Sukarkah memberi kemaafan?

Salaamimg


Saya berharap agar kawan-kawan semua sihat wal afiat hendaknya, terutama dah dekat-dekat raya ni kan ;-) InsyaALLAH, sentiasalah kita berdoa ke hadrat ALLAH agar kesihatan kita sentiasa terpelihara, bertambah-tambah pula ibadat dan syukur kita kepadaNYA dengan kesihatan itu tadi.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon seribu kemaafan andai wujud kesilapan di mana-mana sepanjang "perkenalan" kita ni ;-) Ya, walaupun secara fizikalnya kita tak pernah bertemu, namun saya yakin kemesraan tu tetap ada, dan saya yakin ia dibina atas dasar keikhlasan dan ketulusan. Kepada pelanggan-pelanggan saya, maafkanlah saya atas segala kelewatan yang tak disengajakan. InsyaALLAH, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah ini. InsyaALLAH, lepas Ramadhan ni kurang sikit keje kami ;-) Maklumlah, di sepanjang tahun, Ramadhan boleh dikatakan bulan yang paling sibuk buat kami...yang dunia dan akhirat sama-sama lumayan :-)
Harap maafkan ye...InsyaALLAH, saya akan menulis lagi lepas raya ni ;-) (Raya ketiga saya kena keje, sedih...takpe, amanah tu-pujuk diri sendiri ni) Salam E'dil Fitri dari saya :-) Semoga kita terus-menerus dilimpahi barakah dan maghfirah.

ps: Bagi yang beragama Hindu, Happy Deepavali

9 comments:

soulof99 said...

Sy pon nak minta maaf kalau ade salah silap dengan semua. Selamat hari raya semua.

linn_comel said...

selamat hari raya maaf zahir batin, jemput datang rumah..

admin@sataydiy said...

terima kasih kerana kiriman emalnya, saya ucapkan selamat menyambut hari raya, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. mohon kemaafan sekiranya email tak terbalas mungkin masalah sever down......

dzhull said...

salam perkenalan dan selamat menyambut lebaran yang bakal disambut nanti, moga bisnes akan terus maju dan berterusan.

cikgubiz said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Syedas said...

Saya pun nak mohon maaf zahir dan batin...Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri....

Labanon said...

Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Dan Batin wah.. rotan dlm gambar tu takut :( hehe

tawel said...

Sorry is the hardest thing to say... PS: Amacam bisnes? Dapat byk tempahan satay ke?

ramzwatcher said...

ya, selamat hari raya :)