawan-kawan yang dah dapat sample dan pernah menggunakannya, tentu dapat rasakan ia tak sesusah mana, kana? ;-) Apapun, kami di satayDIY.com, bukan hanya menjual rempah, namun apa yang lebih penting ialah "kepakaran" kami selama lebih 13 tahun dalam pembuatan satay :-)

Jangan lupa comment ye :-) Feedback kawan-kawan semua amat penting buat saya. Sila klik di sini untuk download.

Aktiviti Pembakaran Secara Berjamaah

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Saya berharap agar kawan-kawan semua sihat-sihat belaka dalm perlindungan ALLAH SWT. Saya Alhamdulillah, sihat..cuma penat sikit sempena dengan aktiviti di atas :-) Ganas tak tajuk tu? ;-) Hehehe, sebenarnya apa yang saya maksudkan adalah aktiviti membakar satay di rumah klien kami, bersempena dengan majlis kahwin dan cukur rambut. Tak adalah banyak sangat tempahan...dalam 2,000 cucuk satay sahaja (ke banyak? berembun pagi jugalah kami nak menyiapkannya ;-))

Tempahan ni kami terima masa hari Khamis lagi, Alhamdulillah, sempatlah siap. Rumah klien kami ni di Sri Andalas, Klang. Dekat je dengan tempat kami. Dulu order pertama kami dari Internet jauh jugak....nun di Cyberjaya nu...(kedengaran macam kat Johor je, padahal taklah jauh sangat ;-)) Kebetulan pada masa tu, 2 order yang perlu kami selesaikan, yang satu di Cyberjaya tulah, satu lagi kat Pelabuhan Klang...jumlah order ialah 8,700 cucuk satay. Sayang, takde gambar yang dapat menceritakan keadaan pada masa tu macam mana. Untuk kali ni, saya dah ambik beberapa shot untuk kami kongsikan bersama.

Gaya serius seorang pembakar satay pro Gaya serius seorang pembakar satay PRO


Gaya ceria seorang pembakar satay PRO


Mula-mula susun...


Sekarang BAKAR!! (Di larang meniru aksi ini di rumah ;-))


Itulah serba sedikit gambar-gambar yang dapat kami kongsikan bersama. Hmm, saya takde dalam gambar-gambar tu, sebab kamera kat tangan saya ;-) InsyaALLAH, saya akan update lagi di sini untuk aktiviti-aktiviti "pembakaran" di masa-masa akan datang.


PS: Anda berminat nak gunakan khidmat kami? Sila layari www.sataydiy.com untuk maklumat lanjut...atau hubungi sahaja Azrul 0193799160 atau Razak 0193680495. Samada yang mentah atau kami bakarkan, terpulang pada anda



PPS: Nak buat sendiri pun boleh. Dapatkan sahaja rempah Satay D.I.Y kami di website kami. InsyaALLAH, ia sesedap satay yang kami buat sendiri :-) Tak mahal, RM12 sahaja untuk 10kg daging. Jimat kan?

10 Wasiat Hassan Al-Banna untuk direnungi

1) Wahai kawanku, segeralah tunaikan solat di awal waktu di kala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan, di situ ada sumber pertolongan, di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat...Juga di medan perang. Walaupun... di saat genting dan cemas.

D(["mb","
Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu
Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran,
kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca,
menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu
berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada
ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada
kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk\n menguasai
Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah
perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu
sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak
faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita...
Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga
mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu
lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa
adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan
kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada
unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah
dalam ketawa !!!
Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum
Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada
sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar
pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu
banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan
abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga\n Aristotle
berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada
menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan
ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular.
Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah
berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!!
Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang
penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk
dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau
mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas
Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang
diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi",1] ); //-->2) Wahai kawanku, bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu, sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman, di sini ada kedamaian, di sini ada kesalaman. Jadilah hamba yang sejahtera.

3) Wahai kawanku, dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula, iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham. Antara malapetaka pertama menimpa umat kita...Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4) Wahai kawanku, usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitan namanya !!!

5) Wahai kawanku, senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah SAW adalah yang paling banyak senyum. Beliau ketawa kena pada tempatnya, tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh, hanyalah disaksikan oleh golongan abdi dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan, supaya tidak menular...keburukan dalam diri!!!

6) Wahai kawanku, seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir. Ubati dengan bergurau. Tapi, kalau mengubatinya dengan bergurau, mestilah dalam batas, seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

!-- D(["mb","
seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain
pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak
pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah
katanya suara keldai!!! Surah al-Isra\' memberi tip
kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi
jangan pula\n merendahkannya Carilah jalan tengah di
antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah
merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika
ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat!
Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!!
Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah
anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah
anda memakan daging kawan anda yang telah mati??
Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang
mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti
minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh
mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang
kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat
manusia. Sekalipun mereka tidak diminta berbuat
demikian!!! Salam\n kasih sayang adalah untuk semua
Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah,
hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan
ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!!
Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat
datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci
Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan
Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah
masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di
hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda!
Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud :
"Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7
kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu
mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret.",1] ); //-->7) Wahai kawanku, kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat. Tapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8) Wahai kawanku, usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging? Pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9) Wahai kawanku, luaskanlah interaksimu dengan umat manusia. Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tak sepi.



