Salaamimg
Apa khabar kawan-kawan semua? Semoga semua dalam keadaan sihat wal afiat . Saya Alhamdulillah sihat-sihat juga adanya, dan sedikit lega kerana isteri saya telah selamat melahirkan anak yang kedua semalam, jam 2.15. Alhamdulillah, kami dianugerahi Puteri lagi. Cuma, anak ada masalah sikit sebab nafasnya laju sedikit daripada biasa. Jadi, dia terpaksa ditahan di wad buat sementara waktu, sehingga pernafasannya kembali normal.
Saya berada di sisi isteri ketika proses kelahiran sebagaimana anak pertama kami, dan ingatan itulah yang banyak memberi iktibar kepada saya, betapa besarnya pengorbanan seorang isteri dan ibu. Rugilah mereka yang mensia-siakan kasih isteri dan ibu mereka, kerana sesungguhnya, pengorbanan mereka memang tak terbalas oleh kita...sangat besar dan berat, selayaknya dijulang sebagai wanita mulia.
Harap kawan-kawan semua dapat mendokan agar semuanya selamat. InsyaALLAH, saya akan memaklumkan perkembangannya di sini nanti. Jumpa lagi
11 comments:
Tahniah dapat baby baru lagi. Semoga bertambah rezeki....
tahniah wak... fatimah az-zahra dah...sumayyah la pulak ye... kalau aku ada rezeki lebih nak la jugak pi melawat mokdah & baby kat ganu.. tp apakan daya... tp takpe wak, bulan depan bawak semua family hg pi kedah tau... Kedah pantang kalah!
Tahniah..kerana mendapat puteri baru..
Ha..dah tahu pengorbanan isteri terlalu besar, sanggup menggadai nyawa untuk memberikan zuriat.. Jadi jadi janganlah mensia-siakn pengorbanan seorang isteri. Apa pun tahniah
Maizul: InsyaALLAH, amin...semoga rezeki saudara juga bertambah hendaknya :-)
Aripull: InsyaALLAH, kalau takde aral, sampailah aku ke Ipoh nanti...tapi, Fatimah az-zahrah dengan Sumayyah mungkin tak dapat ikut...diorang teman ummi dia ;-)
linn: Terima kasih...InsyaALLAH, pengorbanan isteri saya takkan disia-siakan, dan saya sering mengingatkan diri sendiri supaya sedar akan tanggungjawab ini....paling penting, saya cuba mengikut jejak ustaz Hasrul di saifulislam.com, iaitu, suami berumah tangga untuk memberi, bukannya menerima....(ertinya, suamilah yang perlu lebih berkorban, bukan mengharap pengorbanan isteri semata-mata)
Wah... tahniah bro. Semoga rezki bertambah murah... ;)
tahniah bro...hehehehe..puteri...insya-allah bakal mewarnakan lagi kehidupan bro..
Tahniah Walikard!!!
wahh. TAHNIAH! belated.. semoga terus sukses buat susu anak.. hua hua hua..
tahniah diatas kelahiran bayi yg kedua...semoga baby yg comel sentiasa sihat selalu
Tahniah diatas kelahiran anak kedua perempuan lagi ..... tak pa..... bila besar boleh tolong umi di dapur dan kemas rumah ..... lepas ne cuba lagi dapatkan anak lelaki ......
julpvqoe kfaw pgdshmo ldmh zmkbi cgkvue mxnaev
Post a Comment