OLD POST: Perjalanan Internet Biz Saya

Sekadar perkongsian dari post yang lalu ;-)

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Saya berharap agar anda semua berada dalam keadaan sihat wal afiat, juga di bawah perlindungan ALLAH SWT. Alhamdulillah, saya juga sihat dan masih mampu melaksanakan tugasan harian sebagai seorang hamba ALLAH, seorang pekerja, seorang anak, seorang suami, seorang bapa, seorang abang dan seorang kawan. Syukur yang tak terhingga dipanjatkan kepadaNYA, yang Maha Berkuasa di atas segala-galanya. Mudah-mudahan kita sentiasa berada di dalam lingkungan hidayah ALLAH SWT.

Pada post kali ini, saya terasa nak menulis pengalaman saya dalam dunia Internet biz ni. Hmm, sebenarnya saya berjinak-jinak dengan Internet ni since 2000 lagi. Namun sebagai seseorang yang takdak biz minded, saya tak pernah terfikir yang kita sebenarnya boleh berbisnes di Internet ni. Apa yang saya tahu, hanya web designer sahaja yang boleh buat duit :-) (masa tu lah) Lagipun, pada masa tu kalau surf balik-balik tentang games (saya ni agak gila games skit, la ni taklah ;-)), memancing, pasal ikan, dan pasal gadget terbaru macam PDA dan yang sewaktu dengannya. Lama jugaklah saya berkeadaan begitu. Sehinggalah pada suatu hari saya menerima email yang ala-ala surat berantai gitu...biasanya orang namakan dia program rakyat, wang rakyat, tolong-menolong, dsb. Mula-mula dia paparkan testimoni orang yang dah dapat hasil daripada program tu. Kemudian dia paparkan pulak cara-cara nak sertai program tu dengan arahan-arahan tertentu. Biasanya kita dikehendaki memasukkan RM30 ke dalam nama peserta yang teratas. Nama peserta yang mendapat wang dihilangkan dan dimasukkan pula nama kita pada kedudukan yang terbawah. Lebih kurang begitulah...

Setelah itu, saya terjumpa pula dengan program jana-income, atm2u, donate 20 dan yang sewaktu dengannya. Adalah jugak saya join salah satu daripada program-program tu. Pada masa tu, saya mula terfikir rupaa-rupanya inilah yang dinamakan Internet biz. Memang confident habis time tu :-) Yelah, pada masa tu tak tahu apa-apa langsung tentang Internet biz ni. Turning point saya yang pertama ialah Tsunamiwang. Memang saya tak nafikan, banyak isu yang melanda. Tapi bukanlah keseluruhan isi buku. Ada part-part yang betul-betul bermanfaat. Contohnya macam perancangan kewangan, Clickbank, bentuk-bentuk perniagaan di Internet dan tahap kesukaran masing-masing, dan macam-macam lagi. Namun begitu, ada juga dalam part yang akhir diajar cara bagaimana mahu melakukan SPAM. Pada masa tu saya tak tahu pun yang itu sebenarnya dinamakan SPAM. Sampailah turning point saya yang kedua di mana saya bertemu dengan Tuahemas.com dan WangCyber.com. Di kedua-dua laman interaktif ni, saya mendownload dua panduan penting daripada Tuahemas dan Wangcyber. Alhamdulillah, saya dah mula nampak apakah dia Internet biz sebenarnya. Daripadanya jugaklah dengan izin ALLAH SWT, saya nula mengerti tentang Google Adsense. Seterusnya, saya mengorak langkah dengan membeli buku Saifulsham (RBDDI) dan 15 Teknik Efektif Internet Marketing karangan saudara Fuad Latif, pemilik myorionet.com. Syukur pemahaman saya bertambah-tambah. Sehinggalah ke akhirnya saya membuat keputusan untuk meng"online"kan perniagaan satay ayah saya yang telah sekian lama diusahakan secara offline.

Alhamdulillah, kini www.sataydiy.com berjaya dilancarkan. Walaupun tak cantik dan banyak kekurangan di sana sini, namun, saya tetap teruskan kerana bagi saya kickstart perlu dimulakan. InsyaALLAH, sepertimana blog ini berwajah baru, sataydiy.com juga akan menurut jejak langkah adiknya, siap dengan program affiliate sekali tau :-) Diharapkan agar rakan-rakan di luar sana sudi untuk memberi sokongan dan khidmat nasihat kepada saya. Suka juga saya mengingatkan, Internet biz, bukanlah jalan singkat menuju kekayaan sepertimana yang disangka oleh kebanyakan orang, juga yang disangka oeh saya suatu ketika dahulu. Sepertimana biz offline yang lain, banyak ranjau yang perlu ditempuhi untuk berjaya. Namun begitu, jika Saifulsham, Alang, Dr Irfan, Gobala, Shuth dan yang lain-lain yang mendiamkan diri kat luar sana tu boleh berjaya, mengapa tidak kita? InsyaALLAH, pokok pangkalnya kita, dan mulakan langkah yang pertama anda sekarang juga!! Semoga ALLAH SWT memberi kemudahan kepada kita.

