Alhamdulillah, SatayDIY.com sudah pulih :-)

Salaamimg


Apa khabar kawan-kawan semua? Harap-harapnya semua sihat-sihatlah hendaknya. Saya Alhamdulillah, sihat wal afiat adanya. Mudah-mudahan dengan kesihatan ini, kita bertambah semangat untuk menambah kebajikan dan amal ibadah kepadaNYA, InsyaALLAH.
Alhamdulillah, SatayDIY.com dah pulih :-) Legalah sikit saya rasa...sebelum ni tak senang duduk juga. Maklumlah, inilah hasil usaha saya dalam nak memperkenalkan satay dalam arena Internet ni. Syukur kepada ALLAH. Bolehlah saya dengan senang hatinya menumpukan perhatian kepada projek kedua saya :-) Apa ye?
Projek kedua ?

Hmm, mungkin pengumuman ini agak awal. Cuma, saya tak dapat nak simpan lama-lama ;-) Buat masa ni, apa yang saya boleh beritahu ialah, ia tetap berkenaan dengan satay ;-) Macam mana? Boleh tangkap tak maksud saya? Fikir-fikirkanlah ye...bagi mereka yang bercadang-cadang nak buka perniagaan satay sendiri, InsyaALLAH, saya yakin yang projek kedua saya ni dapat membantu, bukan hanya dari segi maklumat, malah dari segi pembangunan perniagaan. I would say, ia lebih kepada konsep franchise :-) Hmm, terdedah lagi rahsia saya :-)

Bagi kawan-kawan yang mahukan maklumat yang lebih lanjut, silalah email saya di walikard[at]gmail.com (sila tukar [at] kepada @). InsyaALLAH, saya akan berikan penerangan serba-sedikit tentang apa yang bakal saya buat ni. Oklah, setakat ni dulu dari saya. Mudah-mudahan, kehidupan kita akan sentiasa dipenuhi keberkatan dan kegembiraan :-) Jumpa lagi

5 comments:

RajaBlog.info said...

wah, tahniah dan bagus!

kena ada modal ke tak ya? brapa tue :P saya tanya jer ..hehe


oh ya, mungkin walikard leh install plugin yang saya baru post ari ni. subscribe to comment kat blog saya.

walikard said...

Rajablog: Terima kasih :-) Plug in tu yang spam karma ye? Opps, dah check kat Rajablog tadi, dah tau plug-in mana :-) Memang menarik..InsyaALLAH, akan diinstall ;-)

Tentang projek kedua tu, memang nak kena ada modal sikitlah...tak prlu terlalu besar, hatta kepada yang just nak bukak stall biasa pun boleh, takde masalah ;-) Saya sendiri pun bukanlah ada kedai yang besar, dalam planning InsyaALLAH, dan jika boleh nak melibatkan semua peserta dalam projek franchise tu

linn_comel said...

Alhamdulillah..dah ada projek baru..tak sabar nak tunggu

walikard said...

InsyaALLAH, yang ditunggu tetap akan tiba ;-) Mudah-mudahan ALLAH SWT mudahkan kerja-kerja saya :-)

izwan said...

assalamu alaikum. waa biz sudah maju. tahniah tahniah. keep it up.