Adat seorang pemakan gaji

Salaamimg


Apa khabar kawan-kawan semua? Harap-harapnya semua tak terlebih makanlah masa di lebaran yang mulia dan penuh berkat ini ;-) Mudah-mudahan, kita sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan ALLAH. Alhamdulillah, baru sekarang saya berkesempatan untuk menulis di blog ini. Err, bukan bercuti lama, tapi agak sibuk dengan kerja-kerja yang menanti.

Sebenarnya, saya semalam tak balik rumah gara-gara nak menyiapkan tugasan mengejut yang diberi :-) Alhamulillah, saya tak mengeluh, malah menyedari saya akan mengalami situasi seperti ini. Maklumlah, selagi namanya makan gaji, selagi itulah saya terikat dengan syarikat. Ini bukanlah kali pertama saya berjaga sampai hampir Subuh untuk menyiapkan tugasan. Sebelum ni pun masa bekerja di sebuah firma perakaunan dan audit, berumah tangga di office ni perkara biasa. Malah saya pernah tidur di surau dalam KLCC semasa bertungkus-lumus menyiapkan audit syarikat petroleum negara ;-) Kadang-kadang, ada kawan-kawan saya yang dengan selamba memerli saya dan rakan-rakan dalam industri yang sama dengan mengatakan "Bangla pun tak keje teruk macam ko, depa ada jugak masa tido..." Hehehe, tak terelak saya...terpaksa juga menelan apa yang ada, atas tiket seorang "pemakan gaji"...dan sebenarnya ramai lagi pemakan gaji yang mengalami benda yang sama macam saya. Tak caya, tanya En Fuad ;-) Keluhan? Hmm, sebenarnya dah tak larat nak mengeluh...selagi namanya makan gaji, selagi itulah kita tidak bebas dari sangkar maya ni...dan saya redha. Niat saya bekerja adalah semata-mata untuk mencari rezeki yang halal dan diberkati ALLAH SWT, di samping untuk mencari ilmu berguna buat bekalan.
Mudah-mudahan, hajat saya untuk bekerja sendiri akan tercapai dengan izin ALLAH. Pada masa tu nanti, saya tak perlu lagi berjaga lewat malam untuk menyiapkan tugasan untuk orang lain (kalau untuk diri sendiri ok gak ;-)) dan saya sedang menyiapkan diri saya ke arah itu, dengan persiapan mental dan fizikal. Segala pengalaman di dalam dunia pekerjaan ini akan saya manfaatkan sebaik-baiknya, InsyaALLAH :-)

Sukarkah memberi kemaafan?

Salaamimg


Saya berharap agar kawan-kawan semua sihat wal afiat hendaknya, terutama dah dekat-dekat raya ni kan ;-) InsyaALLAH, sentiasalah kita berdoa ke hadrat ALLAH agar kesihatan kita sentiasa terpelihara, bertambah-tambah pula ibadat dan syukur kita kepadaNYA dengan kesihatan itu tadi.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon seribu kemaafan andai wujud kesilapan di mana-mana sepanjang "perkenalan" kita ni ;-) Ya, walaupun secara fizikalnya kita tak pernah bertemu, namun saya yakin kemesraan tu tetap ada, dan saya yakin ia dibina atas dasar keikhlasan dan ketulusan. Kepada pelanggan-pelanggan saya, maafkanlah saya atas segala kelewatan yang tak disengajakan. InsyaALLAH, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah ini. InsyaALLAH, lepas Ramadhan ni kurang sikit keje kami ;-) Maklumlah, di sepanjang tahun, Ramadhan boleh dikatakan bulan yang paling sibuk buat kami...yang dunia dan akhirat sama-sama lumayan :-)
Harap maafkan ye...InsyaALLAH, saya akan menulis lagi lepas raya ni ;-) (Raya ketiga saya kena keje, sedih...takpe, amanah tu-pujuk diri sendiri ni) Salam E'dil Fitri dari saya :-) Semoga kita terus-menerus dilimpahi barakah dan maghfirah.

ps: Bagi yang beragama Hindu, Happy Deepavali

10 hari terakhir Ramadhan sudah bermula

Salaamimg


Alhamdulillah, sedar tak sedar kita dah masuk hari yang ke 21 Ramadhan, di mana malam tadi bermulalah 10 malam terakhir Ramadhan, fasa ketiga yang juga fasa pelepasan dari api neraka. Di masa ini jugalah kebanyakan ulama menyatakan turunnya Lailatul Qadr, malam yang lebih baik dari 1000 bulan (ada juga ulama yang menyatakan kemungkinan Lailatul Qadr turun seawal hari pertama lagi). Inilah kelebihan bulan Ramadhan yang tidak akan ada di bulan-bulan yang lain. Oleh itu, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya...

