Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Mudah-mudahan, kawan-kawan semua sihat-sihat belaka hendaknya. Bagaimana pula dengan hari-hari puasa yang telah berlalu? Mudah-mudahan, puasa kita diterimaNYA, malah dapat ditingkatkan pula kualitinya. Amin.
Sebenarnya, dah beberapa hari saya tak dapat nak updatekan blog ni memandangkan saya dalam kesibukan, ye, kesibukan untuk berHIJRAH :-( :-) Saya telah mendapat tawaran untuk bekerja di Terengganu, di mana saya dapat kembali bersama-sama dengan isteri, anak, dan bakal anak (kandungan isteri saya dah masuk bulan ketujuh, doakan mereka ye ;-)) atas sebab tulah muncul smiley kat atas tu...namun, dalam masa yang sama saya bersedih sebab terpaksa berpisah semula dengan ibu bapa saya di sini, kat Klang ni...apapun, sudah menjadi amalan saya, setiap bulan pasti saya akan balik menjenguk kedua ibu bapa dan adik saya, walau sesibuk mana pun saya pada bulan tu...kalau tak balik, rasa tak lengkap sangat-sangat.
Tentang aktiviti perniagaan kami, kawan-kawan janganlah bimbang ye, ia tetap berjalan seperti biasa. Internet tetap "on" manakala perniagaan offline juga macam biasa...maklumlah, bos besar ada kat Klang ni (mak ayah saya lah tu ;-)) Kepada yang dah subscribe newsletter saya dan dapat kupon potongan 20% tu, ia tetap valid sampai bila-bila selagi ia tak digunakan. Jangan buang ye ;-)
Oklah, dah tiba masa untuk saya berangkat. Target nak sampai Terengganu sebelum berbuka...apapun, InsyaALLAH, keselamatan di jalanraya tetap saya utamakan. InsyaALLAH, saya akan mengupdate dengan lebih kerap blog ni lepas dah stabil sikit :-)
Saya kini berHIJRAH
Saturday, October 7, 2006 | Posted by walikard at 4:01 AM
Labels: Aktiviti, perniagaan, Personal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
oh, kat mana nak dapat kupon 20% diskaun tu ya? saya nak beli lah rasanya tapi nak yang ada kupon tu.
Ada 'manual' kan guna macam mana dyi sate nie kan.. ;p
Tahniah sbb dpt tempat kerja baru..
[...] Azrul Pindah, bisnes cemana? [...]
ramzwather: yang kupon tu kena daftar kat newsletter saya kat sataydiy.com tu...dia tersorok kat situ :-) tang manual tu ada, saya ada letakkan kat section "Download" kat blog ni ;-)
sAf-OnE: Terima kasih :-)
Wah.. hijrah membawa lebih rezeki biasanya ;) tahniah ekk dah nak dapat anak.. ke berapa? :D
labanon: anak kedua...yang pertama anak perempuan :-)
Walikard, ada masa kita boleh jumpa kut kat Terengganu, raya nanti kat mana? Jemput datang rumah..
InsyaALLAH, raya kedua saya ada kat trgnu...tapi raya ketiga dah keje...xpe, sabtu ahad boleh lagi :-)
Tahniah2.. Dapat kerja baru.. bakal cahaya mata baru.. semoga semua berjalan lancar hendaknya.. :-)
Post a Comment