Lebih banyak masa bersama blog ini

Salaamimg


Sebenarnya, minggu lepas adalah antara minggu yang tersibuk dalam hidup saya. Audit kewangan yang bakal menjelang benar-benar menyesakkan dada dan fikiran, tambahan pula inilah kali pertama saya akan di audit. Sebelum ini, saya yang bertugas mengaudit orang lain semasa bekerja dengan firma perakaunan Ernst & Young. Pada masa itu, rutin kehidupan kami para juruaudit memang tidak keruan. Makan minum tak tentu, apatah lagi nak menulis sepertimana sekarang ini. Alhamdulillah, setelah keluar dari dunia audit, kehidupan saya sedikit berubah ke arah yang lebih baik. Apapun, memandangkan ini kali pertama di audit, ia memang benar-benar menuntut komitmen yang tidak berbelah bagi, memandangkan saya mengerti benar apa "expectation" mereka. Saya tidak mahu mendengar kritikan pedas yang bakal dilempar sekiranya sistem perakaunan kami tidak memenuhi standard yang telah ditetapkan.

Atas kesungguhan yang terlalu bersungguh tersebut, saya secara tidak sengaja telah memadamkan sepenuhnya blog saya yang satu lagi, iaitu walikard.com. Asalnya saya ingin membuat "quick house keeping" di mana saya ingin membuang segala "sampah-sampah" yang tidak diperlukan dalam tersebut. Akibat sibuk dengan kerja dan keperluan mengemaskini blog yang dilakukan pada waktu rehat secara tergesa-gesa, saya telah melakukan kesilapan yang tidak sedikit. Apa yang berlaku adalah seperti yang dirancang di satu bahagian, manakala satu bahagian lagi adalah secara tidak terancang iaitu, saya telah bukan sahaja membuang "sampah-sampah", tetapi juga yang bukan sampah iaitu database walikard.com itu sendiri. Blog yang banyak menyumbang kepada pendapatan Adsense itu kini telah tiada lagi, dan saya tiada niat untuk menghidupkannya semula. Bukan kerana putus asa, tetapi saya merasakan dengan blog itu, saya telah mengabaikan blog ini, dan ini adalah peluang terbaik saya untuk kembali memeriahkan blog Satay DIY ini. InsyaALLAH, dari semasa ke semasa, saya akan membawa perkembangan-perkembangan terkini Satay DIY, laman web pertama saya dalam dunia perniagaan Internet ini. Ia kini semakin matang, dan memerlukan usaha yang berterusan untuk menyambung momentumnya, agar ia berterusan berkembang dan maju. InsyaALLAH, blog ini akan kembali sepertimana dahulu.

Fuhh…lama betul berehat

Salaamimg


Mudah-mudahan semuanya sihat-sihat belaka. Maafkan saya kerana biarkan blog ini lama "bersawang". Saya sebenarnya masih aktif dengan perniagaan dan kerja, cuma kurang memberikan tumpuan terhadap kerja-kerja kemaskini blog ini. InsyaALLAH, dari masa ke semasa, saya cuba untuk memberikan komitmen yang sama rata terhadap semua blog-blog saya (blog-blog? macam banyak je? tak banyak...2 3 je ;-))

Dalam pada kesibukan mengejar cita-cita dan kewajipan menjaga amanah masa yang diberikan majikan, kadang-kadang kita terlupa membezakan "kehendak" dan "kemahuan". Kebanyakan masa dihabiskan untuk kemahuan, sedikit sekali untuk "kehendak". Kehendak di sini termasuklah kehendak terhadap patuh dan taat pada perintah ALLAH dan rasulNYA, kehendak untuk menjenguk orang tua di kampung, kehendak untuk mendapatkan bekal di akhirat, kehendak untuk memenuhi tuntutan sebagai ayah dan suami, dan pelbagai lagi kehendak-kehendak yang sememangnya penting dan lebih "wajib" didahulukan. Tak salah mengejar kemahuan, namun berpada-padalah dengan mengambil kira terlebih dahulu "calculated risk"nya sebelum membuat keputusan.

InsyaALLAH, setakat  ini dahulu daripada saya memandangkan kehendak daripada majikan saya perlu dipenuhi sebagai memenuhi tanggungjawab masa yang diamanahkan. Mudah-mudahan kita mampu menjadi insan yang lebih baik, sekurang-kurangnya lebih baik dari semalam.

Peringatan buat diriku jua ;-)