Namun begitu, apa yang menjadi trend semasa ialah, makin nak habis Ramadhan, makin galaklah kita ber'"shopping" ;-) Sebaliknya, orang-orang yang hatinya benar-benar cintakan Islam, mereka akan bersedih, sesedih-sedihnya. Saya sendiri pernah bertemu dengan seseorang yang menangis teresak-esak semasa malam raya, dan saya dapat rasakan kesedihan beliau. Tubuhnya bergoncang, lagak seseorang yang baru kematian insan yang tersayang...saya berfikir, alangkah baik kiranya saya juga dapat menjadi seperti itu...dan saya percaya, orang-orang seperti itulah yang ALLAH gambarkan dalam Al-Quran, sebagai orang-orang yang gementar apabila ayat-ayat ALLAH dibacakan...


Apapun, masih belum terlambat untuk kita menjadi seperti itu, dan menjadikan malam-malam terakhir Ramadhan ini sebagai pemangkinnya...semoga kita mendapat manfaat yang melimpah ruah darinya, dan ALLAH memberi kekuatan kepada kita untuk melaksanakan apa yang DIA mahukan, dan NabiNYA cintakan, InsyaALLAH


Peringatan buat diriku jua ;-)


Sudah 17 hari kita berpuasa…kualitinya?

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Saya berdoa agar kita semua dilimpahi rahmat dan hidayah ALLAH SWT. Err, soalan kat atas tu sebenarnya saya tujukan kepada diri saya sendiri...di mana ia mengingatkan saya kembali kepada azam saya bermula sebelum Ramadhan lagi. Mudah-mudahan ALLAH SWT menerimanya, dan beri kita kekuatan untuk ke arah puasa yang dikehendakiNYA. Sama-samalah kita berusaha, dan terus berusaha kerana rahmat dan hidayah hanya akan bertemu kita sekiranya kita mengusahakannya...bukannya duduk diam dan HANYA berdoa. Sampai bila-bila pun hidayah tu tak kunjung tiba ;-)

Sedikit update tentang E'id yang bakal menjelma. Kami dah menerima tempahan pertama sebanyak 5,000 cucuk pada 2 Syawal 1417 ni, bertempat kat Klang jugaklah. Tempahan pertama ni daripada salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor. Alhamdulillah, kepercayaan beliau masih tetap bersama kami, dan ini tahun yang keempat kami menerima order dari beliau. Untuk pengetahuan pembaca, kami menerima tempahan tidak kira dari sesiapa sahaja, janji tak associate dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam. Maklumlah, keberkatan dalam perniagaan itu amat-amatlah diperlukan, dan kawan-kawan tentu maklum akan signifikannya kan :-)

Baiklah, saya rasa setakat ni dulu buat masa ni. InsyaALLAH, saya akan update lagi dari masa ke semasa. Bersempena dengan Nuzul Quran ni juga saya nak mengucapkan Selamat Menghayati Al-Quran (bukan hari je, hari-hari yang lain pun sama-peringatan buat diriku jua ;-)) Semoga ALLAH SWT terus-menerus mengekalkan kita dengan nikmat Iman dan Islam ini.

My very 1st post

Salam. This is my 1st post, in my new blog. For those who knows me, will also knows that I've already had another blog, which is written in Malay. For those who don't know me, please know that I am willing to be friend with anybody, whether we in a same club or otherwise :-) At least, we can share a different views or thoughts. Ok for now, I'll write at a later time....by then it's time to get SERIOUS ;-)

Saya kini berHIJRAH

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Mudah-mudahan, kawan-kawan semua sihat-sihat belaka hendaknya. Bagaimana pula dengan hari-hari puasa yang telah berlalu? Mudah-mudahan, puasa kita diterimaNYA, malah dapat ditingkatkan pula kualitinya. Amin.

Sebenarnya, dah beberapa hari saya tak dapat nak updatekan blog ni memandangkan saya dalam kesibukan, ye, kesibukan untuk berHIJRAH :-( :-) Saya telah mendapat tawaran untuk bekerja di Terengganu, di mana saya dapat kembali bersama-sama dengan isteri, anak, dan bakal anak (kandungan isteri saya dah masuk bulan ketujuh, doakan mereka ye ;-)) atas sebab tulah muncul smiley kat atas tu...namun, dalam masa yang sama saya bersedih sebab terpaksa berpisah semula dengan ibu bapa saya di sini, kat Klang ni...apapun, sudah menjadi amalan saya, setiap bulan pasti saya akan balik menjenguk kedua ibu bapa dan adik saya, walau sesibuk mana pun saya pada bulan tu...kalau tak balik, rasa tak lengkap sangat-sangat.

Tentang aktiviti perniagaan kami, kawan-kawan janganlah bimbang ye, ia tetap berjalan seperti biasa. Internet tetap "on" manakala perniagaan offline juga macam biasa...maklumlah, bos besar ada kat Klang ni (mak ayah saya lah tu ;-)) Kepada yang dah subscribe newsletter saya dan dapat kupon potongan 20% tu, ia tetap valid sampai bila-bila selagi ia tak digunakan. Jangan buang ye ;-)

Oklah, dah tiba masa untuk saya berangkat. Target nak sampai Terengganu sebelum berbuka...apapun, InsyaALLAH, keselamatan di jalanraya tetap saya utamakan. InsyaALLAH, saya akan mengupdate dengan lebih kerap blog ni lepas dah stabil sikit :-)