Aktiviti Pembakaran Secara Berjamaah

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Saya berharap agar kawan-kawan semua sihat-sihat belaka dalm perlindungan ALLAH SWT. Saya Alhamdulillah, sihat..cuma penat sikit sempena dengan aktiviti di atas :-) Ganas tak tajuk tu? ;-) Hehehe, sebenarnya apa yang saya maksudkan adalah aktiviti membakar satay di rumah klien kami, bersempena dengan majlis kahwin dan cukur rambut. Tak adalah banyak sangat tempahan...dalam 2,000 cucuk satay sahaja (ke banyak? berembun pagi jugalah kami nak menyiapkannya ;-))

Tempahan ni kami terima masa hari Khamis lagi, Alhamdulillah, sempatlah siap. Rumah klien kami ni di Sri Andalas, Klang. Dekat je dengan tempat kami. Dulu order pertama kami dari Internet jauh jugak....nun di Cyberjaya nu...(kedengaran macam kat Johor je, padahal taklah jauh sangat ;-)) Kebetulan pada masa tu, 2 order yang perlu kami selesaikan, yang satu di Cyberjaya tulah, satu lagi kat Pelabuhan Klang...jumlah order ialah 8,700 cucuk satay. Sayang, takde gambar yang dapat menceritakan keadaan pada masa tu macam mana. Untuk kali ni, saya dah ambik beberapa shot untuk kami kongsikan bersama.

Gaya serius seorang pembakar satay pro Gaya serius seorang pembakar satay PRO


Gaya ceria seorang pembakar satay PRO


Mula-mula susun...


Sekarang BAKAR!! (Di larang meniru aksi ini di rumah ;-))


Itulah serba sedikit gambar-gambar yang dapat kami kongsikan bersama. Hmm, saya takde dalam gambar-gambar tu, sebab kamera kat tangan saya ;-) InsyaALLAH, saya akan update lagi di sini untuk aktiviti-aktiviti "pembakaran" di masa-masa akan datang.


PS: Anda berminat nak gunakan khidmat kami? Sila layari www.sataydiy.com untuk maklumat lanjut...atau hubungi sahaja Azrul 0193799160 atau Razak 0193680495. Samada yang mentah atau kami bakarkan, terpulang pada anda



PPS: Nak buat sendiri pun boleh. Dapatkan sahaja rempah Satay D.I.Y kami di website kami. InsyaALLAH, ia sesedap satay yang kami buat sendiri :-) Tak mahal, RM12 sahaja untuk 10kg daging. Jimat kan?

25 comments:

BAGAK said...

Baru terbau sate bila dah ada gambar kat sini.
Saya cadangkan anda muatkan contoh hidangan sate, barulah pelanggan rasa terliur walaupun puasa nanti.

aku said...

huh.. ingatkan pembakaran terbuka :)

bleh tolong emailkan apa-apa yang ko nak market ntuk aku tak?

aku dari kedah.

ramzwatcher said...

wah..best nampak..

ada letak address kedai kat mana tak? lagi satu, orang rumah teringin sangat nak makan daging arnab. ade jua? kalo ade leh la saya pg sana nnt

Walikard said...

Bagak: InsyaALLAH, saya akan usahakan gambar tu, jangan sampai puasa yang yok sudah ;-)

aku: Saya dah hantar email. Check ye :-)

ramzwatcher: Address saya ada letak kat website, www.sataydiy.com, di tab hubungi kami. InsyaALLAH, saya akan usahakan juga map untuk ke sini. Daging arnab takde, belum ada plan nak jual lagi ;-) Akan datang

linn_comel said...

bestnya..dah lama tak mkan sate ni..nnti blh tempah kut dari sataydiy

Walikard said...

Linn: InsyaALLAH, boleh, takde masalah :-) Bila-bila nak bagitau ye

cikgubiz said...

wa terliur ni.....

fauzan said...

akum...sbl no blum pernah jumpe website org jual sate..hihi...kalo roti canai tu ade la..kt tempt saya sate lanang yg paling tersohorni sate DIY ni kt area mne??

Fuad said...

Wahaha..ni pertandingan bakar satay ke ni... menarik2.. :-)

Walikard said...

Cikgubiz: Biar terliur sekarang, nanti dah masuk bulan puasa susah skit :-)

Fauzan: Tuan toppayinglist dah mari :-) Satay DIY ni kat klang, alamatnya ada dalam website kami

Fuad: Pertandingan dalaman je ;-) Tapi best gak kalau buat pertandingan bakar satay tu kan? :-)

Syedas said...

Wahh...best nih....Leh join sekali tak??Raya nanti beli hidang satay DIY la camni...

Noorizam Shah said...

wahhhhhhh.... satey.... best woooo sateyy ada blog sendiri....

Open house nanti boleh la mintak order yer... hehehhe...

Selamat berbisnes walikard.. :)

Zul SmartUsaha said...

Hmm, kalau yang jauh tu, buatlah satay sendiri. RM12 jer tu untuk 10kg daging. :) Tak gitu en azrul kita? Bakar je api (api pun boleh dibakar ke?), letak satay, kibas... Hmm, pastu makanlah.. hehe..

SmartUsaha mengucapkan salam ramadhan untuk semua. Moga kita semua memanfaatkan bulan ramadhan sebaik-baiknya. Jangan curi makan satay time posa lak yerr. ;)

Labanon said...

-_-" Terliur.... waa semuanya pro ka?? Hoho

aku said...

ye.. dah dapat email.. apa rancangan bulan puasa ni?

soulof99 said...

Uh.. terliur den tgk sate2 tu...

Walikard said...

Zul: Betul tu Zul, yang jauh2 tu guna je Remaph Satay D.I.Y tu, nak buat masak sup pun boleh gak.

Labanon: Semua pro tuh...saya je yang tak ;-)

aku: InsyaALLAH, kami berniaga di pasar Ramadhan. Ikut pengalaman yang lepas2, sehari kami dapat jual 800 - 1000 cucuk

soulof99: Saje je letak gambar2 satay terbakar tu...bagi terbakar skit :-)

ORAET! said...

haha.. camni la baru terangkat...

rasa nak makan je gambar tu .. lepas nih amek gambor dgn shot2 yg lagi xtrim..
biar terasa dgn monitor2 skali nak makan..

slamat maju jaya..

Walikard said...

Oraet: terima kasih...cantik blog, nice design :-) turun2kanlah ilmu tu ;-)

razali said...

wahhh....ini sudah bagus,ade laman web sate kt intnt ni....nnt klu nk tempah leh la saye call ye....

walikard said...

razali: Boleh, kami sangat alu-alukan :-)

Yunos said...

Tengok kat satay tu memang meyakinkan. Satay yang sedap perlu juga dengan kuah yang sedap .... baru ada umphhhh.

So nak tanyer dulu ni ... kalau nak tempah satay yang mentah 1000 batang, secucuk kira berapa sen ekkk? Pastu .. dapat kuah sekali tak. Ni nak survey dulu tau. Trimas ...

dalila said...

Mmm...menyelerakan nampak satay tu...anyway...gerai yg kat klang tu kat area mana ye? manalah tau bila jln-jln ke klang tu, leh la singgah pekena satay...

vsgfqch ghmqrt said...

vhnxrap qwunesd nzolfgt vwrukyboj gvisp ydpefqnxo ucrvbnd

irwan said...

kami menerima tempahan satay untuk semua majlis.harga satay ayam dan daging 0.60sen..penghantaran kerumah percuma..lokasi kami gombak..boleh cube dulu.untuk tempahan 0133709185.