(Artikel ini ditaip dengan menggunakan Ericsson MC218 aka Psion 5mx, palmtop kuno saya ;-))

Kelahiran Cahaya Mata Kedua

Salaamimg


Apa khabar kawan-kawan semua? Semoga semua dalam keadaan sihat wal afiat . Saya Alhamdulillah sihat-sihat juga adanya, dan sedikit lega kerana isteri saya telah selamat melahirkan anak yang kedua semalam, jam 2.15. Alhamdulillah, kami dianugerahi Puteri lagi. Cuma, anak ada masalah sikit sebab nafasnya laju sedikit daripada biasa. Jadi, dia terpaksa ditahan di wad buat sementara waktu, sehingga pernafasannya kembali normal.

Saya berada di sisi isteri ketika proses kelahiran sebagaimana anak pertama kami, dan ingatan itulah yang banyak memberi iktibar kepada saya, betapa besarnya pengorbanan seorang isteri dan ibu. Rugilah mereka yang mensia-siakan kasih isteri dan ibu mereka, kerana sesungguhnya, pengorbanan mereka memang tak terbalas oleh kita...sangat besar dan berat, selayaknya dijulang sebagai wanita mulia.

Harap kawan-kawan semua dapat mendokan agar semuanya selamat. InsyaALLAH, saya akan memaklumkan perkembangannya di sini nanti. Jumpa lagi

Alhamdulillah, SatayDIY.com sudah pulih :-)

Salaamimg


Apa khabar kawan-kawan semua? Harap-harapnya semua sihat-sihatlah hendaknya. Saya Alhamdulillah, sihat wal afiat adanya. Mudah-mudahan dengan kesihatan ini, kita bertambah semangat untuk menambah kebajikan dan amal ibadah kepadaNYA, InsyaALLAH.
Alhamdulillah, SatayDIY.com dah pulih :-) Legalah sikit saya rasa...sebelum ni tak senang duduk juga. Maklumlah, inilah hasil usaha saya dalam nak memperkenalkan satay dalam arena Internet ni. Syukur kepada ALLAH. Bolehlah saya dengan senang hatinya menumpukan perhatian kepada projek kedua saya :-) Apa ye?
Projek kedua ?

Hmm, mungkin pengumuman ini agak awal. Cuma, saya tak dapat nak simpan lama-lama ;-) Buat masa ni, apa yang saya boleh beritahu ialah, ia tetap berkenaan dengan satay ;-) Macam mana? Boleh tangkap tak maksud saya? Fikir-fikirkanlah ye...bagi mereka yang bercadang-cadang nak buka perniagaan satay sendiri, InsyaALLAH, saya yakin yang projek kedua saya ni dapat membantu, bukan hanya dari segi maklumat, malah dari segi pembangunan perniagaan. I would say, ia lebih kepada konsep franchise :-) Hmm, terdedah lagi rahsia saya :-)

Bagi kawan-kawan yang mahukan maklumat yang lebih lanjut, silalah email saya di walikard[at]gmail.com (sila tukar [at] kepada @). InsyaALLAH, saya akan berikan penerangan serba-sedikit tentang apa yang bakal saya buat ni. Oklah, setakat ni dulu dari saya. Mudah-mudahan, kehidupan kita akan sentiasa dipenuhi keberkatan dan kegembiraan :-) Jumpa lagi

SatayDIY.com kembali pulih ?

