Selamat E’dil Adha, Update Projek Kedua SatayDIY

Salaamimg


Selamat E'idil Adha kawan-kawan semua. Mudah-mudahan di hari yang mulia ini, semuanya sihat-sihat belaka, InsyaALLAH. Saya Alhamduillah, sihat juga adanya. Letih sikit je sebab tolong orang korban lembu pagi tadi. Yelah, orang tak biasa ;-) Hari Selasa ni InsyaALLAH ada lagi...yang ni saya ambil bahagian untuk aqiqah anak kedua saya. Mudah-mudahan berjalan lancar macam hari ni jugalah hendaknya. Saya percaya, sekiranya niat kita memang benar-benar ikhlas kerana ALLAH, InsyaALLAH, segalanya dipermudahkan.

Begitulah juga dengan apa jua yang kita lakukan, termasuklah dengan perniagaan kita. Saya sentiasa bertanya diri (muhasabah), apakah yang saya sedang lakukan ini adalah keranaNYA. Maklumlah, kita ni sentiasa perlu mengingatkan diri sendiri agar sentiasa kembali kepadaNYA, apatah lagi kalu ada orang yang sentiasa mengingatkan. Mudah-mudahan, kita sentiasa bertanya diri sendiri, sebanyak manakah yang telah kita sumbangkan untuk agama dan negara...InsyaALLAH, kita akan sentiasa dipandu ke lorong yang betul. Dalam erti kata yang lain, berkorbanlah...
2. Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah...Ayat 2, Surah Al-Baqarah

SatayDIY dah ada kelainan ;-)

Dah ada kelainan? Apa yang lainnya? Hehehe, kalau nak tahu, masuklah ke laman web saya sekarang atau klik di sini. Hmm, takdelah apa yang gempak sangat, biasa-biasa je. Sekadar orang kata "teguran mesra" dari saya. Jemput-jemputlah ye :-) Nak cerita kat sini tak bestlah ;-)

6 comments:

aku said...

"web saya sekarang atau klik di sini"
hmm.. link ni kalo tak baca memang tak perasan. kadang2 perlu jugak bagi orang nampak link sebab surfer kan ke jenis scanning2 jer.. kenkadang tak baca sangat. just my 2 cent.

feh, aku blum pernah tolong orang korban.. eh.. pernah, pernah 'tolong tengok' jer.. :P hmm.. nanti2 nak kene merasa jugaklah...

p.s: http://enaku.com dah ada rumah baru dan rumah tersebut adalah rumah sendiri. jemput-jemputlah memberi komen :)

walikard said...

Betul tu Aku, saya setuju..heheh :-) InsyaALLAH, nanti saya betulkan. Terima kasih. Tang korban tu, mula-mula tu memang macam seriau je, dah lepas-lepas tu ok je :-)

Dah try masuk, tapi lambat loading...Internet slow lagi nih...tapi mesti gempak punya :-)

sAf-OnE said...

Selamat Hari Raya aidiladha dan Selamat Tahun Baru.. Internet slowlah skang..

linn_comel said...

Selamat hari raya aidiladha..

Fuad said...

Semoga business makin maju.. :-) Website pun sentiasa improf.. Nice one..

walikard said...

Terima kasih semua...InsyaALLAH, berkat sokongan semua, kita sama-sama akan maju :-)