10) Wahai kawanku, maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah
<!-- D(["mb",".. Tanpa
haluan dan noktahnya..

YA ALLAH KAU SATUKANLAH HATI HATI KAMI DI DALAM PANJI
AGAMA ISLAM
DAN KEIMANAN YANG TEGUH KEPADAMU YA RABBUL IZZATI.
KUPOHON\n PADAMU YANG MAHA PENGASIH, JANGAN KAU
PALINGKAN HATI KAMI
SESUDAH ENGKAU MEMBERI PETUNJUK YANG BENAR KEPADA
KAMI.
MOGA KAMI SENTIASA BERADA DI BAWAH LINDUNGANMU.
...AMIN...

__________________________________________________________
Yahoo! Photos – NEW, now offering a quality print service from just 8p a photo http://uk.photos.yahoo.com




\n\t\t
Yahoo! Messenger with Voice. Make PC-to-Phone Calls to the US (and 30+ countries) for 2¢/min or less.\n__._,_.___\n\n\n\n

\n\nsi-net is AGAINST ALL advertisements attached by Yahoo! in this list! DO NOT click on them!
\n
\nAll posts belong to the author and do not reflect the opinion of si-net nor saifulislami, unless otherwise stated.
\nVisit: http://saifulislami.port5.com/
\n
\nSubscribe? Send blank email to: saifulislami-subscribe@yahoogroups.com
\nProblems? Email to: saifulislami-owner@yahoogroups.com
\n

\n\n\n\n\n\n\n\n
\n\n\n\n \n\n\n
\n
",1] ); //-->masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..

Peringatan buat diriku jua ;-)

Social bookmarking cara mudah

Assalamualaikum wbt dan sejahtera kawan-kawan semua. Harapnya semua sihat wal afiatlah. Saya pun Alhamdulillah, sihat seadanya. Topik kali ni, saya nak cerita tentang cara mudah nak social bookmarking di blog wordpress anda (Hmm, yang blog lain macam blogger tu saya tak berapa pasti. Saya cadangkan rujuk kat RajaBlog).



Haa, pernah tak nampak kotak-kotak kecik macam kat atas ni? Nilah yang dinamakan social bookmarking. Saya assume kawan-kawan faham tentang bookmarking ni. Dia lebih kurang macam kita bookmark buku fizikal lah, kita letakkan penanda buku kat situ. Dengan konsep yang sama, kita letakkan "penanda buku" maya kat post yang kita berkenan kat satu-satu blog tu (blog tu ibarat bukulah). Harap-harapnya dapat fahamlah ye :-) Proses nak mengintegrasikannya senang je. Download "sociable plug-in" untuk Wordpress. Follow instruction yang disediakan, as simple as that. Selepas install, sila ke tab "Plugins" di dashboard blog kawan-kawan, dan aktifkan sociable. Biasanya, ia straight away boleh digunakan. Kalau nak setting apa-apa, sila ke tab "Option" dan pilih tab "Sociable". Terdapat beberapa option yang boleh kawan-kawan pilih di situ. Tak susah kan? Selamat Mencuba :-)

Meletakkan Adsense di Blog Perniagaan Anda

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Apa khabar? Saya harap semuanya ok-ok belaka di dalam rahmat ALLAH SWT. Masih belum terlambat untuk mengucapkan syukur kan? ;-)


Hmm, saya sebenarnya masih memikir-mikirkan kemungkinan untuk letakkan Adsense di blog saya ni khasnya, di blog perniagaan secara amnya. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, saya tak mempunyai blog khas lagi untuk Adsense (dalam perancangan nih, buku RajaAdsense saya dah baca :-)) Jadi, sebagai permulaan saya bercadang nak letakkannya di sini sebagai latihan ;-) Namun begitu, saya tak pasti samada meletakkan Adsense di blog perniagaan sebagai langkah yang berkesan (atau mengundur ke belakang?) Saya tak pasti apa persepsi pelawat blog sekiranya saya mengambil langkah seperti ini. Apapun, saya akan cuba, dan lihat feedbacknya bagaimana. Sekiranya ada sen yang masuk, InsyaALLAH, ada potensi untuk dikembangkan...sekiranya tidak, saya akan lupakan saja dan teruskan dengan projek Adsense yang khas :-) (Tungguuu...on the way :-))


Apa pula pandangan kawan-kawan? Kongsikanlah bersama-sama ye :-) Kalau kawan-kawan nak dapatkan tips dan triks untuk Adsense, especially untuk blog, rujuklah kat RajaBlog dgn Ro.botys. Post-post mereka memang menarik dan bermanfaat :-)

Wajah baru www.satayDIY.com

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Alhamdulillah, kini SatayDIY muncul dengan wajah yang lebih anggun dan ceria :-) Malah kini kawan-kawan juga berpeluang menambah pendapatan dengan program affiliate yang turut saya sertakan. Sebenarnya, ini adalah untuk menyahut cabaran supaya mengaplikasikan ilmu pemasaran yang juga dikenali dengan nama "Viral Marketing". Saya yakin, kawan-kawan tentu pernah dengar tentangnya, kan? (Tak pernah dengar? Takpe, dapatkan maklumat tu di dalam buku 15 Teknik Efektif Internet Marketing hasilan Fuad Latif) Yelah, sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang dimanfaatkan ;-) Jenguk-jenguklah ye, mudah-mudahan, ia bermanfaat untuk saya, rakan-rakan, dan mereka-mereka di luar sana tu. Doakan kejayaan kita semua ye :-)

Apakah Matlamat Anda Sebagai Usahawan Internet?

