Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Saya berharap agar anda semua berada dalam keadaan sihat wal afiat, juga di bawah perlindungan ALLAH SWT. Alhamdulillah, saya juga sihat dan masih mampu melaksanakan tugasan harian sebagai seorang hamba ALLAH, seorang pekerja, seorang anak, seorang suami, seorang bapa, seorang abang dan seorang kawan. Syukur yang tak terhingga dipanjatkan kepadaNYA, yang Maha Berkuasa di atas segala-galanya. Mudah-mudahan kita sentiasa berada di dalam lingkungan hidayah ALLAH SWT.
Pada post kali ini, saya terasa nak menulis pengalaman saya dalam dunia Internet biz ni. Hmm, sebenarnya saya berjinak-jinak dengan Internet ni since 2000 lagi. Namun sebagai seseorang yang takdak biz minded, saya tak pernah terfikir yang kita sebenarnya boleh berbisnes di Internet ni. Apa yang saya tahu, hanya web designer sahaja yang boleh buat duit :-) (masa tu lah) Lagipun, pada masa tu kalau surf balik-balik tentang games (saya ni agak gila games skit, la ni taklah ;-)), memancing, pasal ikan, dan pasal gadget terbaru macam PDA dan yang sewaktu dengannya. Lama jugaklah saya berkeadaan begitu. Sehinggalah pada suatu hari saya menerima email yang ala-ala surat berantai gitu...biasanya orang namakan dia program rakyat, wang rakyat, tolong-menolong, dsb. Mula-mula dia paparkan testimoni orang yang dah dapat hasil daripada program tu. Kemudian dia paparkan pulak cara-cara nak sertai program tu dengan arahan-arahan tertentu. Biasanya kita dikehendaki memasukkan RM30 ke dalam nama peserta yang teratas. Nama peserta yang mendapat wang dihilangkan dan dimasukkan pula nama kita pada kedudukan yang terbawah. Lebih kurang begitulah...
Setelah itu, saya terjumpa pula dengan program jana-income, atm2u, donate 20 dan yang sewaktu dengannya. Adalah jugak saya join salah satu daripada program-program tu. Pada masa tu, saya mula terfikir rupaa-rupanya inilah yang dinamakan Internet biz. Memang confident habis time tu :-) Yelah, pada masa tu tak tahu apa-apa langsung tentang Internet biz ni. Turning point saya yang pertama ialah Tsunamiwang. Memang saya tak nafikan, banyak isu yang melanda. Tapi bukanlah keseluruhan isi buku. Ada part-part yang betul-betul bermanfaat. Contohnya macam perancangan kewangan, Clickbank, bentuk-bentuk perniagaan di Internet dan tahap kesukaran masing-masing, dan macam-macam lagi. Namun begitu, ada juga dalam part yang akhir diajar cara bagaimana mahu melakukan SPAM. Pada masa tu saya tak tahu pun yang itu sebenarnya dinamakan SPAM. Sampailah turning point saya yang kedua di mana saya bertemu dengan Tuahemas.com dan WangCyber.com. Di kedua-dua laman interaktif ni, saya mendownload dua panduan penting daripada Tuahemas dan Wangcyber. Alhamdulillah, saya dah mula nampak apakah dia Internet biz sebenarnya. Daripadanya jugaklah dengan izin ALLAH SWT, saya nula mengerti tentang Google Adsense. Seterusnya, saya mengorak langkah dengan membeli buku Saifulsham (RBDDI) dan 15 Teknik Efektif Internet Marketing karangan saudara Fuad Latif, pemilik myorionet.com. Syukur pemahaman saya bertambah-tambah. Sehinggalah ke akhirnya saya membuat keputusan untuk meng"online"kan perniagaan satay ayah saya yang telah sekian lama diusahakan secara offline.
Alhamdulillah, kini www.sataydiy.com berjaya dilancarkan. Walaupun tak cantik dan banyak kekurangan di sana sini, namun, saya tetap teruskan kerana bagi saya kickstart perlu dimulakan. InsyaALLAH, sepertimana blog ini berwajah baru, sataydiy.com juga akan menurut jejak langkah adiknya, siap dengan program affiliate sekali tau :-) Diharapkan agar rakan-rakan di luar sana sudi untuk memberi sokongan dan khidmat nasihat kepada saya. Suka juga saya mengingatkan, Internet biz, bukanlah jalan singkat menuju kekayaan sepertimana yang disangka oleh kebanyakan orang, juga yang disangka oeh saya suatu ketika dahulu. Sepertimana biz offline yang lain, banyak ranjau yang perlu ditempuhi untuk berjaya. Namun begitu, jika Saifulsham, Alang, Dr Irfan, Gobala, Shuth dan yang lain-lain yang mendiamkan diri kat luar sana tu boleh berjaya, mengapa tidak kita? InsyaALLAH, pokok pangkalnya kita, dan mulakan langkah yang pertama anda sekarang juga!! Semoga ALLAH SWT memberi kemudahan kepada kita.
(Artikel ini ditaip dengan menggunakan Ericsson MC218 aka Psion 5mx, palmtop kuno saya ;-))
Perjalanan Internet Biz Saya
Friday, August 18, 2006 | Posted by walikard at 2:06 AM
Labels: perniagaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
walikard..saya sham dari raja adsense. Harap update akaun affiliate..ada rm20 komisen saya nak bayar..:)
Saya email xde respon..terpaksa la post kat blog ni..sory ye..
Eh sham, sorilah, tak perasan. Ok, nanti saya updatekan no akaun ye. Terima kasih banyak :-)
em mmg begitu pada awalnya, sy pun mcm tu jugak, mula2 mmg igt e-biz ni hyip, etc tapi sebenarnya bukan..nasib baik skarang dah berada pada jalan yang betul.. :)
Alhamdulillah, yang penting akhirnya kita sampai kat jalan yang betul, pengalaman yang lalu sebagai pengajaran dan sempadan :-)
Post a Comment