Apakah Halangan Anda Untuk Memulakan Internet Biz?

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Saya harap agar rakan-rakan semua masih sihat wal afiat dalam perlindungan ALLAH SWT ye. Pada kali ni saya nak berkongsi dengan beberapa perkara yang menghalang kawan-kawan dalam nak menceburi Internet Biz. Biarlah saya kecilkan sikit skop kepada 3 perkara di bawah ni. Assumption saya, kawan-kawan dah ada kesedaran Internet biz. (Belum ada? Jangan bimbang, ikuti perbincangan Internet biz di sini)


1) Tidak tahu untuk bermula


2) Tidak tahu membuat website


3) Dah tahu untuk bermula, dah tahu buat website, tapi tak tau nak promosi


Saya huraikan setiap point di atas.


1) Tidak tahu untuk bermula


Memang tidak dinafikan, Internet menjanjikan pelbagai cara untuk menjana pendapatan ke akaun bank kita. Antaranya program affiliate, Google Adsense, jual barang di eBay dan Lelong dan bermacam-macam lagi. Ada jugak cara lain yang semestinya tak selamat macam HYIP dan banyak lagi program SCAM yang lain. Oklah, yang "gitu-gitu" saya tak nak sentuh. Nak sentuh yang sah sahaja :-) Jadi, bagi mereka yang baru nak memulakan Internet Biz, kawan-kawan mestilah memulakan langkah dengan memilih apa yang kawan-kawan nak buat dulu. Memang betul, usahawan Internet yang berjaya mempunyai lebih dari satu cabang perniagaan. Namun begitu, mereka juga bermula dari satu. Tak caya, cuba tanya Shuth, Alang, Kidino, Gobala, Dr. Irfan dan ramai lagi yang "malu" nak tonjolkan diri ;-) Pendek kata, langkah pertama itu sangat penting. Saya sendiri memulakan langkah penting ini dengan meng"online"kan perniagaan satay keluarga. Untuk berada dekat dengan pelanggan dan audiens kat luar tu, saya setup blog ni, dan bermulalaah interaksi 2 hala. Tapi, hari-hari dok cerita satay boring jugak kan? Jadi, saya ambik peluang ni untuk mempromosikan jugak program-program affiliate yang saya dah join. Di samping tu, saya letakkan jugak link-link affiliate tu kat bahagian "Produk" sebelah kanan tu. Macam mana? Nampak tak kepentingan langkah pertama tu? Langkah pertamalah yang akan membawa kita ke langkah-langkah yang lebih luas. Jadi, mulakan langkah pertama anda sekarang! Samada program affiliate, Adsense atau jual produk sendiri, anda harus tentukannya!


(Untuk keterangan yang lebih lanjut, anda boleh dapatkan buku "Rahsia buat Duit dengan Internet" hasilan team SaifulSham. Anda boleh dapatkannya di sini. Saya sendiri bermula dengannya. Kawan-kawan juga boleh dapatkan Panduan percuma dari Shuth dan Tuahemas.




IKLAN: Saya dan Athirah :-)


2) Tak tau buat website sendiri


Saya yakin inilah antara persoalan utama yang berlegar-legar di fikiran newbie. Termasuklah saya... :-) Usah bimbang, sebenarnya, kalau kawan-kawan tahu menggunakan Microsoft Word, kawan-kawan sebenarnya dah boleh buat website (saya maksudkan yang simplelah ye ;-)) Anggaplah ini langkah pertama anda. Nanti bila dah publish kat web, mesti ada rasa kekurangan di mana-mana. Masa tulah nanti kita rasa nak perbaiki website yang dah sedia ada tu dengan proses pencarian ilmu. Macam mana nak buat form, macam mana nak design header, dan bermacam-macam lagilah. Semuanya berlegar-legar di kepala. Akhirnya, satu demi satu kelemahan diperbaiki dengan ilmu yang anda dapat dalam proses pencarian tadi. Di samping tu, di pasaran sekarang ni terdapat banyak produk-produk dan buku-buku panduan bina laman web. Antaranya ialah CD Panduan Buat Website dari Sharul. Ada jugak yang menganjurkan kursus-kursus buat website seperti http://ebizmalaysia.com. Sebenarnya ada satu lagi cara yang sangat berkesan untuk mengatasi masalah tak tahu nak buat website ni. Kawan-kawan boleh mengupah web designer yang hebat-hebat di luar sana tu dengan bayaran yang berpatutan. Di samping kawan-kawan dapat menjimatkan masa untuk membuat lebih promosi (ya, promosi sangat penting dan memakan masa), kawan-kawan sebenarnya dah menyuburkan industri Internet di negara kita ni. Sekiranya berminat, kawan-kawan boleh check kat http://virtualniaga.com, http://mdpai.com, http://softhand.com dan ramai lagi (sekadar menyebut beberapa nama).


