Tag: Virus

Salaamimg

Nampaknya saya telah di tag oleh En Soulof99. Hmm, macam mana dengan pengajian? Mudah-mudahan berjalan lancar sahaja hendaknya, InsyaALLAH :-) Ikuti jawapan saya di bawah:

Sejak bila anda mula berpuasa penuh?? 

InsyaALLAH, kalau tak salah sewaktu saya darjah 4, iaitu tahun 1991. Masa darjah 3 hampir-hampir penuh, tapi kantoi di jam-jam terakhir. Godaan air sejuk di dalam peti ais tak dapat saya nak tahan ;-)

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya?

Alhamdulillah, bermula dari darjah 4, sampai sekarang tak pernah ponteng lagi.

Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun?

Pernah :-) Dulu masa budak-budak dulu. Sekarang dah jadi ayah budak dah tak main dah. Dulu suka main mercun mancis sebab senang...gores dan menang ;-)

Juadah apakah yang menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka?

Ramadhan kali ini nampaknya jatuh kepada "encik" murtabak :-) Sebelum berkeluarga saya suka berbuka dengan satay. Sebab...saya tolong ayah jual satay kat pasar Ramadhan...senang :-)

Lagu raya manakah yang anda suka?

Lagu nasyid yang ramai-ramai nyanyi tu..ada Raihan, Nowseeheart, Ajai dan Rem.

Tahun ini anda beraya di mana?

InsyaALLAH, raya pertama dan kedua di Terengganu. Raya ketiga onwards di Klang

Pernahkah bertugas semasa hari raya?

Pernah, tapi raya ketigalah..taklah teruk sangat rasanya.

Apakah kenangan paling manis di hari raya?

Hmm, apa ye? Mungkin hari raya 2 tahun lepas, di mana saya beraya bersama dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami :-)

Saya tak berniat nak panjangkan virus tag ni memandangkan saya jawab pun dah lewat, dah nak raya dah pun ;-) Apapun, E'id Mubarak kepada semua. Mudah-mudahan, momentum Ramadhan yang bakal berlalu tidak lama lagi memberi natijah yang baik buat kita semua, InsyaALLAH

0 comments: