Logo Baru SatayDIY.com

Salaamimg


Diam tak diam, kita sebenarnya dah menghampiri tahun baru 2008. Persoalan sama ada azam tahun lalu dah tercapai atau belum, kerap kali di bangkitkan, bahkan soalan tersebut menjadi automatik setiap kali tahun baru bakal menjelma. Apapun, kita mesti memandang ke hadapan, dan kalau perlu melihat ke belakang pun, hanyalah untuk tujuan "compare and analysis", buat panduan kita merangka pelan hadapan yang lebih bermakna dan betul, InsyaALLAH.

Bagi pihak SatayDIY.com, tahun 2007 merupakan tahun peningkatan di mana usaha kami memulakan perniagaan "0n-line" ini mula menampakkan hasil. Alhamdulillah, semakin ramai yang menyedari kemunculan SatayDIY.com, malah tempahan-tempahan satay yang diterima dari pelanggan on-line juga semakin meningkat. Untuk itu, selaras dengan perkembangan tersebut, kami cuba untuk mengkorporatkan imej kami dengan menampilkan logo baru seperti di bawah ini:

Image Hosting

Bagaimana pendapat anda dengan logo tersebut? Sebarang komen adalah amat dialu-alukan dengan cara meninggalkan komen anda di sini. InsyaALLAH, kami akan mengintegrasikan logo tersebut di website kami tidak lama lagi.

9 comments:

syia said...

dah lama syia ikut perkembangan biz awk.. semakin bagus nampaknya.. keep it up ;)

walikard said...

Terima kasih Syia..dah lama tak nampak Syia kat WC. Mesti masih aktif kan? Anyway, thanks for the word :-)

My Web Hosting Site » Blog Archive » Logo Baru SatayDIY.com said...

[...] Gossip Bot article is brought to you using rss feeds.Here is some of the latest web hosting news.Image Hosting. Bagaimana pendapat anda dengan logo tersebut? Sebarang komen adalah amat dialu-alukan dengan cara meninggalkan komen anda di sini. InsyaALLAH, kami akan mengintegrasikan logo tersebut di website kami tidak lama lagi. [...]

Razu said...

Salam,

Tahniah atas perkembangan positif saudara. Saya akan sentiasa support anda.

Berkenaan dengan logo, saya ada sikit cadangan iaitu:
1. Tambah perkataan satay di depan. Jadi satayDIY. Rasanya satayDIY dah jadi jenama saudara, seharusnya dikekalkan.
2. Gambarkan satay dijadikan lebih menarik dan real untuk menambah lagi daya tarikan kepada bakal pembeli. Supaya bakal pembeli lebih berselera untuk membeli.

Sekian saja pandangan peribadi dari saya. Kalau ada salah dan silap, mohon maaf yer.

Safuan said...

Tahniah atas peningkatan bro.. Jemputlah dtg blog saya..

walikard said...

Razu: Terima kasih atas pandangan saudara. InsyaALLAH, cadangan tersebut telah dipertimbangkan dan dalam rangka untuk mengubah sedikit rupa bentuknya.

Safuan: Lama tak nampak :-) Dah lawat blog saudara....rupa2nya dah banyak yg berubah... tahniah, makin cantik...dan cadangan saudara untuk ubah content tu saya sokong 100%

surfaddict said...

Wah,sudah semakin maju skang, hasrat sy nak pi mkn satay kat kedai awak masih tak tercapai..kekekeke..

Idham said...

sya cuma ingin komen mengenai logo sahaja. saya pernah membuat logo sebuah syarikat yang meminta secara personal bukan secara profesional. Apa yang saya lihat logo itu sudah menarik cuma saya nak tekankan dari segi psikologi pelanggan.
1. pertama pelangan yang belum kenal apa itu DIY
pelanggan yg melihat logo yang sedemikian rupa akan tertanya tanya apa itu DIY dan gambar itu hotdog ke satay?
2. pelanggan yang ambil kisah dan menkaji apa itu DIY dan cuba untuk mentafsirkan gambar apakah dalam logo tersebut...bahaya kalau dia tersalah tafsir.. takut dia ingat DIY jual fishball atau seumpamanya.
3. pelangan yg tahu apa itu DIY ...ooo DIY skang jual satey dalam pinggan berlapik daun pisang...

tafsiran pelangan saya rasa penting..logo bukan sahaja menggambarkan apa produk kita secara langsung malah menarik pelangan
saya cadangkan buatlah logo yang menarik dan simple sahaja
perkataan DIY itu besar tak apa tapi org tak tahu apa DIY..tulis 'satey' dlm tulisan kecil..mudah nak tafsir. harap dapat membantu
idham-xpression

walikard said...

Terima kasih atas pandangan bernas saudara. InsyaALLAH, saya akan pertimbangkannya secara serius dan menilai semula design logo ini. Mudah-mudahan rakan-rakan dapat terus memberikan idea-idea bernas untuk diketengahkan :-) Terima kasih semua