OLD POST: Meletakkan Adsense di Blog Perniagaan Anda

Sebagai refreshment untuk saya. Mudah-mudahan bermanfaat :-) 

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Apa khabar? Saya harap semuanya ok-ok belaka di dalam rahmat ALLAH SWT. Masih belum terlambat untuk mengucapkan syukur kan? ;-)


Hmm, saya sebenarnya masih memikir-mikirkan kemungkinan untuk letakkan Adsense di blog saya ni khasnya, di blog perniagaan secara amnya. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, saya tak mempunyai blog khas lagi untuk Adsense (dalam perancangan nih, buku RajaAdsense saya dah baca :-)) Jadi, sebagai permulaan saya bercadang nak letakkannya di sini sebagai latihan ;-) Namun begitu, saya tak pasti samada meletakkan Adsense di blog perniagaan sebagai langkah yang berkesan (atau mengundur ke belakang?) Saya tak pasti apa persepsi pelawat blog sekiranya saya mengambil langkah seperti ini. Apapun, saya akan cuba, dan lihat feedbacknya bagaimana. Sekiranya ada sen yang masuk, InsyaALLAH, ada potensi untuk dikembangkan...sekiranya tidak, saya akan lupakan saja dan teruskan dengan projek Adsense yang khas :-) (Tungguuu...on the way :-))


Apa pula pandangan kawan-kawan? Kongsikanlah bersama-sama ye :-) Kalau kawan-kawan nak dapatkan tips dan triks untuk Adsense, especially untuk blog, rujuklah kat RajaBlog dgn Ro.botys. Post-post mereka memang menarik dan bermanfaat :-)

5 comments:

aku said...

pernah aku baca satu artikel.. satu point penting: letak adsense jika anda tidak kisah pelawat keluar dari web anda.

pandangan aku: sekiranya aku menjual barang, aku tak akan letak adsense, sebaliknya tumpukan untuk convert visitor into customer.

kalau letak di sini, ok dan tak ok.
ok sebab tak ganggu jualan
tak ok sebab agak2nya, adsense apa yang akan keluar? dan siapa diantara pengunjung di sini yang akan klik?

untuk latihan? tak perlu kot..

walikard said...

Thanks aku...saya pun rasa macam tu...kat post ni sendiri saya dah letak adsense...tapi yang keluar tak relate langsung dengan bidang makanan...kalau adsense pasal makanan ok kot? ;-)

abdfatah said...

teruskan usaha jaya anda... selamat maju jaya... buat masa nih takder adesense lagi untuk saya... sebab belum join... hahha

ambsmart said...

Pada saya, main2 dulu dengan blogger untuk adsense ni. Kalau rasa dah mahir skit, try letak kat blog bisnes ni. Apa pun, banyak pro dan kontranya. Tapi malas citer la.. Ngantuk..

Azahari said...

Pada pendapat saya lebih elok letak iklan bersesuaian dengan blog ni seperti affliate ke... tapi jangan pulak letak iklan pesaing pulak... nanti customer tak beli produk kita tapi beli produk orang plak... reputasi kita pulak jatuh...
kalau ada jual produk macam tempat letak sate, bekas kuah sate dan sebagainya... tapi ye la produk Malaysia ni amat kurang lagi...

Saya pun tengah fikir nak letak ke tak dalam blog saya... Saya takut customer lari plak asyik tengok iklan je.... hehehe