Salaamimg
Apa khabar semua? Saya Alhamdulillah, sihat wal afiat. Keluarga pun Alhamdulillah...syukur pada ALLAH yang tak pernah melupakan hamba-hambaNYA, walaupun hamba-hambaNYA sering melupakanNYA...Bayangkanlah kalau ALLAH melupakan kita..dah tentu porak peranda jadinya bumi ni. Bukankah DIA yang mengawal sistem solar dan planet-planet yang ada? Bukankah DIA yang mengatur peredaran udara dan eco lainnya? Mudah-mudahan kita yang dikurniakan akal yang waras ni dapat berfikir-fikir tentang hal ini, InsyaALLAH.
Tak Takut Ke Nak Dedah Rahsia Ni
Tentu ada yang tertanya-tanya, tak takut ke saya nak dedah rahsia Satay DIY ni? Yelah, bukankah nanti akan ada ramai pesaing yang dapat buat satay yang sama macam satay kami? Hmm, itulah persoalan pertama yang bermain di fikiran saya ketika mula-mula ber"idea" nak "public" kan Rahsia Satay DIY ni. Dalam jangkamasa yang sama, saya bercadang nak luaskan jenama "Satay DIY" di seluruh Malaysia, macam Satay Hj Samuri yang famous tu...kesimpulannya, saya teruskan dengan niat saya nak dedahkan Rahsia Satay DIY, tetapi dengan satu syarat yang sangat-sangat ringan....apa syarat tu ye? :-)
"Menyelitkan Frasa "Powered by Satay DIY" di banner/signboard/etc perniagaan satay masing-masing"
Kenapa menyelit pulak? :-) Hehe, maksudnya, apa jua nama yang akan digunakan, jangan lupa letak "Powered by Satay DIY" tu kat mana-mana, kecik pun takpe, janji ada :-) Dan saya tak minta royalti pun...cukuplah sekadar frasa tu dipaparkan pun dah cukup...InsyaALLAH, sekiranya diizinkan ALLAH plan saya ni berjalan lancar, akan ada banyak gerai-gerai satay di seluruh negara yang memaparkan "Powered by Satay DIY" dan ini membolehkan Satay DIY mula dikenali ramai. Sekarang ni, ramai yang kenal melalui website sahaja...bila dah ramai yang kenal (famouslah tu :-)), kami (merujuk kepada pengguna Rahsia Satay DIY yang lain) dah takde masalah nak jaja satu "brand" yang orang ramai dah kenal...di kalangan kami pula nanti akan wujud satu network, mudah pulaklah nak buat gathering untuk tujuan brainstorming, setup franchise, setup Persatuan dan sebagainya (Ni ambik strategi orang Cina berniaga). Gitulah kira-kiranya...nilah matlamat jangka panjang yang saya sasarkan..yelah, nak bina Rom bukan dalam masa satu hari, ye tak?
Oklah, setakat dululah perkembangan dari saya...InsyaALLAH, dari masa ke semasa, saya akan update perkembangan projek Rahsia Satay DIY ni...jenguk-jenguklah ye :-) Klik je kat sini. Jumpa lagi!
3. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu...Surah At- Thalaaq, Ayat 3
if (!document.layers) document.write('
12 comments:
Alhamdullillah, nampaknya nama satay diy makin naiklah ya. Saya setuju dengan idea perkembangan bisnes satay nie, atleast dapat mengurangkan "penanam anggur tanpa hasil" di negara kita.
Kalau dah naik franchais, uish...bagus sangat2. Cuma 1 je pesan saya: jangan bergantung sangat kepada orang lain :D
and last sekali: GOOD LUCK!
p.s: wah, ada notify me of followup rupanya. Senang sket.
wah!! idea yg cukup bagus. so pd yg berminat utk buat bisnes tu jgn lupa letak "powered by satay DIY" tu ye ;) bkn ape, hanya utk kepastian je. kita yg nak p membeli ni pun takde lah rasa was2. takyah test, terus borong je hehehehe....
Insyaallah sekiranya kita ikhlas dan bermurah hati untuk berkongsi resepi dgn orang lain dan apabila penerima tersebut berjaya menambah pendapatannya lebih2 lagi untuk perbelanjaan keluarganya cuba bayangkan balasan pahala amal jariah yang akan kita perolehi diakhirat nanti .... malah di dunia pun kita akan terasa perbezaan pada perniagaan kita ...walaupun pada mulanya kita terasa rugi tetapi apabila di cuba jualan perniagaan kita akan semakin bertambah tambah bukan nya berkurang... Tahniah.....
nampaknya saudara sendiri telah mengorak langkah lebih jauh dengan perancangan idea perniagaan yang semakin mantap, siapa kata melayu tidak boleh maju, sekiranya ada kerjasama banyak pihak, dan sokongan itu pula adalah dari orang yang kita kenal, makin cerah peluang untuk berkembang. Teruskan usaha murni ini.
p/s: bak kata pepatah sehari selembar benang lama-lama menjadi kain, usaha sedikit yang dikerjakan berterusan akan membuahkan hasil yang besar diakhirnya nanti.
better: powered by sataydiy.com
adeh... tak leh guna key tepi key huruf M (tanda lebih kecil) mesti hilang comment2 yang selebihnya...
rasional letak sataydiy.com berbanding Satay DIY:
ntuk elakkan orang lain claim sebagai peneraju Satay DIY.
ramzwatcher: Thanks for your advice :-)
bee: borong, jangan tak borong :-)
Nurul: macam tulah yang telah dijanjikan ALLAH SWT...lagi banyak memberi, lagi banyak yang kita dapat. InsyaALLAH, mudah-mudahan saya juga begini
dzhul: InsyaALLAH, sikit-sikit, lama-lama jadi empayar...mudah-mudahan ALLAH SWT berikan saya kesabaran dan ketabahan
Aku: Saya setuju...tak perasan pun sebenarnya pasal penciplakan tu...Inilah berkat mesyuarah, walaupun tak formal tetap ada buahnya :-)
kecik kan sikit gambor tue, sebab theme pecah... :)
Alamak, pecah ke? Thanks for the advice, Aman :-)
sALAM SEJAHTERA, SAYA BERMINAT JUGA TENTANG PRODUK SAUDARA, SEBELUM SAYA PROMOSIKAN TAK NAK BAGI SAYA TESTING DULU.
OK TKS
sALAM SEJAHTERA, SAYA BERMINAT JUGA TENTANG PRODUK SAUDARA, SEMELUM SAYA PROMOSIKAN TAK NAK BAGI SAYA TESTING DULU.
OK TKS
selamat maju jaya... teruskan usaha anda sehingga berjaya...
sekian terima kasih...
Post a Comment