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan sekelian. Saya berharap agar kawan-kawan semua sihat-sihat belaka hendaknya. Saya Alhamdulillah, sihat wal afiat juga adanya. Sehingga kini, masih tercari-cari kekuatan diri untuk meneruskan kehidupan yang serba mencabar ini. Semoga ALLAH SWT memberi kekuatan dengan limpah hidayahNYA kepada kita semua.

Pada kali ni, saya nak ajak kawan-kawan berbicara tentang tajuk di atas. Ya, matlamat kawan-kawan dan saya... Apa sebenarnya yang bermain di fikiran kawan-kawan ketika mula-mula nak menceburkan diri dalam bidang Internet Biz ni. Saya sendiri sebenarnya bercita-cita untuk mempunyai kebebasan kewangan yang sejati...maknanya, takde hutang langsung, ada saving je :-) Tak mustahil kan? Memang, nak merealisasikannya tak semudah bercakap (atau menulis)...namun itulah yang saya impikan...dan saya sedar yang saya perlu berusaha keras untuk itu.Halangan dan tribulasi yang begitu banyak perlu diatasi dengan ilmu dan iltizam serta semangat yang tinggi. Seterusnya, dengan kebebasan kewangan yang bakal dicapai nanti, saya boleh menggunakan masa-masa yang banyak itu untuk keluarga dan UMMAH, berfikir kaedah-kaedah yang terbaik untuk memajukan masyarakat, berfikir tentang bagaimana maruah umat Islam dapat kembali terbela. Sebenarnya, untuk berfikir tentang perkara-perkara ni, tak perlu tunggu sampai saya dah jadi macam Dr. Irfan atau Kidino...sebelum sempat masa tu datang, umat dah terlebih dahulu diganyang oleh tangan-tangan rakus Yahudi dan musuh-musuh lain di luar sana tu, malah di saat ini pun roket-roket dan peluru-peluru Israel sedang sibuk mencari sasaran yang beridentitikan Islam. Cuma, dengan banyaknya masa, kita boleh berfikir dengan lebih mendalam, lebih kritis, dan lebih berkesan. Saya dapat lihat kebanyakan Usahawan Internet adalah manusia-manusia kreatif dan pandai mengambil peluang (ikhlas ni :-)) Dan saya dapat lihat betapa besarnya maslahah untuk ummah sekiranya mereka-mereka ini dapat bergabung tenaga dan fikiran untuk memajukan masyarakat. Memang benar, kita ada pakar ekonomi, namun ia lebih bersifat teori...manakala bagi para Usahawan (khasnya Usahawan Internet) adalah lebih bersifat praktikal. Mereka ada matlamat jangka pendek dan jangka panjang yang sedia terencana dalam kotak fikiran masing-masing...mereka telah sedia ada mempunyai komuniti yang besar, malah persahabatan yang akrab walaupun tidak bersua muka (dalam blog atau forum je :-)) Inilah sebenarnya kekuatan...

Berbalik semula kepada topik. Kesimpulannya, matlamat saya ialah untuk menyumbang kepada ummah di dalam apa jua bentuk dan cara yang boleh dilaksanakan. Cuma, apabila kita lebih kukuh (lepas dapat kebebasan kewangan le tu :-)), kita akan lebih fokus dan komited terhadap kerja-kerja yang juga dipanggil sebagai JIHAD EKONOMI ini. Ayuh para Usahawan Internet yang kreatif sekelian, sama-sama kita jadikan ini sebagai salah-satu agenda terpenting kita (hak terhadap diri sendiri dan keluarga jangan dilupakan) Kita pugar kembali maruah dan keyakinan ummah, malah kekuatan ekonomi yang satu ketika dahulu menjadi tunjang kekuatan ummah sedunia. Kawan-kawan dah bersedia?

PS: Dengan kebebasan kewangan juga, bererti kita sendirilah yang akan mendidik anak-anak kita di rumah, dan ini menambah eratkan hubungan kekeluargaan. Keluarga bahagia, masyarakat harmoni, InsyaALLAH.

PS: Matlamat jangka pendek saya nak tukar cover set motor saya tuh :-) InsyaALLAH, tak lama lagi..

PS: Ni motor idaman saya (idaman atas dunia ni lah :-)) Ketahuilah, untuk mendapatkan kesenangan di dunia, ilmulah jawapannya. Begitu juga dengan akhirat, ilmu jualah penentu kebahagiaan di sana. Semoga kita berbahagia di dunia dan akhirat :-)