Update Terbaru SatayDIY.com

Salaamimg


Sudah agak lama saya tak update blog ni ;-) Dan saya sering menyalahkan "sibuk" untuk tidak menggerakkan jari-jemari untuk menaip dan menjana idea (ya, biasanya bila dah start taip baru idea nak masuk...pendek kata, just start, jangan fikir lama-lama sangat, nanti idea tu jadi basi :-)) InsyaALLAH, selepas ini saya lebih berazam untuk menjadikan "rajin" sebagai teman utama saya.

Web Khas Untuk Rangkaian SatayDIY.com

Alhamdulillah, saya sebenarnya dah menyiapkan satu laman web yang simple untuk salah satu rangkaian kami iaitu Hotzone Satay. Rangkaian ini diusahakan oleh En. Salleh dan berpengkalan di Gombak dan Batu Caves. Antara servis-servis yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Jualan satay seperti satay ayam, daging, perut dan kambing;

  2. Perkhidmatan pembekalan satay mentah bagi para peniaga yang berminat untuk menjual satay DIY;

  3. One stop centre untuk para pengusaha satay di mana anda boleh mendapatkan dapur satay, dapur-dapur stainless steel, arang, minyak, satay mentah dan apa juga yang berkaitan dengan satay di sini;

  4. Tempahan untuk majlis-majlis.


En. Salleh ni friendly orangnya :-) Boleh dibawak berbincang pada bila-bila masa sahaja. Kalau ada apa-apa yang nak ditanya, anda boleh terus ke laman webnya.

Satay DIY Goes International?

InsyaALLAH, kalau tiada aral melintang, cawangan Satay DIY akan dibuka di Brunei, jangkanya dalam tahun ini jugalah. Harap-harapnya berjalan lancarlah :-) Di samping itu, saya juga sedang berusaha untuk memasarkan satay DIY ni secara frozen ke negara-negara lain yang mendapat permintaan. Doakan kami berjaya ye :-) Andai diizinkan ALLAH, Satay DIY boleh dilihat juga di negara-negara luar. Teringat iklan popiah daripada Exim Bank yang sedang rancak di kaca-kaca televisyen. Kira inspirasilah ni :-)

Laman Food Articles Kami Sudah Berjalan 

Di samping perkembangan offline kami, secara online juga kami dah bergerak ke hadapan sedikit dengan mewujudkan satu sub-website berkenaan Food Articles secara umum. Anda boleh melawatnya di sini. Sebenarnya, ini adalah salah satu usaha untuk meningkat income Adsense saya ;-) Cubalah, manalah tahu ada rezeki lebih, InsyaALLAH. Critics and ideas are welcome :-)

5 comments:

brunei » Blog Archive » Update Terbaru SatayDIY.com said...

[...] …Read More [...]

AmirulFaisyal said...

Hm, singgah jap blog Walikard ni,:)

Dah nak masuk international market tu...mantapla, good luck yek Walikward!

BAGAK said...

Tahniah, usaha anda bukan sahaja offline tetapi juga online.

Semoga bisnes satay brtambah mantap dan berkat.

walikard said...

Thanks Amirul :-) Doakanlah ye..err, Sistem Rahsia boleh apply tak dengan satay?

walikard said...

Eh, En Bagak, lama tak dengar cerita :-) Terima kasih, InsyaALLAH, mudah-mudahan berjaya semuanya