10 hari terakhir Ramadhan sudah bermula

Salaamimg


Alhamdulillah, sedar tak sedar kita dah masuk hari yang ke 21 Ramadhan, di mana malam tadi bermulalah 10 malam terakhir Ramadhan, fasa ketiga yang juga fasa pelepasan dari api neraka. Di masa ini jugalah kebanyakan ulama menyatakan turunnya Lailatul Qadr, malam yang lebih baik dari 1000 bulan (ada juga ulama yang menyatakan kemungkinan Lailatul Qadr turun seawal hari pertama lagi). Inilah kelebihan bulan Ramadhan yang tidak akan ada di bulan-bulan yang lain. Oleh itu, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya...

Namun begitu, apa yang menjadi trend semasa ialah, makin nak habis Ramadhan, makin galaklah kita ber'"shopping" ;-) Sebaliknya, orang-orang yang hatinya benar-benar cintakan Islam, mereka akan bersedih, sesedih-sedihnya. Saya sendiri pernah bertemu dengan seseorang yang menangis teresak-esak semasa malam raya, dan saya dapat rasakan kesedihan beliau. Tubuhnya bergoncang, lagak seseorang yang baru kematian insan yang tersayang...saya berfikir, alangkah baik kiranya saya juga dapat menjadi seperti itu...dan saya percaya, orang-orang seperti itulah yang ALLAH gambarkan dalam Al-Quran, sebagai orang-orang yang gementar apabila ayat-ayat ALLAH dibacakan...


Apapun, masih belum terlambat untuk kita menjadi seperti itu, dan menjadikan malam-malam terakhir Ramadhan ini sebagai pemangkinnya...semoga kita mendapat manfaat yang melimpah ruah darinya, dan ALLAH memberi kekuatan kepada kita untuk melaksanakan apa yang DIA mahukan, dan NabiNYA cintakan, InsyaALLAH


Peringatan buat diriku jua ;-)


5 comments:

linn_comel said...

yup..saya setuju, ngan entry Walikard kat atas..Makin dekat raya..makin sibuk orang shopping, sampaikan semalam first time saya balik dari kes oncall pukul 11 malam jalan jam. Kebiasaan dari tesco ke ikea cuma 3 minit semalam hampir satu jam menunggu..sometimes lawak bilai fikir balik pukul 11 mlm pun jam..

aku said...

hmm... memang sedih Ramadhan dah nak pergi... dalam bulan ni, orang sibuk2 nak pergandakan pahala.. kan elok kalau satu tahun sibuk2 macam ni.. hmm...

Fuad said...

Berdebar gak 10 hari terakhir ni... Harap2 ada rezeki la bertemu Al-Qadr.. ramai orang dah start shoping ye..

SaRaShaRiNa said...

Assalamualaikum, Azrul aka Wak :)

Lama tak jumpa ye...tak sangka Wak aktif dlm biz satay skang ni...alhamdulillah...:) sy nak ucap selamat berpuasa and selamat hari raya aidilfitri & maaf zahir batin kalau ada salah/ silap selama nih, ok..sampaikan salam kat 'org rumah' ye...:)

walikard said...

Fuhh, lama tak menulis kat blog sendiri...akhirnya menulis dalam ruangan komen ni jugak ;-)

linn: Nabi ada bagitau dulu, akan sampai satu masa di mana org cintakan dunia dan takutkan mati...mungkinn sekarang kot?

aku: Hmm, memang rasa sekejap sangat Ramadhan ni, tau2 je dah dekat nak habis, azam yang hari tu pun tak buat2 lagi ;-)

Fuad: InsyaALLAH, sama-samalah kita usaha untuk dapatkannya..

Sere: Waalaikumussalam wbt. apa khabar? masih kat PwC ke? InsyaALLAH, nanti saya sampaikan :-)