Rancangan SatayDIY.com yang seterusnya

Salaamimg


Maafkan saya kerana sudah hampir 3 minggu saya tdak membuat apa-apa terhadap blog saya ini. Sebenarnya, saya lebih meluangkan banyak masa dengan memikirkan rancangan perniagaan dan mula menanam komitmen kepada blog saya yang sebuah lagi iaitu Walikard.com. Namun begitu, ini tak bermakna saya mengabaikan blog ini begitu sahaja. Dari hari ke hari saya mengumpul kekuatan untuk menulis dan memberi input-input baru tentang perkembangan SatayDIY.com. InsyaALLAH, di sini saya akan bentangkan serba sedikit tentang rancangan-rancangan tersebut.

1) Melancarkan dedicated page untuk mereka yang mahu memulakan perniagaan satay

InsyaALLAH, page yang masih di dalam peringkat pembinaan ini akan dilancarkan tidak lama lagi. Sekiranya rakan-rakan berminat untuk menjadi peniaga satay, di sinilah, InsyaALLAH tempatnya. Anda boleh mendapatkan bekalan satay mentah di sini. Saya sedang memikirkan cara yang terbaik untuk membekalkan satay-satay mentah ini di mana-mana jua di seluruh semenanjung Malaysia. Buat masa ini, untuk bekalan ke Kota Sarang Semut, Kedah, kami menggunakan perkhidamatan bas express. Alhamdulillah, setakat ini tiada apa-apa masalah yang timbul.

2) Khidmat penghantaran satay di Lembah Klang

Saya ingin mencuba konsep Pizza Hut delivery dengan SatayDIY.com ini. InsyaALLAH, apabila dah jalan nanti saya akan uar-uarkan di sini. Penghantaran? Dah tentulah guna motor ;-)

Oklah, setakat ni dulu update daripada saya. InsyaALLAH, saya akan update lagi dari masa ke semasa. Kalau rakan-rakan mempunyai idea bernas untuk dikongsikan, jangan segan-segan nak beritahu ye :-) Jumpa lagi

4 comments:

Noorizam Shah said...

saya rasa konsep delivery tu bagus dan idea yang baik.. kalau kena packaging lawa-lawa lagi la mantap..

dah start buat delivery ker?

walikard said...

Belum lagi, kekurangan tenaga kerja sekarang ni...InsyaALLAH, bakal dilaksanakan tak lama lagi :-)

Agus Ramada Setiadi said...

Ass.Wr.Wb.

Kenali peternak biri-biri dan kambing Indonesia di www.dombagarut.blogspot.com, boleh tak link ke Blog ini?

Salam.

Agus Ramada S.

Acak Lelaki Macho said...

Kenape x cukup pekerja?
Kami yg hensem ni kan ada..hahahha
ABANG BEST pun ade gak...
Elaun, socso dan epf pun kne ade gak..
Just joking k..

Majulah SatayDIY utk negara!