Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Saya berharap agar kawan-kawan semua berada dalam keadaan sihat wal afiat. InsyaALLAH...Pada kali ni saya sebenarnya nak ajak kawan-kawan memberi feedback pada produk saya ni...apalagi kalau bukan Satay D.I.Y :-) Saya bercadang nak letakkan feedback tu kat website saya, sebagai nak menguatkan lagi value pemasarannya. Maklumlah, barang-barang yang mendapat feedback yang baik secara tak langsung dapat menaikkan rating dan popularitinya. Terfikirkah rakan-rakan semua mengapa auction web seperti eBay dan Lelong meletakkan rating pada penjual dan pembelinya? Sebenarnya, ia mengambil contoh dari dunia perniagaan offline. Saya bawakan contoh yang mudah. Katakanlah anda baru berada di sesebuah tempat yang anda tak pernah sampai dan ingin maka tengahari disebuah foodcourt yang mempunyai ramai peniaga. Kedai mana yang anda akan pilih atau sekurang-kurangnya terlintas di hati anda bahawa kedai inilah yang mempunyai makanan yang sedap? Kedai yang sunyi atau kedai yang ramai orang? Tentulah kedai yang ramai orang, bukan? Cuma, mungkin anda memilih kedai yang sunyi kerana anda rimas dengan tempat yang ramai orang. Betul tak? Ya, memang betul kedai yang mempunyai ramai pengunjung tak semestinya makanannya sedap. Mungkin kedai yang sunyi tadi tukang masaknya sebenarnya adalah bekas seorang chef di hotel yang terkemuka dan masakannya memang first class.
Bagaimana? nampak tak kepentingan feedback tu? Saya sendiri, jika nak membeli belah di eBay atau Lelong, saya akan cari penjual yang feedbacknya lebih tinggi sekiranya terdapat 2 atau lebih penjual barangan yang sama. Jadi atas maksud yang telah saya terangkan di atas, saya berharap agar kawan-kawan sudi untuk menyumbangkan feedback terhadap produk saya tu :-) Boleh ye? Terima kasih :-)
Kepentingan feedback dalam perniagaan
Sunday, August 20, 2006 | Posted by walikard at 8:49 AM
Labels: perniagaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
yep, kalau kita ada feedback yg baik dr pembeli, mmg bagus..secara tak langsung, ia merupakan bonus kepada promosi perniagaan kita..orang akan bertambah yakin dgn apa yang kita jual..tak gitu?
Betul tu, setuju sangat...mudah-mudahan rakan-rakan sudi memberi feedback kepada saya.
Jangan dengar dan terima je feedback +ve, ambil dan letak sebagai testimoni kat laman web. :)
A'ah tu zul, itulah yang saya cuba nak buat...err, feedback yang negative pun takper, sebagai sempadan untuk saya membaiki diri. tapi tang -ve tak letak kat web la ;-) sekadar di sini sahajalah
Post a Comment