Adab Menuntut Ilmu - Satu Ulasan

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan-kawan semua. Semoga sihat wal afiat hendaknya. Selamat Berpuasa juga saya ucapkan kepada semua...mudah-mudahan, Ramadhan kali ni lebih mematangkan kita, dan lebih cemerlang semestinya :-) Semoga kita semua gembira dengan kedatangan Ramadhan, sebagaimana gembiranya kita apabila mendapat RM1 yang pertama dari Internet, bahkan lebih lagi. Mudah-mudahan kita bekerja keras untuk meraup kelebihan-kelebihan yang ada dalam bulan Ummat ini.

Saya tertarik dengan post terbaru Zul di Smartusaha.com. Sememangnya, realiti semasa banyak indikatif yang menunjukkan ilmu hanya dipelajari untuk tujuan duniawi semata-mata...ibarat kata orang tua-tua, habis madu sepah dibuang...rasa hormat kita pada ilmu sangat tipis, malah mungkin ada sesetengah daripada kita yang tak kisah langsung...saya tak rasa hairan apabila ramai yang cemerlang dalam akademik, namun "kecundang" dalam dunia pekerjaan...mungkin ini adalah akibat tidak hormat kepada ilmu, iaitu takde adab dengan ilmu. Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah semua ilmu yang bermanfaat, tak semestinya ilmu agama sahaja...contoh yang paling mudah, masa zaman-zaman belajar dulu, ramai yang bila studi pakai seluar "penduk" je, which is for me not suit to the environment...walaupun ilmu tu tak nampak perkataan Islam di mana-mana, namun ia tetap ilmu yang kita dituntut untuk mencarinya..siapa yang menuntut tu? Itulah ALLAH SWT dan RasulNYA, disokong oleh Surah Al-Alaq (ni yang utama, yang lain-lain ada lagi)

Untuk manfaat kita bersama, ikuti tulisan Zul di sini. Sangat-sangat bermanfaat. Percayalah, sekiranya kita tak secemerlang mana pun dalam akademik, tapi tetap hormatkan ilmu selayaknya, InsyaALLAH, ilmu tu akan tetap bermanfaat untuk kita :-) (berdasarkan pengalaman sendiri ;-))

http://www.smartusaha.com/usahawan-internet/2006/09/adab-menuntut-ilmu/trackback/

6 comments:

Fuad said...

Ya betul.. Ilmu ini cahaya untuk hati. Kalo orang2 dulu, setiap ilmu tu kene ambik ijazah dulu. Tak kiralah bersilat ke hingga cara nk pakai serban pon diijazahkan. Dengan itu senanglah nk trace kat mana asal usul ilmu tu dan talian antara guru dan murid itu jelas. Apapun, hormatilah ilmu utk mendapat keberkatan. Mekasih atas perkongsian yang menarik Syeikh.. ;-)

Labanon said...

Yup..ilmu penyuluh kehidupan.. tanpa ilmu siapalah kita HOHO.. tetapi ilmu kita perlu gunakan ke arah yang betul :D

walikard said...

Ada sebuah hadis yang lebih kurang bermaksud begini (maaf saya tak sertakan sanadnya, tak ingat. Untuk lebih yakin, boleh minta sahabat di al-ahkam.net untuk check) nak dunia dengan ilmu, nak akhirat pun dengan ilmu...jadi, carilah dan hormatilah ilmu sebanyak dan sebaiknya :-)

muhdmuax said...

Assalamualaikum , saya pernah jumpa hadis tu. Saya nak mintak tolong kat sesiapa , saya ada masalah, iaitu, sejak 4 tahun lalu , keluarga saya sering di hantar jin untuk tujuan tidak baik. Saya tak tahu siapa yang menghantar nya, mak saya yang kena , contoh bukti di sihir

Kebiasaanya air soya yang dimasak boleh bertahan selama 6 jam , selepas 6 jam baru basi. Tetapi apa yang berlaku, kadang kadang air soya tu boleh basi dalam periuk ketika sedang dimasak ? pelik kan?

tangan mak saya selalu sakit bila hari berniaga ? kenapa ?

Tau fu fah hanya menjadi sangat licin dan sedap hanya hari jumaat meniaga .? kenapa hari jumaat ? saya dah buat taufufah 2 tahun , kenapa yer?

Saya kalau boleh tidak mahu tahu siapa punya angkara , tapi orang tuh dah melampau seolah olah menguji iman kami. tolong saya.

soulof99 said...

Erm.. adab mmg penting dalam pelajaran dan menuntut ilmu. Hormat cikgu atau orang yang memberi ilmu.

Buat bro muax, sabo je yg boleh sy katakan. Famili sy pon pernah dan masih terkena dgn benda camni. Tapi bukan sebab niaga, tp sbb dengki yang tak berasas. Sabar separuh dari iman. Tapi bolehlah pergi berubat secara Islam. Itu yang terbaik. ;)

ORAET! said...

ya .. saya setuju dgn topik ni..

saya pun nak perturunkan apa2 ilmu yg ada.. tp bila part nak buat catatan ilmu je mesti kantoi.. kantoi dgn apa? mcm2 la.. nant ada masa sy buat catatan ilmu yg sesuai utk dipelajari..

inche mohdmuax punye cite ni mmg sedey la..sy x pakar bab2 tu..

url inceh mohdmuax tu pun diorg kasi sihir gak tu.. sbb tu kalu typo BLOGPSOT.com dpt la site promot bible .. yg btul BLOGSPOT.com.. tersilap P dgn S aje dah jadi lain.. hmmm.. pandir btul diorg tu..