Salaamimg
Apa khabar kawan-kawan semua? Harap-harapnya semua sihat wal afiatlah. Saya Alhamdulillah, sihat-sihat sahaja. Keluarga saya pun begitu juga :-) Sebenarnya sejak pagi tadi website saya tak dapat dimasuki. Namun begitu, syukur pada ALLAH sebab masalah tu tak berpanjangan. Terima kasih saya ucapkan kepada kawan-kawan di Wangcyber dan support team Namsahaz. Bagi saya, memang support dari Namsahaz top class ;-) Saya dapat reply dari mereka sekejap je, lepas tu dalam sejam website tu dah boleh "on" balik. Pantas dan efisien :-)
Punca utama website saya di "block" adalah disebabkan oleh "Mail Bombardment from Server resulting in high load of the server". Maksudnya, terlalu banyak email yang dihantar...kalau di hantar oleh orang ok jugak, tapi ini dihantar oleh robot...ya, robot. Sebenarnya, di dunia "world wide web" (dulu-dulu "world wide WAIT", now no more ;-)) ni pun ada robot jugak...tapi dalam bentuk yang berbezalah...sama jugak macam virus. Walaupun biasanya virus ni dikaitkan dengan penyakit kalau di dunia nyata, namun, ia tetap wujud di dunia cyber ni. Macam mana bentuknya tu, saya tak pastilah...boleh tanya En Hardi di sini.
Walau bagaimanapun, saya tetap menghentikan operasi buat sementara waktu untuk rectify masalah yang mungkin menjadi punca sebenar masalah agar pisang tak berbuah dua kali. Yelah, masalah yang saya sebut di atas tu satu hal...takut ada masalah tersembunyi yang tak nampak di mata kasar ;-) InsyaALLAH, SatayDIY.com akan kembali menemui kawan-kawan secepat yang mungkin.
Oklah, saya rasa setakat ni dululah post ringkas saya. Mudah-mudahan ia bermanfaat. Jumpa lagi ye :-)
4 comments:
Alhamdulillah.... biasa lah tu asam garam berblog
assalamu alaikum.. salam dari wangsa maju. hope fully kenai... teruskan perjuangan..;-)
Inilah cubaan.. Semoga dapat setel cpt2.. :)
Kalau tak silap akaun anda kena suspend kan. Nampak macam masalah berat tu
Tapi takpe la, apepun teruskan usaha anda. Yang penting ikut peraturan dan etika berinternet.. :)
Post a Comment