Progress SatayDIY.com

Salaamimg


Apa khabar? Saya berharap agar kawan-kawan semua sihat wal afiat adanya. Saya Alhamdulillah, sihat. Cuma, sedikit berdebar memandangkan tarikh "due" bagi isteri saya sudah semakin hampir. Doakan kesihatan beliau ye :-) Post pada kali ni saya nak cerita sikit tentang progress SatayDIY.com.

Alhamdulillah, secara keseluruhannya, ada peningkatan yang agak ketara dengan trafik ke website saya tu...mungkin dengan musim perayaan yang menjelma tempoh hari. Di samping itu, website tu dah di"link"kan ke satu website yang tinggi trafiknya dan mempunyai PR3 iaitu Myresipi.com. Secara tak langsung, ia turut mempengaruhi PR SatayDIY.com di mana ia telah meningkat kepada PR1. Namun begitu saya sedar, bila-bila masa sahaja PR tu boleh turun semula, dan itu bukanlah perkara pokok yang perlu saya terlalu fokuskan. Apa yang penting, saya perlu fokus terhadap strategi pemasaran dan mempelbagaikan produk yang berasakan satay. Setakat ni, kami agak sibuk dengan tempahan-tempahan yang mendatang, teutamanya dari pejabat-pejabat kerajaan yang order secara pukal.

Terdapat juga permintaan yang meminta kami memasarkan produk seperti Satay frozen ke luar negara. Namun begitu, terus-terang saya katakan, buat masa ini, kami tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang bagaimana cara nak membuatnya...dan itulah yang sedang kami usahakan sekarang ini. InsyaALLAH, sekiranya usaha ni berjaya, sehingga ke hujung dunia pun kami mampu untuk mengeksportnya :-) Terdapat juga permintaan Rempah SatayDIY dari luar negara. Namun begitu, ia masih dalam proses perbincangan memandangakan pengekspotan makanan perlu melalui syarat-syarat yang agak ketat bagi sesetengah negara. Mudah-mudahan, cabaran ini akan dapat kami tempuhi dengan jayanya. Doakan ye :-)

ps: Tempahan untuk satay tetap dibuka walaupun kami sibuk. Yang penting, jadual kami tak clash ;-)

3 comments:

linn_comel said...

Selamat isteri selamat bersalin dan melahirkan anak yang soleh..Tahniah diatas perkembangan perniagaan anda..semoga terus berjaya dan berjaya

Fuad said...

Semoga selamat semuanya En. Azrul. Tumpang hepi dgr Satay DIY nk melebarkan sayap ke luar negara pulak.. Tahniah.. :-)

surfaddict said...

aduh..hasrat saya utk mkn satay kat gerai bro masih tak kesampaian..bukan tak sudi..tp tak berkesempatan lagi..ttg nak pasarkan ke luar negara, saya syorkan bro tanya gov. mcm mana procedure dia..sbb ini satu peluang..cepat2 grab sebelum org lain pasang kail..