Salaamimg


Apa khabar kawan-kawan semua? Harap-harapnya semua sihat wal afiatlah. Saya Alhamdulillah, sihat-sihat sahaja. Keluarga saya pun begitu juga :-) Sebenarnya sejak pagi tadi website saya tak dapat dimasuki. Namun begitu, syukur pada ALLAH sebab masalah tu tak berpanjangan. Terima kasih saya ucapkan kepada kawan-kawan di Wangcyber dan support team Namsahaz. Bagi saya, memang support dari Namsahaz top class ;-) Saya dapat reply dari mereka sekejap je, lepas tu dalam sejam website tu dah boleh "on" balik. Pantas dan efisien :-)

Punca utama website saya di "block" adalah disebabkan oleh "Mail Bombardment from Server resulting in high load of the server". Maksudnya, terlalu banyak email yang dihantar...kalau di hantar oleh orang ok jugak, tapi ini dihantar oleh robot...ya, robot. Sebenarnya, di dunia "world wide web" (dulu-dulu "world wide WAIT", now no more ;-)) ni pun ada robot jugak...tapi dalam bentuk yang berbezalah...sama jugak macam virus. Walaupun biasanya virus ni dikaitkan dengan penyakit kalau di dunia nyata, namun, ia tetap wujud di dunia cyber ni. Macam mana bentuknya tu, saya tak pastilah...boleh tanya En Hardi di sini.

Walau bagaimanapun, saya tetap menghentikan operasi buat sementara waktu untuk rectify masalah yang mungkin menjadi punca sebenar masalah agar pisang tak berbuah dua kali. Yelah, masalah yang saya sebut di atas tu satu hal...takut ada masalah tersembunyi yang tak nampak di mata kasar ;-) InsyaALLAH, SatayDIY.com akan kembali menemui kawan-kawan secepat yang mungkin.

Oklah, saya rasa setakat ni dululah post ringkas saya. Mudah-mudahan ia bermanfaat. Jumpa lagi ye :-)

IKLAN: Compaq Evo N1000V untuk dijual - RM1,200-SOLD

Salaamimg


Saya nak buat iklan sikit. Ada seorang kawan nak jual notebook macam kat subjek tu. Ciri-cirinya adalah seperti berikut:

1) Pentium 4, 2.0 Ghz

2) 256MB, so-dimm RAM

3) 20 GB harddisk

Semuanya berkeadaan baik dan sempurna, InsyaALLAH. Reason untuk dijual ialah pemilik mahu beralih arah ke desktop, nak main game kot ;-) (Owner jangan marah ye ;-)) Sekiranya berminat, sila hubungi saya melalui email ke walikard[at]gmail.com atau comment sahaja di sini. Err, saya takde gambar sebenar dia, cuma ada gambar contoh je, minta maaf ye.

Sudah terjual. Terima kasih atas feedback yang kawan-kawan berikan :-)

Progress SatayDIY.com

Salaamimg


Apa khabar? Saya berharap agar kawan-kawan semua sihat wal afiat adanya. Saya Alhamdulillah, sihat. Cuma, sedikit berdebar memandangkan tarikh "due" bagi isteri saya sudah semakin hampir. Doakan kesihatan beliau ye :-) Post pada kali ni saya nak cerita sikit tentang progress SatayDIY.com.

Alhamdulillah, secara keseluruhannya, ada peningkatan yang agak ketara dengan trafik ke website saya tu...mungkin dengan musim perayaan yang menjelma tempoh hari. Di samping itu, website tu dah di"link"kan ke satu website yang tinggi trafiknya dan mempunyai PR3 iaitu Myresipi.com. Secara tak langsung, ia turut mempengaruhi PR SatayDIY.com di mana ia telah meningkat kepada PR1. Namun begitu saya sedar, bila-bila masa sahaja PR tu boleh turun semula, dan itu bukanlah perkara pokok yang perlu saya terlalu fokuskan. Apa yang penting, saya perlu fokus terhadap strategi pemasaran dan mempelbagaikan produk yang berasakan satay. Setakat ni, kami agak sibuk dengan tempahan-tempahan yang mendatang, teutamanya dari pejabat-pejabat kerajaan yang order secara pukal.

Terdapat juga permintaan yang meminta kami memasarkan produk seperti Satay frozen ke luar negara. Namun begitu, terus-terang saya katakan, buat masa ini, kami tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang bagaimana cara nak membuatnya...dan itulah yang sedang kami usahakan sekarang ini. InsyaALLAH, sekiranya usaha ni berjaya, sehingga ke hujung dunia pun kami mampu untuk mengeksportnya :-) Terdapat juga permintaan Rempah SatayDIY dari luar negara. Namun begitu, ia masih dalam proses perbincangan memandangakan pengekspotan makanan perlu melalui syarat-syarat yang agak ketat bagi sesetengah negara. Mudah-mudahan, cabaran ini akan dapat kami tempuhi dengan jayanya. Doakan ye :-)

ps: Tempahan untuk satay tetap dibuka walaupun kami sibuk. Yang penting, jadual kami tak clash ;-)