3) Dah tahu untuk bermula, dah tahu buat website, tapi tak tau nak promosi



Baiklah, part ni antara yang paling sukar sebenarnya, tapi taklah sampai tak terbuat :-) Samalah macam kita belajar dulu, selagi tak belajar memanglah susah....bila dah belajar, Alhamdulillah, taklah sesusah mana ;-) Saya sendiri bukanlah orang yang layak untuk bicarakan soal ni...malah, saya masih terus menimba ilmu. Sekarang ni Alhamdulillah, informasi ada di mana-mana. Saya tak berniat nak cerita panjang tentang hal ni. Cuma, nak kongsikan beberapa link-link yang bermanfaat untuk kita semua. Antaranya ialah di WangCyber, TuahEmas, blog-blog usahawan Internet seperti Dr Irfan Khairi, Smartusaha, SaifulSham, Shuth, Alang, Kidino dan ramai lagi (sekadar menyebut beberapa nama). Mereka ini "otai" dalam pemasaran Internet dan terus-menerus membuat research demi research, malah kemudiannya mencurahkan imu-ilmu tersebut di laman-laman web yang saya nyatakan di atas.


Bagaimana? Adakah halangan-halangan ini dapat diatasi? InsyaALLAH, dengan usaha dan tawakkal, semestinya kita semua boleh. Kalau orang lain boleh jadi jutawan, kenapa tidak kita? Ayuh, kita atasinya bersama-sama :-)


Kepentingan feedback dalam perniagaan

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Saya berharap agar kawan-kawan semua berada dalam keadaan sihat wal afiat. InsyaALLAH...Pada kali ni saya sebenarnya nak ajak kawan-kawan memberi feedback pada produk saya ni...apalagi kalau bukan Satay D.I.Y :-) Saya bercadang nak letakkan feedback tu kat website saya, sebagai nak menguatkan lagi value pemasarannya. Maklumlah, barang-barang yang mendapat feedback yang baik secara tak langsung dapat menaikkan rating dan popularitinya. Terfikirkah rakan-rakan semua mengapa auction web seperti eBay dan Lelong meletakkan rating pada penjual dan pembelinya? Sebenarnya, ia mengambil contoh dari dunia perniagaan offline. Saya bawakan contoh yang mudah. Katakanlah anda baru berada di sesebuah tempat yang anda tak pernah sampai dan ingin maka tengahari disebuah foodcourt yang mempunyai ramai peniaga. Kedai mana yang anda akan pilih atau sekurang-kurangnya terlintas di hati anda bahawa kedai inilah yang mempunyai makanan yang sedap? Kedai yang sunyi atau kedai yang ramai orang? Tentulah kedai yang ramai orang, bukan? Cuma, mungkin anda memilih kedai yang sunyi kerana anda rimas dengan tempat yang ramai orang. Betul tak? Ya, memang betul kedai yang mempunyai ramai pengunjung tak semestinya makanannya sedap. Mungkin kedai yang sunyi tadi tukang masaknya sebenarnya adalah bekas seorang chef di hotel yang terkemuka dan masakannya memang first class.

Bagaimana? nampak tak kepentingan feedback tu? Saya sendiri, jika nak membeli belah di eBay atau Lelong, saya akan cari penjual yang feedbacknya lebih tinggi sekiranya terdapat 2 atau lebih penjual barangan yang sama. Jadi atas maksud yang telah saya terangkan di atas, saya berharap agar kawan-kawan sudi untuk menyumbangkan feedback terhadap produk saya tu :-) Boleh ye? Terima kasih :-)

Perjalanan Internet Biz Saya

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Saya berharap agar anda semua berada dalam keadaan sihat wal afiat, juga di bawah perlindungan ALLAH SWT. Alhamdulillah, saya juga sihat dan masih mampu melaksanakan tugasan harian sebagai seorang hamba ALLAH, seorang pekerja, seorang anak, seorang suami, seorang bapa, seorang abang dan seorang kawan. Syukur yang tak terhingga dipanjatkan kepadaNYA, yang Maha Berkuasa di atas segala-galanya. Mudah-mudahan kita sentiasa berada di dalam lingkungan hidayah ALLAH SWT.

Pada post kali ini, saya terasa nak menulis pengalaman saya dalam dunia Internet biz ni. Hmm, sebenarnya saya berjinak-jinak dengan Internet ni since 2000 lagi. Namun sebagai seseorang yang takdak biz minded, saya tak pernah terfikir yang kita sebenarnya boleh berbisnes di Internet ni. Apa yang saya tahu, hanya web designer sahaja yang boleh buat duit :-) (masa tu lah) Lagipun, pada masa tu kalau surf balik-balik tentang games (saya ni agak gila games skit, la ni taklah ;-)), memancing, pasal ikan, dan pasal gadget terbaru macam PDA dan yang sewaktu dengannya. Lama jugaklah saya berkeadaan begitu. Sehinggalah pada suatu hari saya menerima email yang ala-ala surat berantai gitu...biasanya orang namakan dia program rakyat, wang rakyat, tolong-menolong, dsb. Mula-mula dia paparkan testimoni orang yang dah dapat hasil daripada program tu. Kemudian dia paparkan pulak cara-cara nak sertai program tu dengan arahan-arahan tertentu. Biasanya kita dikehendaki memasukkan RM30 ke dalam nama peserta yang teratas. Nama peserta yang mendapat wang dihilangkan dan dimasukkan pula nama kita pada kedudukan yang terbawah. Lebih kurang begitulah...

