Kepenatan Melanda :-)

Salaamimg


Apa khabar kawan-kawan semua? Mudah-mudahan sihat wal afiat di samping mendapat perlindungan ALLAH SWT, InsyaALLAH. Saya sebenarnya agak penat sebab malam tadi terpaksa menyiapkan kerja-kerja di office sehingga pukul 12.00 malam. Yelah, bukannya penat fizikal, tapi penat otak ;-) Yelah, pekerjaan saya adalah berkaitan dengan perakaunan...jadi, faham-faham jelah :-) Apapun, saya enjoy dengan tugas saya. Bagi saya, ia adalah pengalaman hidup yang sangat bermakna, dan InsyaALLAH mematangkan saya. Agaknya kepenatan inilah yang menyebabkan saya (kereta kesayangan saya) melanggar tiang pondok parking masa datang kerja pagi ni ;-) Hehehe...

Rahsia SatayDIY akan dilancarkan pada hari Isnin, 17 Muharram 1428 bersamaan 5 Februari 2007 Khamis, 20 Muharram 1428 bersamaan 8 Februari 2007


Sebagaimana yang kawan-kawan baca di atas, InsyaALLAH, Rahsia SatayDIY akan dilancarkan pada hari tersebut. Apapun, ia hanyalah untuk 100 pendaftar pertama sahaja dahulu. Untuk yang lain-lain InsyaALLAH akan dilancarkan seminggu selepas itu. Para pelanggan awal ni saya akan gelar mereka "pioneer" dengan syarat mereka bersama-sama saya untuk membina dan meluaskan brand SatayDIY ni :-) Benar, kamilah yang mengasaskan SatayDIY ni. Tapi tak salahkan kalau yang lain-lain juga mendapat manfaat? Saya benar-benar berharap projek ini bakal memberi manfaat dan sumbangan kepada mereka-mereka di luar sana, InsyaALLAH :-)

ps: Kepada yang masih berminat untuk mendaftar, kawan-kawan masih boleh berbuat demikian di sini. Masih ada tempat lagi :-)

7 comments:

Fuad said...

Aiseh.. leh langgar tiang plak. heh. Semoga projek berjaya. :-)

dzuka9 said...

Bagus En Azrul nih. Bekerja dengan tekun, dalam masa yang sama ada pernigaaan satey pulak. Terus kan usaha, InsyAllah di hujung sana ada kejayaan sedang menanti......... syabas bete syabasss

Nurul said...

Tahniah.....semoga usaha anda diberkati dan dirahmati Allah s.w.t

Maizul said...

En. Azrul ni walikard ke? Semoga berjaya Insyallah suatu hari nanti orang kenal sape SatayDIY

hasrul said...

wah.. kerja sampai tengah malam... betul² kerja nie..

RajaBLog.info said...

wah bro, lawa lah themes nie. :D nice

dah lama rupanya tak masuk (eh, rupanya ramai la yang tukar themes tahun 07 nie ) :D

RajaBLog.info said...

wah bro, lawa lah themes nie. :D nice~~

dah lama rupanya tak masuk (eh, rupanya ramai la yang tukar themes tahun 07 nie ) :D