Picture means a thousand words :-)

Salaamimg


Apa khabar kawan-kawan semua? Mudahan-mudahan, semuanya berada dalam keadaan sihat wal afiat. Saya sendiri Alhamdulillah, ALLAH masih mengurniakan kesihatan kepada kami sekeluarga. Bagaimanapun, anak kedua saya masih berada di hospital. Apapun, keadaannya dah beransur pulih. Syukur ke hadrat ALLAH Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya. Pada post kali ni, saya cuma nak berkongsi dengan kawan-kawan semua gambar anak saya yang kedua.

Nyenyaknya dia tidur ;-)

14 comments:

hartini said...

Alhamdulillah...Semoga cepat sembuh

Nurul said...

Sungguh comel ..... Supaya anak sentiasa sihat, ceria, comel, cantik, berseri dan disukai oleh semua orang, selalu2 lah bacakan selawat keatas nabi muhammad s.a.w. sebanyak 7x pada ubun2 kepala dan diusapkan terus pada muka mereka setiap pagi..... amalkan sehingga mereka besar ......insyaallah mudah2an nampak perubahan dan hasil nya....

kak ani said...

ape nama? macam muka mak ke abah?

Sarah said...

Alhamdulillah, semoga anak sihat dan cepat membesar, tahniah dari saya

sal said...

Tahniah kerana menerima kelahiran cahaya mata yang kedua. Semoga kedatangan putri ini, kehidupan kalian berdua disinari dengan cahaya kebahagian dan kejayaan.... aminnnn........

linn_comel said...

wah..comel, semoga sentiasa beroleh keberkatan dan sentiasa di bawah lindungan ALLAH

Siti Hawa said...

Assalamualaikum...
Encik Razak,

Tahniah atas kelahiran anak kedua. Saya ingin menjemput Encik dan Isteri menghadiri majlis di Pusat Khidmat kami di Eraedar Bandar Tasik Selatan sempena Hari susu SeMalaysia pada hari Sabtu ini 09-Dec-2006.

Alamat penuh : EraEdar Marketing Sdn Bhd. No.28, Jlaan 3/146, Metro Centre, Bandar Tasik Selatan 57000 KL. (Bangunan depan Shell).

Kami mengadakan Pertandingan Bayi comel bawah 7 bulan (Kalau anak En Razak nak join sila hubungi saya segera).
Juga ada penerangan tentang produk susu - satu2nya susu di Malaysia yg mengandungi BTS, Keluaran Bumiputra Islam - RUmusan Prof.Dr Azizan..

Jualan promosi dan pameran..

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 019 3962053 (Pn Hawa) @ 03 90582002 (Afifah). Marilah kita memajukan ekonomi Ummah kita...Aaamin... Semuanya ada di ERAEDar.

Sila lawati lmn web www.eraedar.com.my.

khalsomroslan said...

tahniah eik dpt anak kedua.. bertambahlah rezeki hendaknya... seronoknya tgk org berkeluarga and ader anak2.. heheheh moga tambah rezeki lagi lepas ni.....

walikard said...

Terima kasih semua

Hartini: Alhamdulillah, Sumayyah dah bertambah sembuh, syukur :-)

Nurul: InsyaALLAH, akan saya amalkan

Kak Ani: Nama dia Sumayyah...err, ikut sapa yek...hmm, gabunganlah agaknya ;-)

Sarah: Terima kasih banyak2

Sal: Syukran jazilan

linn: Terima kasih Linn, mudah-mudahan..

Siti Hawa: baca email saya ye

Ika: InsyaALLAH, mudah-mudahan bertambah rezeki semuanya

Labanon said...

Wah cutenya :D

latifah said...

em...cantik,moga2 besar nanti menjadi anak yang solehah.

Maizul said...

Tahniah semoga bertambah rezeki walikard sekeluarga.

mdpai said...

tahniah utk kelahiran anak kedua, lambat sikit wish..moga2 rezeki bertambah

ida said...

tahniah...semoga dengan kelahiran ini memberi seribu erti dan kebahagiaan lagi dalam hidup kalian sekeluarga