Apakah Matlamat Anda Sebagai Usahawan Internet?

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan sekelian. Saya berharap agar kawan-kawan semua sihat-sihat belaka hendaknya. Saya Alhamdulillah, sihat wal afiat juga adanya. Sehingga kini, masih tercari-cari kekuatan diri untuk meneruskan kehidupan yang serba mencabar ini. Semoga ALLAH SWT memberi kekuatan dengan limpah hidayahNYA kepada kita semua.

Pada kali ni, saya nak ajak kawan-kawan berbicara tentang tajuk di atas. Ya, matlamat kawan-kawan dan saya... Apa sebenarnya yang bermain di fikiran kawan-kawan ketika mula-mula nak menceburkan diri dalam bidang Internet Biz ni. Saya sendiri sebenarnya bercita-cita untuk mempunyai kebebasan kewangan yang sejati...maknanya, takde hutang langsung, ada saving je :-) Tak mustahil kan? Memang, nak merealisasikannya tak semudah bercakap (atau menulis)...namun itulah yang saya impikan...dan saya sedar yang saya perlu berusaha keras untuk itu.Halangan dan tribulasi yang begitu banyak perlu diatasi dengan ilmu dan iltizam serta semangat yang tinggi. Seterusnya, dengan kebebasan kewangan yang bakal dicapai nanti, saya boleh menggunakan masa-masa yang banyak itu untuk keluarga dan UMMAH, berfikir kaedah-kaedah yang terbaik untuk memajukan masyarakat, berfikir tentang bagaimana maruah umat Islam dapat kembali terbela. Sebenarnya, untuk berfikir tentang perkara-perkara ni, tak perlu tunggu sampai saya dah jadi macam Dr. Irfan atau Kidino...sebelum sempat masa tu datang, umat dah terlebih dahulu diganyang oleh tangan-tangan rakus Yahudi dan musuh-musuh lain di luar sana tu, malah di saat ini pun roket-roket dan peluru-peluru Israel sedang sibuk mencari sasaran yang beridentitikan Islam. Cuma, dengan banyaknya masa, kita boleh berfikir dengan lebih mendalam, lebih kritis, dan lebih berkesan. Saya dapat lihat kebanyakan Usahawan Internet adalah manusia-manusia kreatif dan pandai mengambil peluang (ikhlas ni :-)) Dan saya dapat lihat betapa besarnya maslahah untuk ummah sekiranya mereka-mereka ini dapat bergabung tenaga dan fikiran untuk memajukan masyarakat. Memang benar, kita ada pakar ekonomi, namun ia lebih bersifat teori...manakala bagi para Usahawan (khasnya Usahawan Internet) adalah lebih bersifat praktikal. Mereka ada matlamat jangka pendek dan jangka panjang yang sedia terencana dalam kotak fikiran masing-masing...mereka telah sedia ada mempunyai komuniti yang besar, malah persahabatan yang akrab walaupun tidak bersua muka (dalam blog atau forum je :-)) Inilah sebenarnya kekuatan...

Berbalik semula kepada topik. Kesimpulannya, matlamat saya ialah untuk menyumbang kepada ummah di dalam apa jua bentuk dan cara yang boleh dilaksanakan. Cuma, apabila kita lebih kukuh (lepas dapat kebebasan kewangan le tu :-)), kita akan lebih fokus dan komited terhadap kerja-kerja yang juga dipanggil sebagai JIHAD EKONOMI ini. Ayuh para Usahawan Internet yang kreatif sekelian, sama-sama kita jadikan ini sebagai salah-satu agenda terpenting kita (hak terhadap diri sendiri dan keluarga jangan dilupakan) Kita pugar kembali maruah dan keyakinan ummah, malah kekuatan ekonomi yang satu ketika dahulu menjadi tunjang kekuatan ummah sedunia. Kawan-kawan dah bersedia?

PS: Dengan kebebasan kewangan juga, bererti kita sendirilah yang akan mendidik anak-anak kita di rumah, dan ini menambah eratkan hubungan kekeluargaan. Keluarga bahagia, masyarakat harmoni, InsyaALLAH.

PS: Matlamat jangka pendek saya nak tukar cover set motor saya tuh :-) InsyaALLAH, tak lama lagi..

PS: Ni motor idaman saya (idaman atas dunia ni lah :-)) Ketahuilah, untuk mendapatkan kesenangan di dunia, ilmulah jawapannya. Begitu juga dengan akhirat, ilmu jualah penentu kebahagiaan di sana. Semoga kita berbahagia di dunia dan akhirat :-)

2 comments:

cikgubiz said...

Wa besarnya motor....selagi berusaha tentu boleh mendapatkannya...

Walikard said...

InsyaALLAH, besarnya motor tu, perlu selaras dengan usaha :-) (tak sabar nak tunggang)...begitu juga dengan fikiran untuk UMMAH...keselarasan dan kesimbangan antara dunia dan akhirat amat perlu, barulah cemerlang :-)