Setelah itu, saya terjumpa pula dengan program jana-income, atm2u, donate 20 dan yang sewaktu dengannya. Adalah jugak saya join salah satu daripada program-program tu. Pada masa tu, saya mula terfikir rupaa-rupanya inilah yang dinamakan Internet biz. Memang confident habis time tu :-) Yelah, pada masa tu tak tahu apa-apa langsung tentang Internet biz ni. Turning point saya yang pertama ialah Tsunamiwang. Memang saya tak nafikan, banyak isu yang melanda. Tapi bukanlah keseluruhan isi buku. Ada part-part yang betul-betul bermanfaat. Contohnya macam perancangan kewangan, Clickbank, bentuk-bentuk perniagaan di Internet dan tahap kesukaran masing-masing, dan macam-macam lagi. Namun begitu, ada juga dalam part yang akhir diajar cara bagaimana mahu melakukan SPAM. Pada masa tu saya tak tahu pun yang itu sebenarnya dinamakan SPAM. Sampailah turning point saya yang kedua di mana saya bertemu dengan Tuahemas.com dan WangCyber.com. Di kedua-dua laman interaktif ni, saya mendownload dua panduan penting daripada Tuahemas dan Wangcyber. Alhamdulillah, saya dah mula nampak apakah dia Internet biz sebenarnya. Daripadanya jugaklah dengan izin ALLAH SWT, saya nula mengerti tentang Google Adsense. Seterusnya, saya mengorak langkah dengan membeli buku Saifulsham (RBDDI) dan 15 Teknik Efektif Internet Marketing karangan saudara Fuad Latif, pemilik myorionet.com. Syukur pemahaman saya bertambah-tambah. Sehinggalah ke akhirnya saya membuat keputusan untuk meng"online"kan perniagaan satay ayah saya yang telah sekian lama diusahakan secara offline.

Alhamdulillah, kini www.sataydiy.com berjaya dilancarkan. Walaupun tak cantik dan banyak kekurangan di sana sini, namun, saya tetap teruskan kerana bagi saya kickstart perlu dimulakan. InsyaALLAH, sepertimana blog ini berwajah baru, sataydiy.com juga akan menurut jejak langkah adiknya, siap dengan program affiliate sekali tau :-) Diharapkan agar rakan-rakan di luar sana sudi untuk memberi sokongan dan khidmat nasihat kepada saya. Suka juga saya mengingatkan, Internet biz, bukanlah jalan singkat menuju kekayaan sepertimana yang disangka oleh kebanyakan orang, juga yang disangka oeh saya suatu ketika dahulu. Sepertimana biz offline yang lain, banyak ranjau yang perlu ditempuhi untuk berjaya. Namun begitu, jika Saifulsham, Alang, Dr Irfan, Gobala, Shuth dan yang lain-lain yang mendiamkan diri kat luar sana tu boleh berjaya, mengapa tidak kita? InsyaALLAH, pokok pangkalnya kita, dan mulakan langkah yang pertama anda sekarang juga!! Semoga ALLAH SWT memberi kemudahan kepada kita.

(Artikel ini ditaip dengan menggunakan Ericsson MC218 aka Psion 5mx, palmtop kuno saya ;-)) 

Software Waktu Solat

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Pada post kali ni saya nak berkongsi satu software yang sangat bermanfaat untuk kita semua. Software yang saya maksudkan ialah Waktu Solat. Selain fungsi utamanya sebagai pemberitahu waktu solat, ia turut memuatkan Al-Quran dan Hadis setiap kali kita "on" PC. Yelah, kita sebagai manusia ni perlu sentiasa diperingati...tak gitu? Software ini dicipta oleh orang Malaysia untuk rakyat Malaysia. Untuk men"download"nya, sila klik di sini. Semoga bermanfaat kepada kita semua :-)

Blog SatayDIY berwajah baru :-)

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Harap-harapnya semua sihat wal afiat di samping berada dalam perlindungan ALLAH SWT. Jadi, hari ni secara rasminya saya melancarkan Blog SatayDIY :-) Mudah-mudahan dengan perubahan ini, ia menjadi titik tolak untuk saya lebih berusaha di hari-hari yang mendatang. Sudi-sudikanlah jenguk saya dan team di sini ye :-) dan jangan lupakan doakan saya.