Salaamimg
Apa khabar kawan-kawan semua? Dah agak lama saya tak update blog ;-) Maklumlah, sejak kebelakangan ni, saya begitu sibuk dengan kerja-kerja di pejabat, di samping menguruskan projek-projek SatayDIY.com yang Alhamdulillah, semakin menunjukkan peningkatan. Kalau tiada aral melintang, kami akan menumpukan kepada aktiviti pembekalan satay kepada para peniaga yang berminat. Kami juga di dalam peringkat perbincangan terakhir untuk projek pembekalan satay dalam skala yang besar kepada sebuah syarikat yang sedikit hari lagi akan menjadi famous, InsyaALLAH :-) Dah berjalan nanti, saya akan maklumkan di sini. Doakan kami berjaya ye :-)
Tentang Projek Kedua SatayDIY.com pula, InsyaALLAH, saya akan tetap melancarkannya walaupun sebenarnya dah agak lambat dari plan yang asal. Ini memandangkan saya agak sibuk bekerja, sepertimana yang saya terangkan di ataslah. Apapun, kawan-kawan nantikanlah ye. Tentang promosi 100 pelanggan terawal pula, InsyaALLAH, masih ada ruang yang boleh diisi kepada sesiapa jua yang berminat. Kami akan berikan harga yang sangat-sangat istimewa :-) Di samping itu, saya akan mengupdate panduan itu nanti berdasarkan feedback daripada 100 pelanggan pertama itu nanti...maknanya, saya akan cuba penuhi apa yang pembeli mahukan dari saya. Setakat ni, apa yang boleh saya tawarkan adalah seperti berikut:
- Khidmat nasihat daripada pakar kami, Encik Razak Hussin (ayah sayalah ni ;-)), bila-bila masa, selagi kami berkemampuan;
- Belajar secara hands on dengan cara datang sendiri ke tempat kami dan bersama-sama dengan kami membuat satay dan kuah tersebut;
- Berpeluang menambah pendapatan dengan cara kami mengagihkan tempahan yang diterima kepada tempat-tempat yang kami sendiri tak mampu menampungnya. Sebagai contoh, sekiranya terdapat order dari Kedah, maka mereka yang berada di Kedahlah yang akan supply. Kami tak ambik komisyen tau :-) Itu adalah rezeki anda :-) Adakah kami tak dapat apa? Dapat...kami dapat nama ;-) Itu yang akan kami jaja nanti;
- Dan banyak lagilah, selagi kami termampu. Mungkin lambat laun akan kami kenakan bayaran royalti, itupun bila kedudukan pengguna Rahsia SatayDIY.com dah bertambah kukuh SAHAJA.
"What you give, you'll get back"
11 comments:
wah, plan yang bagus. Ada hitam putih ke? tapi paling penting, brapa modal starting?
InsyaALLAH hitam putih tu akan dimuatkan dalam Rahsia SatayDIY tu nanti...apapun, peringkat awal ni saya tak nak strict sangat sebab jika boleh saya nak membentuk komuniti yang mantap terlebih dahulu (takdelah tunggu sampai dah mantap betul, dah ada skit2 pun dah boleh gerak). Modal nak start tu sebenarnya bergantung kepada bakal peniaga tu sendiri, yelah, dia nak start big ke, small ke...tak kisah...yang penting nak. Kami sendiri, bermula dengan modal RM200++ sahaja. Dari situlah kami bergerak, dan berkembang sedikit demi sedikit. Harapnya menjawab soalan ramzwatcher tu :-)
Wah..makin mantap plan En. Azrul.. Semoga berjaya.. :)
InsyaALLAH, Amin :-)
harap dapat hubungi saya
baru nk berjinak2 dalam perniagaan satay
sedang mencari pembekal satay
0123497161
Alhamdulilah saya doakan semoga berjaya.
dan saya pun akan cuba mencari pasaran di sini (Abu dhabi)
saya nak balik ni dan saya nak cuba dulu.
good plan ;) ....bila nak buka bisnes nanti, tau lah sapa saya nak carik... hehehehe....neway Good luck!
Assalamualaikum wak, saya nak tanya kalau saya nak jual sate wak camna ya. Memandangkan adik saya tak ada keje lepas SPM lepas saya nak suruh dia jual sate wak ni harap wak dapat bantu ye...
menarik jugak ni. :) untung byk2 boleh la bawak2 melancong. relax kejap.
Assalamualaikum ..
Satu cadangan yang memberangsangkan.. Semoga berjaya.. kalau saya ada plan nak berniaga satay satu hari nanti .. atau pun nak buat jamuan satay tahu lah mana nak contact..
Semoga berjaya
Assalamualaikum. Tahniah atas pelancaran Satay DIY. Mudah mudahan bertambah rezki tahun demi tahun.
Post a Comment